Tuesday, November 29, 2011

lagi teruk morning sickness, lagi kuat baby kat dalam perut??

amik kat FB pagi tadi. yeke?? risau la pulak aku... yela sejak dah tahu pregnant ni, aku tak rasa mabuk apa2 pun. Teringin jugak nak rasa. huhu

Ada tak yang senasib denganku? ke aku je yang pelik? hoho

Mak kata masa mengandungkan aku, mak suka sangat makan buah2an lagi2 la buah rambutan, lahir je aku, memang aku hantu buah pun. hehe

Sejak pregnant ni, aku suka nau makan buah, nasik, bubur oat langsung tak leh, rasa meloya pulak tengok gambar je pun, padahal dulu sebelum kawen kemain makanan fav tu.. huu

ke wedding member tadika.. hee

Eh lambat pula update hari ni. ada orang baca ke pun, ahaks perasan :P
Hari ni bz sikit, minggu ni kena jaga 2 bosses. Satu boss aku and satu lagi boss kepada boss aku. :D
So far, ok lagi masih boleh dikawal walaupun mula2 macam blur kejap, heks

Oh minggu lepas cuti 3 hari seronot kan?? Rasa macam panjang pulak cuti tu.. sampai kan pagi tadi terlajak la bangun pukul 655am. nasib sempat bersiap, dengan baju kerja tak iron lagi, mandi kerbau je, keh3

Eh sori terpanjang lak intro ai.. hah... biasa la melalut dulu :D

Erm... minggu lepas hari jumaat hubby bawak p tengok wayang cite puss in boots. semangat kemain nak tengok. hehe
Biasa la ai kan obses giler dengan kucing. kucing kurap pun ai sayang... kalau la ada duit terlebih2, teringin nak buka pusat perlindungan untuk kucing2 jalanan ni.. kesian taw... dah la malam tadi terlanggar kucing... tak tau hidup ke mati... oh terbayang2... maaf ye cik kucing...kita tak sengaja.. hubby bawak laju sangat malam tadi... semoga kamu tenang di sana.. ohh... sobb..sobb.. to hubby: kita tak salahkan awak pun, kita sedih je sebab teringat kucing kesayangan yang mati kena langgar kereta dulu..sampai meletup kepala dia.. hancurr.. bila tanam, ayam dok catuk2.. sedih ;(

Eh! kan dah melalut lagi! hahaha

Ok fine, cite Puss in Boots tu ok la....so so je... jalan cerita tak best sangat, Shrek lagi best! tapi  kucing2 dalam tu semua comel belaka :D

Hari Ahad p rumah saudara sebelah abah... kenduri kahwin... 2 pupu aku, tapi tak ada la rapat sangat... last jumpa masa tadika dulu.. mana la aku ingat lagi rupa dia, aku ingat gigi dia je... hehe

tu dia perantin... tak da jauh sangat beza rupa zaman kecik2 dulu.
aku tak sure dia ingat lagi ke tak aku ni.. hee :)

Kemain lagi bila dj buat pengumuman pengantin akan mendarat dengan helikopter sebentar saja lagi.. mak aii... siap bunyi2 helikopter.. masing2 dok pandang ke langit, bahaha... 


kat wedding ni boleh pulak jumpa kawan satu kelas masa form 4 & 5. dan satu tadika jugak dulu bernama dwen. ahaks... dia la yang tanya "eh ko dulu tadika kat sawah lebar eh??"

 hehe.. kebetulan jela kan :P

ika & abg sepupu. entah bisik apo.. kemain bz dengan hp je.. =.='

Lepas kenduri balik rumah mertua, mil masak ikan bakar, sodap eh! siap belajar buat sambal dia. Antara bahan2 nya, udang kering, bawang putih, bawang merah, belacan, air asam jawa, garam, gula, kerisik kot... pastu lupa.. haha entah ape aku merapu ni. 

Eh, lupa pulak, tq encik hubby sebab carikan kita buah rambutan hari tu, teringin giler nak makan rambutan, kah3... beli kat tepi jalan, seikat RM15. mahal giler. baby punya pasal, mak sanggup nak, kohkohkoh :D

Thursday, November 24, 2011

yeay! dah ada buku pink :)

Lepas je balik dari Cameron, terus ke klinik nak beli MC. Tapi, sampai2 je, klinik dah nak tutup. Nak pergi klinik lain takut pulak, sebab tak biasa. hehe. So, esok pagi la baru p klinik yang sama untuk beli MC sebab nak buat buku pink sekali. 

Aku amik keputusan nak check up kat gov n private. tamak kan dua2 nak, hehe. Sebab kat Seremban, aku tak sure la hospital mana yang termasuk dalam list TM.. kalau tak silap private hospital yang ada kat seremban - colombia, kpj, huu.. Kalau duduk KL senang la, bersalin je kat hospital pantai. 


