BLOGGERIANS

Wednesday, July 13, 2011

my wedding review - part 1

Salam… err.. dari mana nak mula cerita pun wa tak tau. Cerita ini adalah panjang. Saja je tulis pjg2 nak buat kenangan untuk diri sendiri.. esok2 takut lupa pulak kisah di belakang tabir ni, wahaha.
Tetiba tangan parkinson bila time nak menulis panjang2... ok xpe, wa cuba wa cuba, haha. Ini serius. Dah 19 hari jadi isteri orang. Unbelievable? Believe it, haha. Kejap je rasa. Dulu sebelum kawen, kemain menghitung hari macam lama sangat je nak sampai ke detik bersejarah itu.. hehe.
Ermm.. aku start cuti dari 22 June – 4 july... lebih kurang 9 hari waktu bekerja.

22 June
- siapkan doorgift, bahulu & kerepek
- pasang langsir

23 June
- pelamin dari Yusra sampai @ 1015am
- pelamin siap pasang @ 1132am (awal giler kan... mungkin sebab pasang dalam rumah kot.. tu yang awal sampai, time ni dah mula rasa kecut perut, bahaha)
- terus packing doorgift sampai petang
- Ijat balik petang tu bawak buah epal hijau 900 biji. Dia sponsor buah epal. Oh terima kasih adik.
- petang, ajak alang p Yusra kat Bahau nak amik baju nikah. Terus hantar baju melayu nikah ke rumah mertua. Yusra bagi baju yang tak basuh??? Busuk giler ok, kotor pulak tu... dah la baju melayu tu sempit, kesian laki den yang badan besau tu... nama je datang fitting sampai 2x, tapi at last jadi macam gini. Kecewa sikit la...
- sampai rumah balik dalam pukul 7 lebih, cepat2 solat Maghrib. Tengok2 Nana, cik pengapitku tengah packing doorgift dengan ika. Oh terharu saya :)
- lepas solat try fitting baju nikah jap. Oh baju saya pun adalah busuk, x dibasuh dan kotor. Memang terbaik la bau dia.. sembur dengan Febreze.. huhu
- malam, Nana ajak pakai inai terus. Takut takda masa nanti. So, pukul 1130pm start asingkan daun inai dari tangkai. Ingat nak blend je, letak limau sikit, untuk kasi merah. Tengok2 macam tak jalan pulak blender tuh. Terus tukar plan B. Tumbuk yolah. Kelentang kelentung la kami berdua kat dapur sambil ditemani oleh encik Gopal. Hehe. Oleh kerana pakai inai daun, maka terpaksa tunggu sampai 2 jam… dok sembang2 dengan Nana sampai pukul 3pagi kot.. dah x dapat tido pulak. Aku ok la lagi.. Nana keje hari Jumaat tuh.. huhu






24 June
- 6 pagi dah bangun, nak teman Nana kena gerak awal dari rumah sebab dia kerja. Sementara tunggu dia mandi, aku buatkan air milo untuk Nana. Lepas Nana p kerja, ingat nak sambung tido balik tapi mata tak boleh lelap… maklumla esok nikah! Huwaaa seram den.
- Alang dok terjenguk2 dari luar bilik, terus aku suruh pakaikan inai mekah pulak kat kuku. Sebab pakai inai daun malam tadi tu x pekat pulak…
- seharian buat doorgift sampai ke malam. Letih giler… terlepas tengok Maharaja Lawak Final sebab tempat tv dah pasang pelamin.. hehe
- khemah dah siap pasang. Ada 6 khemah. Aku sangat tak puas hati dengan khemah ni… nanti aku reveal.
- malam pakai inai daun lagi… lebih malam semalam punya.. ramai yang cakap tak pekat.. so pakai lagi sekali untuk kasi lagi merah.. huhu




25 June
- hari ni nikah!
- bentang karpet kat ruang tamu. Ika vacuum carpet. Nikah lepas asar. Tiba2 dapat kejutan, cik Yus datang dari kuantan.. sebab x dapat datang hari majlis sebab ada kursus. Dia otw nak ke tempat kursus.. tu singgah kat rumah aku.. hihi suka2! Dah lama giler tak jumpa... yus ni bff masa diploma dulu.





- jiran2 dah ramai time ni. Rasa dah seram sejuk. Ramai yang mengusik2 pulaks.. hihi
- kul 230pm dah start make up. Ramai yang jadi penonton setia masa aku tengah make up ni.. sampai naik segan haku, haha. Sejam lebih je kak azie ni make up kan aku. 350pm aku dah siap sepenuhnya. Hasilnya, aku sangat suka.




