BLOGGERIANS

Thursday, July 14, 2011

my wedding review - part 3

Lepas majlis kat rumah aku... seminggu kemudian adalah majlis bertandang pulak. So, ada la masa untuk kitorang berehat2. Sangat penat ok buat kenduri ni.. even kau duduk n senyum n sengih je pun atas pelamin tuh. Walaupun mood tunggang terbalik, muka mesti ada senyum ok. Hmm...


Isnin n Selasa just berkemas sekeliling rumah je. Khemah bukak balik masa aku tak ada kat rumah. Aku n asben p rumah mertua jap. Aku teringin jugak nak jumpa orang2 khemah tu, saki baki amarah ni belum habis lagi. Belum pernah tengok aku marah kan? Dengan sekelip mata aku akan bertukar jadi lady gaga, err........ haha. Mujur la abah yang sponsor, kalau guna duit aku, jangan harap senang2 itu aku nak bayar. Ini serius. =.='


Rabu, mak kata nak buat wajik, untuk dibawa masa bertandang ke rumah pengantin lelaki. Antara yang perlu dibawa adalah bunga telur n wajik/ dodol. Gambar2 semua adik aku terdelete dari kamera digital pink aku tuh. Kesian kan... sobb.. sobbb..


Malam Khamis tido rumah mertua. Nak tolong apa patut kat sana pulak. Malam Jumaat pun tido sana lagi. Maklum la rumah dekat, kami laki bini ulang alik je.. penat tak boleh nak cerita la kan.. dah ada 2 family.. banyak hati perlu dijaga.. :)




ini sepupu2 kecik sebelah husband. Macam2 aksi dorg ni.. sporting giler bila disuruh berposing... hihi





Jumaat malam tu ada karaoke kat rumah mertua. Aku tak join la, apa pulak rupanya kan. Aku kat rumah je online FB, time tu la baru nak masuk kan gambar nikah, haha. Keluarga mertua memang sangat giler2, aku dengan automatik nye jadi giler bila join diorang ni, haha. Ada karaoke siap dengan hadiah lagi. Ini memang tradisi family dorang. Harap maklum. Hehe



Sabtu, pukul 1030 pagi bersiap2 make up dengan kak Azie. Oh make up kali ni pun aku suka, sebab macam lembut2 sikit kaler nya. Mungkin ikut kaler baju kot. Tiba2 husband cakap nak tukar pengapit la... nak suruh adik aku si alang tu jadi pengapit, hensem sikit katanya. Pengapit waktu majlis kat rumah aku tak hensem katanya, tak cantik gambar. Ciss! report kat along ijal kang baru tau, hehehe


Kami disambut dengan paluan kompang yang so~so je bunyinya... sori yang, hehehehe


Ermm... bunga telur kaler purple tu kan, malam Sabtu tu baru kami p cari kat Nona Florist Bahau. Malam tu jugak baru rebus telur n siapkan semuanya. Malam tu jugak baru nak p carik inner kaler purple untuk baju aku yang jarang tuh. Nasib sempat. Hehe.










Ini pakcik sebelah suami. Dia ni agak giler2 jugak. Boleh tak dipalit2 nya inai tu kat tapak tangan aku, habis seluruh tangan aku oren2 kena inai, terselit2 masuk dalam cincin, buruk benor ghope nye, haha... pakcik... pakcik...




kawan2 sekolah pun ramai yang datang.. thanks korang






oh time ni pun tengah hot lagi sebab OP bidan terjun amik kat sepupu husband je. Boleh tak tengah2 majlis, bateri dah mula kong. Ni nak p outdoor lepas ni tak tahu sempat ke tak.. sobb.. sobb... hai nasib badan...





Ada karaoke kat sini. Boleh tak DJ suruh pengantin nyanyi, salah sorang dah la, ni aku pun kena. Mula2, aku buat tak peduli je, sekali adik ipar si Azrul tarik tangan aku p kat abang dia yang dah standby nak nyanyi tuh. Adeh, ok fine aku teman jela. Berdiri je kat sebelah. DJ kemain cakap ala pengantin perempuan ni tak sporting la... aku buat pekak badak je, ada aku kesah? haha.. Aku suka nyanyi, tapi aku tak suka nak perdengarkan kat orang, sumpah malu, sebab aku tau suara aku tak sedap, hujan kang baru tau, kah3. Encik husband dah biasa nyanyi, siap bagi ucapan lak tu. Husband sempat nyanyi 2 lagu, ku bermohon kasih dengan lagu p ramlee, lidah tergigit tu.. hehe.. mampus kena usik dengan sepupu sepapat belah suami kat belakang tu, ayoooo lucah la uollss niiiiiiiiiiiiiii... mentang2 lagu tergigit lidah, hahaha



