BLOGGERIANS

Wednesday, July 13, 2011

my wedding review - part 2

Sambung lagi.. sementara boss takde ni (AL half day).

Aku ada cerita kan, aku sangat tak puas hati dengan khemah pengantin. Aku sebenarnya memang tak amik tau sangat pasal khemah, sebab abah nak sponsor.. so aku malas la banyak bunyik. Nanti macam tak bersyukur je. Yang aku tau, abah sewa 6 khemah termasuk khemah pengantin. 1 khemah = RM250 + khemah pengantin = RM300. So total semua adalah RM1550.


Colour tema aku kan dah berubah pasal kes baju sama hari tu kan.. so colour khemah pun aku ubah jugak la jadi colour merah + cream. Aku dah call awal2 owner khemah tu cakap kat dia, kurangkan colour merah sebab baju sanding aku dah merah giler. Lebihkan colour cream. Baru nampak seimbang. Ok katanya. Aku fikir dah settle kat situ.

Bila hari jumaat dorang datang pasang khemah. Pasang rangka nya dulu je. Boleh tak pekerja dorang tanya lagi, colour apa ek? aku macam eh?? bukan ke aku dah cakap hari tu? ok fine takpela, aku cakap lagi sekali colour merah n cream, minimisekan colour merah tu, bunga kat khemah pengantin je letak colour merah. Tak kan aku nak lukis kasi faham?? Seminggu sebelum majlis memang emosi aku tak stabil.

Macam2 masalah timbul.




Hasilnya jadi macam gini. Ini khemah pengantin. Tengok gambar yang 1st. Kosong kan?? Aku ingatkan 26hb pagi baru diorang akan hias khemah pengantin. Malam lepas nikah, sepupu2 aku dah mula bising kenapa khemah pengantin kosong? tak dapek den nak jawab. Apa beza khemah pengantin dengan khemah biasa? RM300 untuk meja U dengan sarung kerusi tu ke?

Aku telefon owner khemah tu malam tu, dia tak angkat. Masuk voicemail terus off hp. Aku memang hangin. Dah la OP tak ada, khemah pengantin macam harem je rupa nya. Bila abah aku call, owner tu jawab macam ni, kita tak amik hias khemah pengantin, kita pasangkan khemah je, hiasan2 mak andam kena sediakan. Aku masa tu memang tak ada mood langsung. Rasa nak menangis. Rasa nak mengamuk kat owner khemah tu. Aku tak halalkan apa yang kau dah buat. Sepupu aku, kaklang cuba tenangkan aku. Dia kata apa kata pinjam hiasan kat mak andam masa aku tunang dulu. Dia memang ada butik pengantin. Aku cakap kat kaklang, aku dah malu kat dia. Kaklang kata dia akan uruskan. Tengok gambar no 2... tu la hasilnya, bunga sejemput dengan kerusi yang dibalut dengan colour merah.

Jadi lah.............dari takde langsung.... :)

Ini no owner khemah yang abah aku kata amik kat Beting - Md Zin - 0196214493

Jangan sesekali amik khemah kat dia. huhu. Padan muka.




Cantik tak kek ni? order dengan kakak Nubhan (nak jugak sebut tuh). Alang p amik dengan pian pagi sabtu tu. Kek ni adalah kek buah. Dapat free gift coklat :)


Rombongan lelaki sampai tepat 1230pm. Kali ini betul2 menepati masa. Hujan turun renyai2 waktu tuh.. nasib tak lebat sangat. Boleh tak time nak turun pergi kat pengantin lelaki, aku, cik pengapit, dengan kawan 2 orang je turun terkontang kanting, lepas tu bunga manggar tinggal kat belakang? bahaha.. tak ingat langsung, serius.. huhu



Disebabkan majlis kat rumah aku tak ada menepung tawar.. maka nya aku ingat boleh la naik atas pelamin dulu amik gambar.. rupanya paklong terus suruh kami pergi makan. Semua kat situ macam tercengang2 je.. aku nak je hentak2 kaki, kasi la kami pergi duduk atas pelamin amik gambar dulu baru makan.. ayoyo tak pela yang tu.. hal kecik je.


Lepas makan baru masuk dalam rumah naik atas pelamin, amik gambar . disebabkan OP tak ada, maka nya amik gambar sendirian berhad dengan rupa yang tak semenggah. Aku pasrah jela. Dengan mood yang tak berapa ada, gagahkan jugak untuk senyum. Ini kan majlis aku.... sepatutnya aku happy kuasa dua... kan... sila bertabah puan Liyana :)



Oh paling aku suka tentang majlis kat rumah aku adalah paluan kompang nya. Recommended! sangat best bagi aku laa.. Macam2 lagu diorang mainkan... Walaupun rumah aku tak ada karaoke (walaupun aku request lagu2 dari laptop je pun, abah adalah tak bagi), sekurang2 nya ada paluan kompang yang sangat superb! Amik kat juasseh. Terbaek adik2 ni. Hati yang sakit rasa terhibur kejap :)



Time ni hati tengah marah kat encik suami sebab OP tak ada. Sebab encik suami yang uruskan pasal OP. Sangat terkilan. Sangat... sangat... kalau la boleh diputar kembali masa itu... aku terima offer abah kata nak sponsor OP... hmmm...


Walau pun majlis ku tak berapa sempurna macam aku impikan, aku redha jelah... yang penting aku dah bersuami di usia 25 tahun. Rasa macam pakwe makwe lagi kot..

Hmm... kepada Wanna1986, tolong la jangan ganggu kebahagiaan kami. Aku tau dan aku kenal siapa kau...cuma aku tak sampai hati nak aib kan kau. Kalau pun kau ada masalah dengan husband kau, tolong la jangan kacau laki aku. Kau tak pernah tengok aku mengamuk kot kan?? Sila jangan cari pasal dengan aku k... :)

4 comments:

PUAN SUE (asam.garam.gula) said...

xpelah..dah lepas..semua majlis ada dugaannya..semoga bahagia tau

^fafau^chipshana said...

liyana, OP xde xpe janji semua dah setel kan?eh eh akak baru baca psl entri wanna1986.wut the fishh??hangin plak akak baca.tapi xpelah mmg selalunya ada dugaan masa bertunang nak2 masa nak dekat2 kawen.perempuan gila mmg ramai dik.akak pon penah kena kalau awak ada baca entri akak sblm2 ni.yg pnting awak kuat kan?hi 5! =)

.hasina. said...

tak kisah kak kalau ada sikit2 yg tak bape nk puas hati. yg penting
majlis dah settle da. segala2nya bjalan lancar. ada lobang sikit2 tu bese la.
susah nak handle majlis besar mcm ni.
chewaah mcm sina b'pengalaman plak.
hihi just pendapat.

Mimy Hamid said...

macam anak patung ...dah la warna merah menyala....


p/s warning dik jgn tak warning..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...