Dari kecik sampai besar kat klinik ni je. Doc baik, cina muslim. Aku terus terang je kat doc, cuti dah habis sebab tu amik MC, semalam pegi sini, klinik dah tutup, lagipun hari ni nak pergi check up. Doc pun tanya nak tulis alasan apa ni? aku cakap la pregnancy ke ape ke... aku tak paham lak apa doc tulis kat situ, ahh janji dapat MC 2 hari, hewhewhew


Lepas dah dapat MC, terus ke hospital kuala pilah, ingat nak terus buat buku pink tuh, p kat kaunter pendaftaran. Semua hasben buatkan, aku just duduk je, heh. Nurse tu check ic aku, dia cakap, awak ni kena buka buku kat klinik yang dekat dengan rumah awak or tempat kerja. Aku cakap la, aku kerja kat KL, tinggal kat seremban, kampung kat rembang panas, hee. Nurse tu confused je, keh3.


 akhirnya buka buku pink ni kat klinik desa sebelum masuk simpang ke rumah aku. dekat je pun, hehe, kelaka je... sebab nurse kat situ junior aku masa kat sekolah dulu. so borak sakan la. lama kitorang kat sini, macam2 nurse terangkan from A to Z. puas hati aku. hehe. semua dia check, amik darah sikit, breast pun dia pegang nak tengok boleh tak untuk penyusuan baby.. huhu malu :P



 ni ha buku pink tu. Banyak giler nurse bagi ubat. Aku tanya jugak, tak ada obimin ke? selalu kan pregnant kena makan obimin. nurse tu cakap obimin tu merangkumi semua vitamin B complex, acid folic, ascorbic acid cuma obimin tak ada iron tablets. So macam kurang 1 vit la kot....
Ooooo.... aku ooo jela... makan je apa dah bagi kan...


Dah siap buku, nurse suruh ke klinik kesihatan juasseh, kat sana kena jumpa doctor, amik darah lagi, scan segala... 
Petang baru aku pergi, pukul 2pm sampai pukul 4pm baru siap, padahal ada la 4 ke 5 ketul je preggy mom. Lemas aku dok nunggu, haha. Nasib baik adik aku teman sekali, hasben p keje, sobb...sobb..


 Sampai2 je kena daftar, then terus p kat tempat amik darah, huwaaaa... dalam hati berdebar kemain, jarum tu panjang giler kot, first time aku nak derma darah ni, banyak giler nurse tu amik darah akuu, berdenyut2 sakit... nak menangis je rasa, cengeng betul. Aku dengar mak cakap kat abah, tu la tak menyempat2 nak buat buku, kan dah kena amik darah, 3 bulan nanti baru buat buku, nanti tiap2 bulan check up, dorang amik darah setabung. Tetiba rasa nak kecik hati, entah la kenape sensitif kemain sekarang, aku nak yang terbaik je untuk baby.. 

Dah amik darah, p kat lab, dorang nak test positif hiv ke tak kot. pastu jumpa doc. Doc lelaki. Muda lagi, aku tengok ic dia tahun 1983, haha sempat lagi, doc hensem la katakan. kah3. eee malunya cakap2 benda camni dengan doc lelaki. wuwuwu... doc tu scan kat perut tapi tak nampak, huhu risau pulak aku... hari tu scan kat klinik opis ni ada je dot kecik. Ke scan tu tak dapat detect? ke baby malu n nyorok? hehehe... lama giler doc tu scan perut aku, dia tak puas hati katanya... huhu... tak jumpa jugak, doc suruh datang lagi scan minggu ke 16 nanti. Doc yang sama ke ek? adeh~


Dah jumpa doc, p check gigi pulak, doc perempuan. tunggu lagi setengah jam kat sini. Dah siap semua sekali dalam pukul 4pm baru balik. hui lama sungguh laaa~~


Belum minum lagi dumil mama ni, nak habiskan stok anmum yang kak rozi bagi tu dulu... beli anmum lagi paket yang paling besar, tamak sungguh, hee

Wednesday, November 23, 2011

cuti2 cameron highlands : part 3

Pakej hotel termasuk steamboat n breakfast. Dah booking pukul 740pm untuk 2 pax. Lepas maghrib baru kitorang keluar. Makan steamboat kat luar restoren hotel tu sambil menikmati udara malam.. perghhh layann… hehe…. Macam ala2 romantika gitew… :D Steamboat dia ya ampun banyak giler, kembung perut nak menghabiskan nya…. Tak habis pun… berbaloi2 la pakej yang hotel tu bagi… steamboat dia sedap…. Sebab kuah tomyam dia sedap, kuah lagi satu tu tak sedap, ahaks. 




Lepas dah makan steamboat, naik hotel jap, minum air kosong, rasa mual pulak makan banyak2. Turun balik, p tanya kat kaunter, kalau malam2 kat Cameron, tempat ape yang best? Dorang kata p kat pasar malam brinchang.




