BLOGGERIANS

Thursday, July 14, 2011

outdoor kate nye.. lalala

Disebabkan kamera OP bidan terjun yang kehabisan bateri tuh, makanya outdoor kami adalah keesokan harinya (Ahad). Tau tak waktu ni adalah pukul 1 pm onwards, matahari tegak atas kepala. Adalah sangat panas. Aku bukan la takut panas, cuma nya kulit aku tak berapa tahan dok lama2 bawah matahari, perit. Tapi ikutkan jela, dah ada orang nak amik kan gambar ni.


Encik husband cadangkan buat tema melayu klasik, konon2 nak p amik gambar kat tengah sawah, tapi tak ada pulak sawah yang hijau. Kaler coklat je semua. Dah kena tuai agak eh (betul ke aku sebut ni).


Tema melayu klasik.. ermm.. menarik2... otw nak ke teratak zaaba, singgah ke rumah nenek asben nak amik baju opah2 tu.. hihi


Then, balik rumah aku jap sebab nak pinjam topi kebun abah, cangkul abah. Abah pandang macam pelik je kat kitorang, dah macam zaman dahulukala. hahaha


Adik ipar ku yang perempuan tu jadi tukang mekap kan aku. Adeh. Tak payah mekap la dik, p sawah je pun.. tapi tadah je muka ni ha... hehe.. dan dia jugak jadi choreographer kitorang. posing camni, posing camtu.. adeh.. aku ni dah la kaku je, segan betul ramai sepupu2 sebelah asben yang ikut jadi krew... hehe





tak boleh amik gambar kat dalam ye... sekian terima kasih~



Disebabkan nak jugak bergambar kat sawah, terusla kami ke sawah kuala kepis tu. Dulu pernah pergi survey2 dengan tunang, tengah menghijau masa tu memang cantik la.. tup2 time kawen dah kuning lak sawah eh.. hehehe






Ok... dah la tu.. moh balik..

my wedding review - part 3

Lepas majlis kat rumah aku... seminggu kemudian adalah majlis bertandang pulak. So, ada la masa untuk kitorang berehat2. Sangat penat ok buat kenduri ni.. even kau duduk n senyum n sengih je pun atas pelamin tuh. Walaupun mood tunggang terbalik, muka mesti ada senyum ok. Hmm...


Isnin n Selasa just berkemas sekeliling rumah je. Khemah bukak balik masa aku tak ada kat rumah. Aku n asben p rumah mertua jap. Aku teringin jugak nak jumpa orang2 khemah tu, saki baki amarah ni belum habis lagi. Belum pernah tengok aku marah kan? Dengan sekelip mata aku akan bertukar jadi lady gaga, err........ haha. Mujur la abah yang sponsor, kalau guna duit aku, jangan harap senang2 itu aku nak bayar. Ini serius. =.='


Rabu, mak kata nak buat wajik, untuk dibawa masa bertandang ke rumah pengantin lelaki. Antara yang perlu dibawa adalah bunga telur n wajik/ dodol. Gambar2 semua adik aku terdelete dari kamera digital pink aku tuh. Kesian kan... sobb.. sobbb..


Malam Khamis tido rumah mertua. Nak tolong apa patut kat sana pulak. Malam Jumaat pun tido sana lagi. Maklum la rumah dekat, kami laki bini ulang alik je.. penat tak boleh nak cerita la kan.. dah ada 2 family.. banyak hati perlu dijaga.. :)




ini sepupu2 kecik sebelah husband. Macam2 aksi dorg ni.. sporting giler bila disuruh berposing... hihi





Jumaat malam tu ada karaoke kat rumah mertua. Aku tak join la, apa pulak rupanya kan. Aku kat rumah je online FB, time tu la baru nak masuk kan gambar nikah, haha. Keluarga mertua memang sangat giler2, aku dengan automatik nye jadi giler bila join diorang ni, haha. Ada karaoke siap dengan hadiah lagi. Ini memang tradisi family dorang. Harap maklum. Hehe



Sabtu, pukul 1030 pagi bersiap2 make up dengan kak Azie. Oh make up kali ni pun aku suka, sebab macam lembut2 sikit kaler nya. Mungkin ikut kaler baju kot. Tiba2 husband cakap nak tukar pengapit la... nak suruh adik aku si alang tu jadi pengapit, hensem sikit katanya. Pengapit waktu majlis kat rumah aku tak hensem katanya, tak cantik gambar. Ciss! report kat along ijal kang baru tau, hehehe


Kami disambut dengan paluan kompang yang so~so je bunyinya... sori yang, hehehehe


Ermm... bunga telur kaler purple tu kan, malam Sabtu tu baru kami p cari kat Nona Florist Bahau. Malam tu jugak baru rebus telur n siapkan semuanya. Malam tu jugak baru nak p carik inner kaler purple untuk baju aku yang jarang tuh. Nasib sempat. Hehe.










