BLOGGERIANS

Wednesday, May 18, 2011

Health Talk

Ini minggu lepas punya cerita. Terperam kat draft je. Dah tu blogspot under maintenance pulak hari tu kan… ok la nak cerita jugak >__<

=============================

Minggu lepas pergi attend Wellness Talk. Boss aku yang suruh pergi... aku ok je dengar2 ceramah ni.. aku suka jugak.. hihi

Ada 3 session untuk health talk ni. 1st session lebih pada teknik2 yang betul untuk bersenam. Siap bawak trainer hensem untuk tunjuk demo. Ahaks! Sebenarnya, banyak teknik senaman yang agak bahaya kalau tak dibuat dengan cara yang betul. Tiba2 rasa nak bersenam je bila dengar talk ni. haha.

2nd session dengan Prof Emeritus Dr Ismail Thamby. Yang ni lebih pada institusi kekeluargaan, seks & cara hidup. Ehem2 menarik topic ni, lalala. Kecik je prof ni rupanya… aku ingatkan orangnya tinggi… hihi





3rd session lepas lunch ni best. Topik Saving Your Loved One. Penceramah ni pun best! Kami diajar cara2 buat CPR… korang tau apa itu CPR? Penceramah ni kata CPR stand for CIUM PELUK RABA, muahahaha

Aku agak bersemangat dengar pasal nak sesak nafas ni... sebab abah aku ada asma... pernah masuk hospital pakai yang tutup kat hidung mulut tu, aku tak pernah tau.. sampai la sepupu aku bagitahu, mak cakap tak nak bagitau anak2.... takut risau.. sian abah.... aku pernah nampak dia tarik nafas panjang... macam susah sangat nak bernafas... risau sangat aku tengok... in case apa2 jadi, aku dah tau cara buat CPR ni... (Cardio Pulmonary Resuscitation).

CPR ni kena buat 5 cycles. 1 cycle = 30 kali tekan dada diikuti 2 hembusan mulut.

Buatla sampai mangsa ni sedar.... and ambulance sampai..

Kitorang banyak tengok video masa 3rd session ni... termasuk la video mr Bean.. hihi

Ada jugak yang tanya tak pe ke buat tekanan dada tu banyak kali? Tak ada side effect ke? Macam tulang rusuk patah ke… jawapan nya… tak pe… mungkin kita tekan tempat yang salah.. so alih ke kiri n ke kanan sikit….


Cara nak tekan tu pun kena guna tumit tangan. Ada ke tumit tangan? ahaks!

Manusia tak boleh hidup tanpa udara selama 4 minit je. Bayangkan kalau kita tak tahu buat CPR, nak terus hantar ke hospital yang ambil masa setengah jam... huhu

Err.... tempat nak tekan dada adalah di antara 2 puting.. hihi


Masa tengah syok2 dengar... tiba2 je siren kecemasan berbunyi, ada kebakaran! aku ingat betul2, tengok asap keluar berkepul2. tapi tengok orang lain relax je... aku pun relax la.. bahaha


Tiba2 je ada orang patah tangan, tangan terbakar, dada kena cocok pisau la datang kat kitorang mintak tolong diselamatkan, Waaaaaaaaaa... ini dah macam real beb! hihi


Kami pun menyelamatkan mangsa2 kebakaran sambil gelak2. hehehe.. yela Dr Chiew ni sangat kelaka kut.. hehe





ok la bai! hehe

4 comments:

sahromnasrudin said...

wah!!! majlis ilmu sebegini bukan senang nak dpt peluang menghadirinya kan

Mimy Hamid said...

rajinnya dgr health talk...akak tak rajin nak jalan ke MPH tu..hehehe

liyana said...

@sahromnasrudin
betul2, tu pun sebab bos suruh pegi.. :)


@Mimy Hamid
sy terlebih rajin kut kak, ahaks!
x ramai staff yg pegi pun.. ramai makcik2 je.. hehe

MIZZ SUE (asam.garam.gula) said...

adik su belajar medic..dia mesti tau..su pun sukarelawan JPAM amik bahagian medic..so tau la jugak pasal CPR tu..hihih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...