Kami pun ke pasar malam brinchang. Keluar je kereta, ya ampun, sejukkkk giler!! Sampai menggigil. Aku tengok orang sana relax je pakai baju lengan pendek and seluar pendek. Memang jiwa kental laa.... Kebanyakan peniaga kat sana jual strawberry cicah coklat... dengan jual sweater, hehe standard la tempat macam gini ek. Ada la jual jagung bakar, nasi goreng mee goreng, macam pasar malam biasa just tambahan banyak jual strawberry je. Kami round2 dulu, ada peniaga yang jual strawberry 1 bekas tu RM10. Beli 2 dapat RM18. Bila pusing lagi sekali nak balik, makin murah pulak harga nya.. hehe... kat pasar malam ni borong strawberry je... tak beli apa2 pun... sebab tak tahu nak beli ape? Huu

Dah puas berjalan, terus balik hotel. Tak dapat nak duduk luar lama2 der.. sejuk sungguh. Menggigil baby kat dalam, dia dah la bogel je kat dalam tu, haha boleh pulak

Sampai hotel, sambung tengok tv. Dorang bagi channel 1,2,3 ada astro 2 channel je, hbo n apa entah lagi satu. Lupa pulak. Ok la.... tengok tv atas katil. Macam heaven giler, ahaks





Esok pagi, bangun subuh terketar2 tahan sejuk. Nasib baik ada air panas. Ngeee....

Breakfast kat restoren hotel sebab dah ada dalam pakej. Buffet. Standard la hotel, tak pernah jumpa makanan hotel yang sedap. Kebanyakan nya tawarrr je. Layan jela...asalkan kenyang. Hee... Lepas breakfast, terus naik hotel, nak kemas2 barang nak check out terus sebab nak p lawat ladang teh pulak. 






air oren tu manis giler babun.... mcm letak secawan gula! huu



Destinasi terakhir la kiranya ni. Cameron valley kot nama tempat nak view ladang teh tu. Memang cantik giler view dari atas.... menghijau je..... nyaman je tengok. Waktu ni hujan renyai2, nak turun bawah tak berani, tanah licin, tapi ada je yang turun bawah, siap bawak anak2 sekali. Kitorang singgah kejap je, beli teh then terus balik.




..........terasa jauh pulak perjalanan masa menurun bukit. Sampai pening kepala, akhirnya tertido. Mual giler kot. Mungkin baby pening kat dalam. Hehe cian dia

Singgah tapah lagi, beli aiskrim baskin robbins yang mahal tuu.. pestaim kot beli aiskrim mahal ni, sedap tapi aiskrim biasa2 pun sedap jugak.. huu




Pukul 4pm baru sampai kampung sebab singgah tesco. Nak beli barang sikit, n nak tambah stok susu anmum yang dah nak habis. Masa tengah pilih2 anmum yang ada banyak kategori tu, tetiba ada salesgirl ni dok promote susu dumil mama. Dia suruh test rasa dulu. Aku minum jela, ok je, tapi memang dah niat nak beli anmum. Susah la nak terpengaruh beli brand lain. Walaupun anmum mahal sikit dari dumil tu, tapi entah la, nak anmum jugak, haha. Salesgirl tu nak bagi free sample tapi kena isi form dulu. Aku pun isi jela... dapat la 2kali minum kot sample yang dia bagi. Aku tak bukak lagi pun.





Ok la bai, habis sudah cerita cuti2 ku. Tq hubby sebab bawak kita jalan2 tempat sejuk. hehehe

cuti2 cameron highlands : part 2

Ok sambung part 2 pulak. Ada sapa2 yang follow ke ni? Bahaha... syok sendiri pulak aku kann :D

Eh sambung ek, dah siap solat zuhur, baru kitorang gerak keluar, dalam pukul 130pm kot. Tak boleh nak tunggu lama lagi, perut dah lapar giler ni. Cari makanan kat area Brinchang. Mula2 nampak kedai2 mamak je, ingat nak pergi, pastu nampak ada customer yang order beer atas meja, oh terus cancel. Apadaa...  Jalan2 lagi, baru nampak medan selera kawasan melayu. Berhenti la lunch kat situ. Makan nasi berlauk je. Tak sedap sangat, biasa2 je, nasib ada sambal belacan penambah selera. Dah la tuan2 kedai tu asyik pandang je kitorang makan, pastu berbisik2 sesama dorang.... pesal entah? Rasa tak selesa pulak, macam ada buat salah jer. Nasib baik neslo ais dia sedap, hehe.

Dah lunch, teruskan perjalanan. Kami ke KASIMANIS STRAWBERRY FARM. Macam tak ada orang je... kat tempat strawberry pun tak leh masuk. Kami masuk kat tempat bunga2 je.. eh bosan la.. singgah beli aiskrim strawberry yang sedap! RM5 satu cawan. Strawberry fresh. Terbaik!