Ini pakcik sebelah suami. Dia ni agak giler2 jugak. Boleh tak dipalit2 nya inai tu kat tapak tangan aku, habis seluruh tangan aku oren2 kena inai, terselit2 masuk dalam cincin, buruk benor ghope nye, haha... pakcik... pakcik...




kawan2 sekolah pun ramai yang datang.. thanks korang






oh time ni pun tengah hot lagi sebab OP bidan terjun amik kat sepupu husband je. Boleh tak tengah2 majlis, bateri dah mula kong. Ni nak p outdoor lepas ni tak tahu sempat ke tak.. sobb.. sobb... hai nasib badan...





Ada karaoke kat sini. Boleh tak DJ suruh pengantin nyanyi, salah sorang dah la, ni aku pun kena. Mula2, aku buat tak peduli je, sekali adik ipar si Azrul tarik tangan aku p kat abang dia yang dah standby nak nyanyi tuh. Adeh, ok fine aku teman jela. Berdiri je kat sebelah. DJ kemain cakap ala pengantin perempuan ni tak sporting la... aku buat pekak badak je, ada aku kesah? haha.. Aku suka nyanyi, tapi aku tak suka nak perdengarkan kat orang, sumpah malu, sebab aku tau suara aku tak sedap, hujan kang baru tau, kah3. Encik husband dah biasa nyanyi, siap bagi ucapan lak tu. Husband sempat nyanyi 2 lagu, ku bermohon kasih dengan lagu p ramlee, lidah tergigit tu.. hehe.. mampus kena usik dengan sepupu sepapat belah suami kat belakang tu, ayoooo lucah la uollss niiiiiiiiiiiiiii... mentang2 lagu tergigit lidah, hahaha



Lepas nyanyi amik gambar lagi. Penat senyum. hihi. Lepas tu dalam pukul 4pm nak p teratak zaaba nak amik gambar outdoor.



nampak budak2 kecik berkerumun kat tempat cendol. Rupa2 nya ada beruk comel kat situ tengah makan lolipop kaler hijau, bahaha, lawak giler tengok dia makan lolipop jolok sampai ke anak tekak kot, hensem tapi garang kemain, hahaha





sampai kat teratak zaaba. Boleh tak kamera OP, bateri nya kong time2 tu jugak. Serius aku nak menangis time ni. Ni je la last shoot nak pakai lawa2 n mekap lawa2 pun. Tapi, aku tahan je la, kang cair mekap den. Tabahkan hati. Terus hilang mood. Balik laa.. nak tunggu apa lagi. OP bidan terjun bagi cadangan kitorang buat outdoor keesokan harinya pakai baju pengantin jugak, mekap sikit2, apa perasaan kau? sumpah dah bergenang2 air mata ni. tahan je...




~~dalam kereta otw balik rumah mertua, mood kelaut~~~



Adik ipar dah sms berkali2 suruh balik cepat sebab saudara mara semua nak balik. Diorang suruh pengantin balik cepat sebab nak tengok kitorang bukak hadiah. Acara bukak hadiah ni macam acara wajib jugak. Geng sepupu sepapat yang giler2 ni akan balut hadiah yang pelik2 macam tong gas, tong racun, cangkul etc2, letak dalam kotak besar n balut. Nasib la korang dapat hadiah apa kan. time aku hari tu, dapat patung perempuan bogel dipakaikan bra n spender terpakai, hahahaha... memang giler dorang ni. adoi sabar jela aku.




Dah bukak hadiah, amik gambar family pulak. Letih sungguh rasanya...
Next entri adalah pasal outdoor pulak. hihi

Wednesday, July 13, 2011

my wedding review - part 2

Sambung lagi.. sementara boss takde ni (AL half day).

Aku ada cerita kan, aku sangat tak puas hati dengan khemah pengantin. Aku sebenarnya memang tak amik tau sangat pasal khemah, sebab abah nak sponsor.. so aku malas la banyak bunyik. Nanti macam tak bersyukur je. Yang aku tau, abah sewa 6 khemah termasuk khemah pengantin. 1 khemah = RM250 + khemah pengantin = RM300. So total semua adalah RM1550.