Lepas nyanyi amik gambar lagi. Penat senyum. hihi. Lepas tu dalam pukul 4pm nak p teratak zaaba nak amik gambar outdoor.



nampak budak2 kecik berkerumun kat tempat cendol. Rupa2 nya ada beruk comel kat situ tengah makan lolipop kaler hijau, bahaha, lawak giler tengok dia makan lolipop jolok sampai ke anak tekak kot, hensem tapi garang kemain, hahaha





sampai kat teratak zaaba. Boleh tak kamera OP, bateri nya kong time2 tu jugak. Serius aku nak menangis time ni. Ni je la last shoot nak pakai lawa2 n mekap lawa2 pun. Tapi, aku tahan je la, kang cair mekap den. Tabahkan hati. Terus hilang mood. Balik laa.. nak tunggu apa lagi. OP bidan terjun bagi cadangan kitorang buat outdoor keesokan harinya pakai baju pengantin jugak, mekap sikit2, apa perasaan kau? sumpah dah bergenang2 air mata ni. tahan je...




~~dalam kereta otw balik rumah mertua, mood kelaut~~~



Adik ipar dah sms berkali2 suruh balik cepat sebab saudara mara semua nak balik. Diorang suruh pengantin balik cepat sebab nak tengok kitorang bukak hadiah. Acara bukak hadiah ni macam acara wajib jugak. Geng sepupu sepapat yang giler2 ni akan balut hadiah yang pelik2 macam tong gas, tong racun, cangkul etc2, letak dalam kotak besar n balut. Nasib la korang dapat hadiah apa kan. time aku hari tu, dapat patung perempuan bogel dipakaikan bra n spender terpakai, hahahaha... memang giler dorang ni. adoi sabar jela aku.




Dah bukak hadiah, amik gambar family pulak. Letih sungguh rasanya...
Next entri adalah pasal outdoor pulak. hihi

14 comments:

.hasina. said...

huu sy kalau bab2 gambar pn sensetip jgk kalau takde.
mana tak begenang saat manis tak dpt nak
rakam. hehe... nasib baik ada kan :)

Finaz Jaafar said...

awww pink mnyerlah !

liyana said...

@sina
kan.. rase kesian kt diri sendiri, hmm xpela..nk buat cemane.. :)


@Finaz
harusla pink, hehe

YanaMIB said...

klu muka dh cantek mekap camne pn tetap nmpk cantek yanaaaa..haha~

boleh plak eh men tukar² pengapit..demand asben awk taw..huhu~

monyet tu mmg comel..sekian! ^_^

liyana said...

@YanaMIB
mak aii statement tu x boleh bla, haha, bkn selalu dpt mekap retiss..pahtu pakai baju diva2, sesekali nak gak la bergambar sakan, boleh pulak kamera buat hal, tu yg terkilan sungguh..sobb...sobb..

hoho, kdg2 beliau agak demand, ikut kan jelah -.-

monyet tu mengingatkanku pada zakuan, rugi x bergambo dgn monyet lolipop tuh, ahaks

PUAN SUE (asam.garam.gula) said...

suka makeup time tandang jugak..sweet je..warna baju pun cntik

liyana said...

@sue
thanks sue, mgkin kite due2 suke kaler pink, maka nampak cantik jela sume benda pun, hehehhe

Mimy Hamid said...

mekap sini lite lite sesuai la majlis bertandang kan...tp awak lawa putih melepak lagi suke mekap tebal..cantekssssssss

bintanghati said...

tahniah ..cute awk kawen.....daa

bintanghati said...

cantik...awk kawen..cute..tahniah

♥ EeiNz ♥ said...

canteknye yana ! ;)

Cik Shiqa said...

yana sangat cantekkk... tahniah!

damiaaqilla said...

ish..ada ke ptt bateri OP tu leh kong time2 penting ni..pttnye dia kn stand by r bateri ckp2..kesian liyana..klu sy pn mesti sedih giler..

Hunny Kitty said...

swit je palamin....baju cantik!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...