Destinasi kedua, STRAWBERRY FARM LIFE LIGHT. Kali ni boleh petik sendiri. Tapi kami tak petik pun, ramai la pulak orang, pastu tanah dia cam licin je. Tak berani la.





Destinasi ketiga BUTTERFLY FARM. Nak masuk sini, kena bayar RM5 per person. Paling puas hati kat sini, macam2 ada, butterfly yang besar gabak. Dorang tulis situ rajah brooke butterfly. Geli geleman pulak aku tengok rama2 yang besar sangat ni. Geli tengok badan dia tu. Eee gelimat! Husband slumber je pegang. Aku bayangkan badan rama2 tu macam ulat bulu. Ehe. Ada macam2 binatang kat sini – ular, kumbang, arnab comel, katak, kura2, mentadak, kala jengking n paling menarik perhatian adalah tarantula. Slumber je orang india tu pegang tarantula. Indian tu cerita kat orang putih depan kitorang yang dia jaga tarantula tu dari baby lagi.. and pernah kena gigit sekali... errkkk! Lepas tu, orang putih tu mintak izin nak pegang tarantula tu, india tu tak bagi, tak pasal2 je kang, berani la pulak kan nak pegang. Lama jugak kami kat sini. Leka kot...







ni ha tarantula tu.. takot tak? takot tak? hee




Dah puas berjalan2 dalam tu, baru gerak ke destinasi keempat. ROSE VALLEY. RM4 per person. Waktu ni dah renyai2 dah. Heaven giler tengok bunga rose banyak2. Whoaaaa! Wangi je tau tempat ni. Kat sini jugak la aku sakit perut, puas cari toilet yang bersih, hehe, ni mesti sebab makan jambu banyak sangat kat R&R Tapah tadi. Hehehe. Kat sini pun lama jugak, sebab hujan lebat pulak tetiba..








Destinasi keempat ke tempat jual2 kaktus. Macam2 bentuk ado. Tak terasa nak beli pulak, aku bukan peminat kaktus. Cuci mata je boleh la.. ehehe





Pukul 430pm kot baru balik hotel. Nak rehat2. penat seh berjalan. Lepas Maghrib kang la baru keluar. Rasa macam semua tempat dah pergi, ok la kot.. J

Ok dah, sambung part 3 pulak, haha

cuti2 cameron highlands : part 1

Lama sungguh rasanya tak update blog.. 2 hari aku amik MC sebab cuti dah habis.. hehe...Sebenarnya, puan blog pergi honeymoon... heh.. opss! Babymoon laa ;P Nak dekat 5 bulan kahwin, baru la dapat pergi berjalan2 dengan suami tersayang.. Seronok juga babymoon ni... setiap pergerakan ku dikawal hasben. Nak turun tangga pun kena pegang tangan dia. Hehe. Seronok pula rasa dimanjain.. hehe.. Tak boleh nak aktif2 sangat. Tak berani.

Sebenarnya tak ada la merancang sangat nak pergi bercuti ni. Kebetulan hasben dapat projek luar buat design koperasi sekolah... dapat la belanja sikit. Kitorang lagi suka macam tu kot.. main redah je..kalau rancang sangat takut tak jadi.. J

Kami bertolak hari Ahad pukul 4am... pukul 330am dah bangun bersiap2. Sejuk kemain mandi pepagi buta
Mandi ala kadar je. Jauh lagi perjalanan ni. Otw pergi pun, separuh jalan aku bantai tido, sian hasben, drive sorang2. Mata aku ni degil nak tido jugak, hehe... terjaga bila sampai kat R&R Dengkil. Berhenti solat Subuh. Waktu tu baru pukul 6pagi kot.. Tak ada orang pun. Aku sorang je kat surau perempuan. Nasib sebelah menyebelah je surau perempuan n lelaki. Boleh dengar suara husband jadi imam. *Senyum* Lepas solat berhenti makan nasi lemak kat situ. Oh sedapnya makan nasi lemak daun pisang.. terliur pulak rasa nasi dia yang lembut n sambal yang sedang2 elok. :D

...........sambung perjalanan.

...........sambung tido jugak. N sian kat husband lagi. Haha

Tersalah masuk simpang terus ke Genting, haha. Tanya orang tol, oh... kena ikut ipoh.. nanti sampai Tapah.. pastu baru jumpa Cameron.. ohh gitu.. haha

Sampai kat R&R Tapah. Kat sini la yang masuk majalah 3 tu kan? OMG buah2 an dia..... geramnya tengok! Aku dah borong jambu batu & jambu madu kat sini. Habis RM62. hehe.. bElum sampai Cameron lagi dah beli macam2. heh

Oh akhirnya jumpa la jalan ke Cameron. Kiri kanan masih lagi suasana kampung. Ada rumah yang baru lepas kenduri kahwin kot sebab nampak bunga manggar masih lagi ada kat pagar tu. Husband cakap, mesti doorgift dorang strawbery cicah coklat ni. Hehe





Berhenti jap kat Lata Iskandar. Luruskan urat pinggang sebab lama nau duduk. Penat. Tengok air terjun dia, cantiknya.... sejuk kemain walaupun duduk jauh dari air tu.