Colour tema aku kan dah berubah pasal kes baju sama hari tu kan.. so colour khemah pun aku ubah jugak la jadi colour merah + cream. Aku dah call awal2 owner khemah tu cakap kat dia, kurangkan colour merah sebab baju sanding aku dah merah giler. Lebihkan colour cream. Baru nampak seimbang. Ok katanya. Aku fikir dah settle kat situ.

Bila hari jumaat dorang datang pasang khemah. Pasang rangka nya dulu je. Boleh tak pekerja dorang tanya lagi, colour apa ek? aku macam eh?? bukan ke aku dah cakap hari tu? ok fine takpela, aku cakap lagi sekali colour merah n cream, minimisekan colour merah tu, bunga kat khemah pengantin je letak colour merah. Tak kan aku nak lukis kasi faham?? Seminggu sebelum majlis memang emosi aku tak stabil.

Macam2 masalah timbul.




Hasilnya jadi macam gini. Ini khemah pengantin. Tengok gambar yang 1st. Kosong kan?? Aku ingatkan 26hb pagi baru diorang akan hias khemah pengantin. Malam lepas nikah, sepupu2 aku dah mula bising kenapa khemah pengantin kosong? tak dapek den nak jawab. Apa beza khemah pengantin dengan khemah biasa? RM300 untuk meja U dengan sarung kerusi tu ke?

Aku telefon owner khemah tu malam tu, dia tak angkat. Masuk voicemail terus off hp. Aku memang hangin. Dah la OP tak ada, khemah pengantin macam harem je rupa nya. Bila abah aku call, owner tu jawab macam ni, kita tak amik hias khemah pengantin, kita pasangkan khemah je, hiasan2 mak andam kena sediakan. Aku masa tu memang tak ada mood langsung. Rasa nak menangis. Rasa nak mengamuk kat owner khemah tu. Aku tak halalkan apa yang kau dah buat. Sepupu aku, kaklang cuba tenangkan aku. Dia kata apa kata pinjam hiasan kat mak andam masa aku tunang dulu. Dia memang ada butik pengantin. Aku cakap kat kaklang, aku dah malu kat dia. Kaklang kata dia akan uruskan. Tengok gambar no 2... tu la hasilnya, bunga sejemput dengan kerusi yang dibalut dengan colour merah.

Jadi lah.............dari takde langsung.... :)

Ini no owner khemah yang abah aku kata amik kat Beting - Md Zin - 0196214493

Jangan sesekali amik khemah kat dia. huhu. Padan muka.




Cantik tak kek ni? order dengan kakak Nubhan (nak jugak sebut tuh). Alang p amik dengan pian pagi sabtu tu. Kek ni adalah kek buah. Dapat free gift coklat :)


Rombongan lelaki sampai tepat 1230pm. Kali ini betul2 menepati masa. Hujan turun renyai2 waktu tuh.. nasib tak lebat sangat. Boleh tak time nak turun pergi kat pengantin lelaki, aku, cik pengapit, dengan kawan 2 orang je turun terkontang kanting, lepas tu bunga manggar tinggal kat belakang? bahaha.. tak ingat langsung, serius.. huhu



Disebabkan majlis kat rumah aku tak ada menepung tawar.. maka nya aku ingat boleh la naik atas pelamin dulu amik gambar.. rupanya paklong terus suruh kami pergi makan. Semua kat situ macam tercengang2 je.. aku nak je hentak2 kaki, kasi la kami pergi duduk atas pelamin amik gambar dulu baru makan.. ayoyo tak pela yang tu.. hal kecik je.


Lepas makan baru masuk dalam rumah naik atas pelamin, amik gambar . disebabkan OP tak ada, maka nya amik gambar sendirian berhad dengan rupa yang tak semenggah. Aku pasrah jela. Dengan mood yang tak berapa ada, gagahkan jugak untuk senyum. Ini kan majlis aku.... sepatutnya aku happy kuasa dua... kan... sila bertabah puan Liyana :)



Oh paling aku suka tentang majlis kat rumah aku adalah paluan kompang nya. Recommended! sangat best bagi aku laa.. Macam2 lagu diorang mainkan... Walaupun rumah aku tak ada karaoke (walaupun aku request lagu2 dari laptop je pun, abah adalah tak bagi), sekurang2 nya ada paluan kompang yang sangat superb! Amik kat juasseh. Terbaek adik2 ni. Hati yang sakit rasa terhibur kejap :)



Time ni hati tengah marah kat encik suami sebab OP tak ada. Sebab encik suami yang uruskan pasal OP. Sangat terkilan. Sangat... sangat... kalau la boleh diputar kembali masa itu... aku terima offer abah kata nak sponsor OP... hmmm...