- Rombongan lelaki sampai pukul 539pm. Boleh? Lama giler aku tunggu. Mak dah berapa kali jenguk bilik tanya bila rombongan nak sampai?? Jiran2 dah ramai yang balik... entah la mak.. janji nya pukul 5pm.. paling lewat pun bakal adik ipar kata 515pm. Dah la korset aku ketat. Sampai terbaring2 aku, rasa macam darah x jalan. Cuak nak kena nikahkan pun satu hal. Lepas tu jurugambar kami terlupa tarikh kami nikah? Boleh? Lagi aku hangin time ni.. tu yang muka ketat je. Rasa nak menangis. Terpaksa gagahkan diri untuk senyum. Rasa macam dibuat2 pun ada. Boleh tak sejam dua sebelum nikah aku sms tunang kata boleh tak kalau nak cancel ? rasa macam down giler. Nak marah2 pun x guna... rasa kecewa pun ada.. asalkan kami sah suami isteri dah la.. serius aku penat. Terlalu banyak dugaan. Nak menangis pun dah tak ada air mata. Allah je tau apa ada dalam hati aku. Mana nak tau benda2 macam ni nak jadi kan... hmm... terkilan tak ada OP untuk nikah.... sanding pun tak ada... mengharapkan kamera kawan2 yang datang n kamera digital aku tu je.. dah la gambar shaking & blur2 je.. sedih... terpaksa pujuk diri sendiri -.-
- Pengantin lelaki sampai2 je terus duduk atas tilam nikah. Orang sepatutnya bila disuruh baru duduk. Haha.
- Alhamdulillah tepat pukul 555pm, sekali lafaz je, aku dah bergelar isteri kepada lelaki yang 1st sekali ajak aku keluar dating. Ingat lagi perasaan menggigil masa 1st time jumpa dulu.. bahaha.
- Saat dinikahkan, aku tak menangis pun. Tapi bila nampak mak menangis peluk aku, terus aku menangis jugak.. tak boleh nak tahan2 dah air mata tu.. huhu





- lepas nikah, sakan la bergambar. Tak sangka pulak geng rempit aka cik jen & cik Murni datang waktu aku lepas nikah... dalam pukul 630pm kot.. hihi.. dorg tido rumah aku sambil tolong deco2 bakul untuk letak dorgift for kids. Dorg jugak tolong buatkan hantaran untuk buah n coklat. Cantik, i like! Thanks korang! :)
- Malam tak ada buat apa pun.. menjahit baju sanding yang aku rasa agak besar tu je.. jahit kasi badan ada shape sikit je pun. Esok tu pakai still longgar lagi. Mungkin sebab tak berapa selera makan kot. Hoho.




Ok sampai sini dulu. Nanti aku sambung lagi untuk cerita hari bersanding pulak .. hihi


9 comments:

YanaMIB said...

mcm² cerita yana..part OP tu jgn difikir sgt..yg penting lafaz SAH tu..hihi..banned je OP tu pasnih..huh!

fazilzura said...

OP tu kalau ikutkan xde le penting, cer kalau panten lelaki lupe date? amacam ... rs nye lg huru hara...insyallah dugaan itu akan mematangkan kite...

so OP tu terus x dtg ker? mmg ampeh ayam kan .. kasi COP itu OP ..

sweet je awak walau dlm ati bergelora kan..

* salam kenalan dr fazilzurakil

Mimy Hamid said...

amboi panjang cerita..takpe selesai sudah...kira awak pakai inai awal la yer..akak hr tu esok pagi nak nikah malam sebelum br pakai...sebab tak suka inai..itu pun kena paksa...simpanan kenangan ni yer...selamt pengantin baru sekali lagi

liyana said...

@YanaMIB
huhu mane x sedih.. gmbr buruk2 je yg dpt.. sampai skrg rase terkilan lg..huhu


@fazilzura
tpaksa pujuk diri sendiri utk senyum.. benda dh jadi, nk buat cmne kan.. :)
aah bila dia x dtg, hasben terus cancel die, lgsung xde OP utk sanding, haru betul rase... sakit hati pun ade, entah la hai.. benda dh lepas... -.-
tq sudi singgah sini.. :)

liyana said...

@Mimy Hamid
hehe.. sengaja tulis pjg2 utk bacaan diri sendiri je.. huhu
sbb pakai inai daun, tu yg pakai awal... sbb mmg nk pakai inai daun, xmau inai tube tu, hitam nt..
thanks kak :)

kayrul-shah said...

dugaan betul kahwin yana nie...band jer OP tue..boleh plak lupa....sian plak baca pasal dapat baju busuk tue....

.hasina. said...

kiut2 je sume gambar mase rewang, pakai
inai & sampai masa hari nikah. tak sabar
nak tgk next entry psl sanding! :)

PUAN SUE (asam.garam.gula) said...

la yeke..emm..geram je OP cam tu..baju nikah yana cantik..makeup pun cntik

nuciaziakact said...

mcm2 sungguh dugaan awak... tp walau apa pun semuanya selamat.... hope semoga hari2 yang mendatang akan lebih manis.... tahniah awak... i tumpang happy... alhamdulillah dah berjodoh, berteman awak...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...