Sambung lagi perjalanan, lalu jalan bengkang bengkok, dengan tanah runtuh tepi jalan, pokok tumbang tepi jalan, suasana sejuk je... dengan orang asli kat tepi2 jalan jual madu, petai, tongkat ali, hasil2 kraf. Memang rare la dorang ni. Ada satu perkampungan orang asli tu, rumah dia cantik2 pakai rumbia kot, aku tak pasti pulak. Hehe. Nak amik gambar tapi tak dapat nak capture, gambar shaking, maklumla camera murah je pun adoi nye punnn.. :D

Akhirnya sampai jugak kat Cameron. Pukul 10 pagi kot.. Sejukkk kemain. Tapi seronok, hee. Mula2 cadangan awal nak check in kat tm resort je, sebab kalau tm staff dapat diskaun…. Dapat la RM70. Jimat kan. Tapi bila tengok keadaan sekeliling macam tak memuaskan hati, husband ajak cari hotel lain. Katanya nak feeling2 jadi orang kaya jap. Nak pergi Cameron kena la menginap kat hotel yang best2. Aku follow je, dah dia nak belanja. Aku asal boleh je. Hee.

Dah penat berpusing2, akhirnya jumpa hotel yang best n nampak mewah. N kat sini la Nora Elena & Seth Tan p honeymoon tu.. husband kata nampak gambar dorang kat kaunter. Aku tak perasan pulak.  




Check in dalam kul 11am, terus naik letak barang2. Nak tunggu zuhur dulu baru start keluar berjalan2. Kang susah pulak nak cari masjid or surau. Hee. Sempat la tengok jalan2 cari makan, sabar jela dah la perut lapar..  sempat tengok melodi. Hotel ni memang puas hati laaa.... bersih giler, bilik air ada bath tab. Heh. Package termasuk dengan steamboat 2 pax & breakfast sekali.




Eh sambung part 2 laa, penat seh menaip. Hee.

Friday, November 18, 2011

1st check up dengan gynae

Dengan perasaan berdebar2, p la terjah klinik panel kat bawah opis ni tadi.
Ingatkan ramai la orang... tengok2 kosong je, ada la sorang dua je.... tapi aku yakin bukan nak jumpa gynae ni.

So aku pun reg, cakap la 1st visit dengan gynae.
Belum 5 minit duduk, nama kena panggil. Terus masuk bilik doktor.
Doktor tanya "mengandung ye? 1st pregnancy?"
Aku jawab "aah, last visit nak confirmkan dengan doc hari tuh 6 minggu, sekarang maybe dah 9 weeks kot.."
Doctor suruh baring nak scan. Dia sapu gel kat perut, wee sejuk perut beta.
Die tekan perut aku guna bendalah tu.

Aku tengok kat skrin tu... eh nampak satu bulat kecik kat situ. kecik je.... tak nampak sangat pun...tak tahu la dia gerak ke tak.. hehe
Aku tengok macam blur kejap, doc pun diam jek. Aku sebenar nya nak tanya boleh ke nak gambar baby tu?
Entah kenapa mulut berat pulak nak tanya.

Lepas tu, doc cakap lagi 3 weeks datang balik, baru buat buku biru. Oh panel guna buku biru.
Aku macam tak puas hati pulak, nape doc tak check berat aku ke, check darah ke, check breast ke, check tinggi ke..
Hospital gov je kot macam tu? eeee tak puas hati la. Aku nak pergi jugak klinik gov, jeles tengok korang2 dah ada buku pink! hahaha

Doc bagi asid folic je. Obimin tak de eh? eh, entah kenapa aku berat mulut nak tanya tadi? =.='

Thursday, November 17, 2011

terasa syahdu teringat tahun 1998

Hari ni ramai betul staff kat sini amik cuti half day pagi sebab nak pergi sekolah anak amik keputusan UPSR.
Balik je, semua senyum, anak dapat 5A. Tak sangka, sebab si anak pemalas nak belajar, tak sia2 amik cuti 3 minggu temankan anak belajar. hehe.. untunglaa :)