Walau pun majlis ku tak berapa sempurna macam aku impikan, aku redha jelah... yang penting aku dah bersuami di usia 25 tahun. Rasa macam pakwe makwe lagi kot..

Hmm... kepada Wanna1986, tolong la jangan ganggu kebahagiaan kami. Aku tau dan aku kenal siapa kau...cuma aku tak sampai hati nak aib kan kau. Kalau pun kau ada masalah dengan husband kau, tolong la jangan kacau laki aku. Kau tak pernah tengok aku mengamuk kot kan?? Sila jangan cari pasal dengan aku k... :)

my wedding review - part 1

Salam… err.. dari mana nak mula cerita pun wa tak tau. Cerita ini adalah panjang. Saja je tulis pjg2 nak buat kenangan untuk diri sendiri.. esok2 takut lupa pulak kisah di belakang tabir ni, wahaha.
Tetiba tangan parkinson bila time nak menulis panjang2... ok xpe, wa cuba wa cuba, haha. Ini serius. Dah 19 hari jadi isteri orang. Unbelievable? Believe it, haha. Kejap je rasa. Dulu sebelum kawen, kemain menghitung hari macam lama sangat je nak sampai ke detik bersejarah itu.. hehe.
Ermm.. aku start cuti dari 22 June – 4 july... lebih kurang 9 hari waktu bekerja.

22 June
- siapkan doorgift, bahulu & kerepek
- pasang langsir

23 June
- pelamin dari Yusra sampai @ 1015am
- pelamin siap pasang @ 1132am (awal giler kan... mungkin sebab pasang dalam rumah kot.. tu yang awal sampai, time ni dah mula rasa kecut perut, bahaha)
- terus packing doorgift sampai petang
- Ijat balik petang tu bawak buah epal hijau 900 biji. Dia sponsor buah epal. Oh terima kasih adik.
- petang, ajak alang p Yusra kat Bahau nak amik baju nikah. Terus hantar baju melayu nikah ke rumah mertua. Yusra bagi baju yang tak basuh??? Busuk giler ok, kotor pulak tu... dah la baju melayu tu sempit, kesian laki den yang badan besau tu... nama je datang fitting sampai 2x, tapi at last jadi macam gini. Kecewa sikit la...
- sampai rumah balik dalam pukul 7 lebih, cepat2 solat Maghrib. Tengok2 Nana, cik pengapitku tengah packing doorgift dengan ika. Oh terharu saya :)
- lepas solat try fitting baju nikah jap. Oh baju saya pun adalah busuk, x dibasuh dan kotor. Memang terbaik la bau dia.. sembur dengan Febreze.. huhu
- malam, Nana ajak pakai inai terus. Takut takda masa nanti. So, pukul 1130pm start asingkan daun inai dari tangkai. Ingat nak blend je, letak limau sikit, untuk kasi merah. Tengok2 macam tak jalan pulak blender tuh. Terus tukar plan B. Tumbuk yolah. Kelentang kelentung la kami berdua kat dapur sambil ditemani oleh encik Gopal. Hehe. Oleh kerana pakai inai daun, maka terpaksa tunggu sampai 2 jam… dok sembang2 dengan Nana sampai pukul 3pagi kot.. dah x dapat tido pulak. Aku ok la lagi.. Nana keje hari Jumaat tuh.. huhu






24 June
- 6 pagi dah bangun, nak teman Nana kena gerak awal dari rumah sebab dia kerja. Sementara tunggu dia mandi, aku buatkan air milo untuk Nana. Lepas Nana p kerja, ingat nak sambung tido balik tapi mata tak boleh lelap… maklumla esok nikah! Huwaaa seram den.
- Alang dok terjenguk2 dari luar bilik, terus aku suruh pakaikan inai mekah pulak kat kuku. Sebab pakai inai daun malam tadi tu x pekat pulak…
- seharian buat doorgift sampai ke malam. Letih giler… terlepas tengok Maharaja Lawak Final sebab tempat tv dah pasang pelamin.. hehe
- khemah dah siap pasang. Ada 6 khemah. Aku sangat tak puas hati dengan khemah ni… nanti aku reveal.
- malam pakai inai daun lagi… lebih malam semalam punya.. ramai yang cakap tak pekat.. so pakai lagi sekali untuk kasi lagi merah.. huhu




25 June
- hari ni nikah!
- bentang karpet kat ruang tamu. Ika vacuum carpet. Nikah lepas asar. Tiba2 dapat kejutan, cik Yus datang dari kuantan.. sebab x dapat datang hari majlis sebab ada kursus. Dia otw nak ke tempat kursus.. tu singgah kat rumah aku.. hihi suka2! Dah lama giler tak jumpa... yus ni bff masa diploma dulu.