Teringat waktu amik result UPSR tahun 1998 dulu. Hari Jumaat kalau tak silap aku..... aku kan bersaing dengan adik aku, oh satu kelas yer... waktu tu sangat mendebarkan la..... seingat aku, pukul 12pm UPSR keluar, semua berkumpul kat bilik guru, aku time tu bukan la budak pandai..... aku lebih pada sukan netball, huu. Aku dah tengok result aku dapat 3A2B. Tengok nama adik aku, 5A..... tengok lagi..... dan dia sorang je dapat 5A kat sekolah tu. Adik aku budak lompat exam PTS, lompat kelas, tak masuk kelas darjah 4, dari darjah 3 terus ke darjah 5. satu kelas la dengan aku. At first, aku bangga jugak la, bila dah lama2 tu, cikgu2 selalu bandingkan kitorang. kawan2 selalu perli. Ermm.... kalau pergi kuiz mewakili sekolah, mesti aku dengan adik aku sekali kena pergi, tapi ada la yang lain jugak.

darjah 5

Masa result keluar tu, mak abah aku pun datang sekolah jugak, aku ingat time tu 1st time abah peluk aku. Aku tak tahu la, aku blur masa tu, berlari ke toilet terus menangis. Aku tahu time tu tumpuan kat kami berdua. Sebab sekolah aku kecik je. Aku kayuh basikal terus balik rumah. Tutup pintu bilik, menangis. Macam2 perasaan bercampur baur.


Memang aku tak belajar sungguh2 pun... tapi aku tak sangka pulak result aku teruk. huu... mula la fikir lepas ni nak sekolah mana eh? lepas ni macam mana? macam2.. serabut... ada la seminggu jugak aku mengelak makan sama2 dengan family... malu...rasa terasing


Dalam masa seminggu lepas result UPSR keluar tu, adik aku dapat tawaran ke SMKA Shams... sekolah berasrama penuh kat Seremban.... sekolah yang dekat dengan Tunku Kurshiah College tu... seminggu kot adik aku sekolah kat sana, aku still lagi kat rumah, tak ada satu sekolah pun yang panggil.. huu


Lepas seminggu adik aku kat SMKA Shams, satu surat berdaftar sampul coklat sampai kat rumah. Tawaran dari MRSM Kuala Klawang. Menggigil aku baca, ya Allah, beruntungnya adik aku.... impian aku nak sekolah kat sana. Aku menangis lagi kat dalam bilik bila adik aku dapat tawaran tu. Aku rasa dipulaukan bila saudara mara jiran2 semua bertanyakan hal kami berdua. Dan sebab tu jugak, nama aku dengan adik naik kat kampung, huuu


Aku ikut jugak masa menghantar adik aku ke MRSM Kuala Klawang... sekolah dia besar, cantik, semua pergi sekolah pakai kot. ada kolam renang rasanya. Time tu hati meronta2 nak belajar sungguh2 untuk PMR.


Waktu adik dah kat MRSM, aku baru dapat tawaran ke Sek Men Dato Mansor, Bahau. Oh sekolah biasa je. Aku ingat, aku ikut abah pergi kerja masa tu, aku main komputer abah, then petang kot abah bawak pergi sekolah nak daftar rasanya, lepas tu tak ingat.... rasa macam tak jadi daftar sebab aku dapat tawaran Sek Men Keb Za'ba, Kuala Pilah. Abah daftarkan aku kat Zaba disebabkan sepupu2 aku ramai kat sana. Konon2 ada orang tolong tengok kan...


Mula2 rasa terasing sangat... bila mak abah datang melawat, bekal yang mak bawak masa tu, nasi berlauk letak dalam bekas, biskut lemon yang aku tak suka tu tapi aku tak pernah cakap kat mak abah yang aku tak suka biskut lemon tu, milo dalam tupperware besar. Family aku susah masa tu, abah je yang bekerja, maklumla aku anak sulong, mak abah datang naik motor je. Hati meronta2 bila tengok parents orang lain datang bawak buah seplastik, ada roti, ada coklat, macam2 ada. Cemburu. Tapi aku diamkan je, aku suka pendam, dan aku tulis dalam diary, diary tu masih ada aku simpan sampai sekarang, hehe sayang nak buang


Bila dah lama2, aku jadi seronok kat asrama, kawan2 ramai, jumpa geng yang sekepala. aku rajin sangat study, taknak ulang kegagalan masa lalu. Kawan2 aku pun masa ni rajin study sampai kami digelar geng budak pandai & alim. Aku rajin buat solat hajat waktu dekat2 nak exam PMR. Ada je masa terluang, aku akan study, yang bestnya kat asrama ni, kita boleh tiru cara senior2 yang pandai.


Dan PMR aku dapat 5A, adik aku dapat 6A. Tak jauh beza. aku target 7A sampai termimpi2. Mungkin cara belajar ku salah. Entahla.


Oh panjang lagi nak tulis sebenarnya, tapi jari dah macam ala2 cramp pulak sebab sejuk sangat kat opis ni. hohoi.


Aku pernah la bersembang dengan tunang adik aku, adik aku cerita kat dia, kakak dia dulu selalu sedih masa zaman sekolah... dia tak tahu nak buat apa.


Aku tahu adik aku tak pernah riak pun dengan apa yang dia ada. Dia tak pernah sombong dengan aku. Cuma aku yang rasa rendah diri, malu dengan dia.


Aku pernah rasa nak lari dari rumah... aku pernah rasa nak bunuh diri. teruk kan aku. tekanan orang sekeliling. kebanyakan kawan2 kat sekolah tahu aku ada adik yang pandai kat MRSM. Mak yang bukak cerita kat sorang mak kawan aku ni. kawan aku ni pergi bagitahu kat kawan2 yang lain.. dan ramai la yang tahu.... bayangkan perasaan aku.....aku tau mak abah bangga dengan anak sorang yang pandai tu.... kalau aku kat tempat mak abah pun pasti aku bangga jugak...


Tapi, tak selamanya aku kat bawah.. hidup ni macam roda... kadang2 kita kat bawah, kadang2 kita kat atas... bila kita kat atas, jangan lupakan orang di bawah... aku bahagia dengan hidup aku sekarang. walaupun belum berapa lengkap lagi....


Oh emo pula teringat memori itu :)

hai, nak feeling2 jap :P

Sekarang ni dah rasa feeling2 mommy to be, since dah boleh rasa perut kembung, ahaks

Gigih baca what to eat, what to avoid, walaupun mak kata makan je apa teringin, tapi berpada2 la... 
so far tak ada pulak teringin nak makan benda pelik2, hehe

Gigih bukak website tentang baby, babycentre, thebump, etc2....
and baru tadi ni terjumpa website yang agak menarik, boleh tengok perut mommy to be week by week, hee seronok! 

and kat sini jugak aku kira due date. aku tak sure lagi pasal due date ni sebab esok baru 1st check up dengan gynae. hehe... seramm pulak, boleh scan kan? hee


ni ha website die 

Bila tengok2 kan, eh?? due date 24/6? Aku nikah 25/6... baby... boleh tak awak keluar 25/6??.. nanti jimat belanja ibu boleh sambut birthday & anniversary sekaligus, ahaks!

1st heartbeat 30/10/2011? time ni la baru buat pregnancy test.. hehe... patut la macam ada rasa2 je.. heh

ok bai, nak sambung baca lagi :D

Wednesday, November 16, 2011

vangge mak, hehe

Mak aku baru je call tadi...
Kemain excited bercerita... sebab malam tadi hasben aku ikut mak pergi surau...
Hasben yang azan maghrib (mak bangga betul menantu dia azan maghrib, hehe)


Ada ustaz datang mengajar tajwid setiap selasa rabu, hasben mengaji jugak depan ustaz... ustaz puji
Mak bangga betul... aku pun tumpang bangga jugak ;)
Mak kata senang hati mak, nanti boleh ajar cucu mak mengaji


Senyum :)))


Aku tau hasben pandai mengaji, dulu kat asrama waktu azan maghrib, aku dengan besfren selalu skodeng kat tingkap asrama lelaki, siapa yang azan tu ekk? haha sempat je la kann.... tapi tak nampak sebab terlindung dengan pokok besar tu, nampak sipi2 je kurus tinggi, dulu kurusss je, sekarang gebu kemain, ahaks.... bila dok berdua dengan hasben cerita2 balik zaman skul dulu, baru tahu rupanya hasben yang azan sedap tu, auuwww! perasan lak tu suara sedap, heh

Monday, November 14, 2011

jadi tunang orang dah adik aku

Sabtu lepas kenduri rumah kak lang, terus pergi Bahau mencari daun sireh, bekas gelang, coklat n buah. Tq encik husband tolong teman beta ke hulu hilir, hihi. 

Sampai je rumah, terus masak nasi goreng, sebab mak tak masak, ada lauk kenduri tadi. tapi hasben macam tak selera je tengok lauk kenduri tu, kesian pulak aku tengok, tak sampai hati. Terus masak nasi goreng. Habis licin, semua adik2 aku pun tumpang makan sekali. tak selera kot makan lauk kenduri, hehehe

dah mandi semua, baru pulun buat hantaran ijat yang masih terbengkalai tu... hehe... aku just siapkan hantaran untuk coklat and buah...sireh junjung macam samar2 lagi tak tahu nak deco macam mana, dah start la blank. Nasib baik hasben tolong buatkan, dia la yang buat sireh junjung tu, hehe tak sangka den. buah yang aku dah susun dalam bakul, dikeluarkan nya balik, hasben susun semula, dah jadi cantik.. hehe... dah biasa tengok mak buat katanya... aku ni 1st nak try buat hantaran.... huhu

Pukul 330 pagi baru siap semua sekali.... sempat la goreng cekodok pukul 3 pagi, masing2 kelaparan... hehe