- jiran2 dah ramai time ni. Rasa dah seram sejuk. Ramai yang mengusik2 pulaks.. hihi
- kul 230pm dah start make up. Ramai yang jadi penonton setia masa aku tengah make up ni.. sampai naik segan haku, haha. Sejam lebih je kak azie ni make up kan aku. 350pm aku dah siap sepenuhnya. Hasilnya, aku sangat suka.




- Rombongan lelaki sampai pukul 539pm. Boleh? Lama giler aku tunggu. Mak dah berapa kali jenguk bilik tanya bila rombongan nak sampai?? Jiran2 dah ramai yang balik... entah la mak.. janji nya pukul 5pm.. paling lewat pun bakal adik ipar kata 515pm. Dah la korset aku ketat. Sampai terbaring2 aku, rasa macam darah x jalan. Cuak nak kena nikahkan pun satu hal. Lepas tu jurugambar kami terlupa tarikh kami nikah? Boleh? Lagi aku hangin time ni.. tu yang muka ketat je. Rasa nak menangis. Terpaksa gagahkan diri untuk senyum. Rasa macam dibuat2 pun ada. Boleh tak sejam dua sebelum nikah aku sms tunang kata boleh tak kalau nak cancel ? rasa macam down giler. Nak marah2 pun x guna... rasa kecewa pun ada.. asalkan kami sah suami isteri dah la.. serius aku penat. Terlalu banyak dugaan. Nak menangis pun dah tak ada air mata. Allah je tau apa ada dalam hati aku. Mana nak tau benda2 macam ni nak jadi kan... hmm... terkilan tak ada OP untuk nikah.... sanding pun tak ada... mengharapkan kamera kawan2 yang datang n kamera digital aku tu je.. dah la gambar shaking & blur2 je.. sedih... terpaksa pujuk diri sendiri -.-
- Pengantin lelaki sampai2 je terus duduk atas tilam nikah. Orang sepatutnya bila disuruh baru duduk. Haha.
- Alhamdulillah tepat pukul 555pm, sekali lafaz je, aku dah bergelar isteri kepada lelaki yang 1st sekali ajak aku keluar dating. Ingat lagi perasaan menggigil masa 1st time jumpa dulu.. bahaha.
- Saat dinikahkan, aku tak menangis pun. Tapi bila nampak mak menangis peluk aku, terus aku menangis jugak.. tak boleh nak tahan2 dah air mata tu.. huhu





- lepas nikah, sakan la bergambar. Tak sangka pulak geng rempit aka cik jen & cik Murni datang waktu aku lepas nikah... dalam pukul 630pm kot.. hihi.. dorg tido rumah aku sambil tolong deco2 bakul untuk letak dorgift for kids. Dorg jugak tolong buatkan hantaran untuk buah n coklat. Cantik, i like! Thanks korang! :)
- Malam tak ada buat apa pun.. menjahit baju sanding yang aku rasa agak besar tu je.. jahit kasi badan ada shape sikit je pun. Esok tu pakai still longgar lagi. Mungkin sebab tak berapa selera makan kot. Hoho.




Ok sampai sini dulu. Nanti aku sambung lagi untuk cerita hari bersanding pulak .. hihi


Tuesday, July 5, 2011

awak semua dah boleh panggil saya puan Liyana, sekian terima kasih. hihi

Nah! 1 gambar dulu


Alhamdulillah... sekali lafaz... dah bergelar isteri kepada Mohd Adzreel Redza bin Borhan.. :)
Walaupun macam2 dugaan datang, jodoh kami masih kuat...


Banyak benda nak diceritakan... banyak yang kurang.. banyak yang tak puas hati.. tapi adatla kan.. mana ada benda yang sempurna.. walau apa pun.. kami dah selamat.. terima kasih pada semua yang membantu baik dari segi kewangan, masa & tenaga.. tak terbalas rasanya.. (tetiba ayat macam skema)


Lepas ni entri adalah banyak cerita pasal wedding je... kabel kamera tak bawak la pulak.. gambar ni cilok kat FB je.. hihi


Oh hari ni dah start kerja.. cepat betul masa berlalu.. :(
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...