Letak je kepala kat bantal terus lelap... nasib baik nak menghantar kak lang bertandang ke rumah pengantin lelaki tu pukul 12pm. Ada la masa nak tido puas2.


makcik baju hijau ni tegur aku lepas kawen badan camtu je... tak naik2.... dah naik la cik....
hasben tak larat nak dukung dah pun :(
ermm... ada kisah pasal makcik ni, dulu dia pernah la merisik2 aku untuk anak dia, hehehehe...
kelaka la... sedara mara je kot... tak nak laaa :)



ni la sireh junjung nya.... hehe...
 entah apa rupa bentuk hantaran entah aku buat... hantam la labuu...


fondant cupcakes tempah kat kakak nubhan, hehe nak jugak nubhan tu.. lalala....
Aku mintak perisa red velvet & coklat moist. harga RM60 = 16pcs
berbaloi tempah sebab sebiji macam apa yang aku nak :)


Waktu berbincang.... ermm... hantaran ---ribu serba satu ye....duit hantaran kena bagi 2 bulan sebelum nikah... ermm sempat ke jat? good luck! huu




baju tunang pink putih... alahai teringat waktu bertunang dulu.. hehe



Oh, selamat bertunang.... jangan gaduh selalu... dugaan alam bertunang sangat la dasyat... pandai2 la jaga hubungan korang... huhu

wedding kaklang

Minggu ni jadual padat, badan super duper penat..... sepupu kahwin, menyiapkan hantaran bertunang adik, pergi menghantar adik bertunang...nasib la cuti dah habis... kalau tak, memang ku amik cuti je hari ni... hee

Sabtu, sepupu (kaklang) kahwin, ni perkahwinan kali kedua... yang pertama, suami meninggal sebab accident....anak 2 orang, mak and abah pernah jaga anak kaklang lebih kurang setahun. 

Orang tak ramai sangat datang... hujan.... jalan becak... berlumpur2 sandal.. hehe







Tengok gambar jela ye.. aku malas nak cerita.. hehe




Hari Ahad pergi bertandang ke rumah pengantin lelaki.... tak lama kat sini....tak sempat tengok pengantin makan beradap pun, terus ke kuala klawang sebab nak menghantar adik aku bertunang pulak...


Thursday, November 10, 2011

saya ok je hidup saya macam ni :)

Tadi lunch dengan member opis. Selalunya aku lunch depan pc ni je sambil mengadap facebook, blogwalking... Bukan sengaja mengasingkan diri, cuma aku lagi selesa makan depan pc ni haa... hehe

Lunch bertiga tadi... eh berempat laa campur baby dalam perut, hewhewhew.... Kakak A dah tahu aku pregnant, kakak B belum tahu lagi. So tadi la baru dia tahu. Kakak B cakap, 1st time ni nak makan dengan yana , nanti jangan la asyik menyendiri je, bergaul la sikit, makan sama, nanti baby jadi pendiam pulak. Oh begitu eh? nampak je aku pendiam, cuba tanya hasben aku camno pendiam aku tu? hehe

Bila tengah lunch, time tu la nak bercerita kisah masing2, telatah anak2, hasben masing2, life sekarang macam mana.... oh sebab tu jugak aku malas bila lunch ramai2... orang akan tanya hidup aku, life aku... lepas tu orang kesian kat aku, aku tak suka....lain la kalau aku sendiri memang nak cerita... hehe...sebab bagi aku benda tu normal... aku tak rasa life aku sekarang beban, aku tak rasa pelik pun aku jauh dengan hasben. Bagi aku, ni bahagian aku... aku terima je... aku bersyukur dengan apa yang aku ada... bila bersyukur Allah akan tambah nikmat hidup. Cuma aku minta Allah kuatkan hati aku... dugaan makin banyak... semoga aku terus kuat...

Kakak B kata, kenapa tak mintak hasben pindah KL, duduk sekali? kesian kat awak nanti berulang hari2 bawak perut makin boyot nanti. Kalau akak... akak suruh hasben akak duduk KL. Aku dah lama fikir bab yang tu... siapa kata aku tak risau? Aku kan pengguna tegar komuter, aku tengok orang ramai sekarang prihatin je, nampak ibu mengandung, terus bagi duduk... so kat situ, aku tak risau dah... :) Aku tak kisah nak berulang alik Seremban KL hari2 naik komuter... awal2 mungkin penat, dah lama2 nanti jadi perkara biasa kot :)

Tengok jela macam mana nanti, hari ni aku cakap lain, esok mungkin lain takdir aku. huu. Aku dah pernah alami satu dugaan yang sangat dasyat 3 bulan sebelum nikah dulu... Allah je tahu betapa hancur nya hati masa tu... Allahuakbar... tak terdaya nak ingat kembali.


best kan ayat ni :)

LinkWithin