Friday, January 20, 2012

ini cerita orang mengandung anak sulong....

Cerita ini adalah panjang, hehehe

-------------------

Tadi p surau, solat zuhur. Tengok takde orang, baring la kejap, rasa lenguh2 lak pinggang ni. Baru terlelap kejap kot, ada orang masuk. Ok la baru sorang, sambung la tido jap lagi. Pastu tetiba ada sorang lagi masuk. Bilik solat tu kecik je, kalau bertiga memang agak padat la. Aku pun bangun la sebab rasa segan lak terbaring kat sudut tu, hehe

Tetiba orang kedua masuk tadi tegur "kenapa yana?? pening ke, kalau pening, baring jela, tade hal...."

Orang kedua ni tahu aku pregnant. 

Orang yang first masuk tadi baru nak start solat, dah pakai telekung... 

Orang kedua ni bagitahu kat orang pertama yang masuk tadi - aku ni pregnant sebab tu sakit kepala kot. 

Aku sengih jela. hihi

Orang pertama ni tanya la aku berapa bulan dah? Aku jawab la. Then dia cakap "keciknya perut.... i dulu mengandung sulong pun anak kecik sangat. Lahir 2kg je"
-------------------

Dia pun start cite pengalaman dia mengandungkan anak sulong. Daripada berdiri waktu bercerita, terus duduk sambung cerita. hehe

Dia nikah lambat. Pregnant pun lambat. Lama tunggu nak dapat anak. 

Satu hari dia masuk toilet. toilet bowl. Dulu geli, sampaikan pergi mencangkung lagi kat toilet bowl tu. So, entah macam mana, dia terjatuh, terduduk atas bowl, macam terhentak la.... then bleeding. Berlarutan sampai 3 hari, then rasa sakit sangat. Dia ingatkan period. So bila mengadu dengan kawan2, kawan2 suruh pergi check up doc. entah2 pregnant??

Dia pun takde la sangka dia pregnant. Memang period ada delay. Tapi takde la check up. 

So bila scan, kantung baby tu ada, cuma baby takde, doc tak jumpa baby. Doc nasihatkan untuk gugurkan baby takut bahaya kat ibu. Doc suruh datang esoknya untuk buat D&C. 

So, esok datang hospital, scan lagi sekali, tengok2 baby ada. Doc bagi pilihan nak D&C or teruskan. Sebab kalau teruskan, sangat bahaya untuk ibu & baby. Kemungkinan dapat risiko baby cacat. Sebab kes dia ni adalah retroverted uterus/ rahim terbalik. Sebab tu masa scan, doc tak nampak baby, sebab uterus dia macam melengkung, tak normal. 


Sebab terjadi rahim terbalik (RT)?

Pada kebanyakkan wanita, penyebab utama ialah genetik kerana mereka dilahirkan dengan rahim terbalik dan normal secara keseluruhannya.
Tetapi terdapat juga faktor yang lain yang menjuruskan anda untuk mengalami RT, ia termasuklah:
Kehamilan: Semasa hamil rahim membesar dan otot yang menyokong rahim akan menjadi lemah. Disebabkan itu, ramai wanita mendapati mereka mengalami RT selepas melahirkan
Menopos: Semasa menopos, hormon estrogen yang berkurangan menyebabkan otot tersebut menjadi lemah dan berada pada kedudukan retroverted.
Masalah pada sistem peranakan. Penyakit radang pelvis dan endometriosis boleh menyebabkan rahim retroverted kerana parut yang terjadi akibat penyakit ini menarik rahim kebelakang menyebabkan rahim bertukar posisi


Untuk lebih lanjut, baca kat sini k. 

Tapi, dia pilih untuk teruskan mengandung walaupun banyak masalah. Dia cekalkan hati sebab dia nak sangat baby sebab dah lama sangat tunggu. Selama mengandung, dia banyak sangat masalah, on off masuk opis, perut tak normal, membuncit ke bawah, etc2... angkat baldi kain, bleeding, kejap2 bleeding, memang teruk. Sampaikan doc jahit kat pelvic sebab takut baby terkeluar, sebab uri dia kat bawah... kedudukan baby tak normal. Nak pergi kencing memang sangat berhati2... siap pegang perut takut baby terkeluar, huhu

Minggu 34, doc suruh masuk ward. Kena pantau. Dekat sebulan dia duduk hospital sorang2 dengan baby, dia habiskan masa dengan membaca buku, cakap2 dengan baby, risau sangat dapat baby cacat macam doc cakap, doa banyak2 kat Allah, jaga solat, mintak dipermudahkan semuanya. 

Sampai masa nak bersalin, kena caesar. Tak boleh normal, sebab baby dah terbelit tali pusat. bila keluarkan baby, memang doc gunting2 tali pusat tu sejengkal2. Uri pun hancur. Masa nak basuh uri, kena basuh pakai tapisan, then letak dalam tin baru tanam. Sebab tak boleh nak pegang, uri tu hancur... huhu

Alhamdulillah, baby sihat je, tak cacat pun. Sekarang tengah buat medic kat australia. 

Kuasa Allah kan :)

akak tu bagi tips : waktu mengandung ni minum je soya banyak2, memang kulit baby sensitif, tapi hasilnya, anak memang cerdik, mungkin sebab protein dalam soya tu..... sebab akak tu try buat eksperimen anak 1st dengan 2nd, yang 2nd memang tak minum soya langsung, anak yang 2nd tu agak kurang sikit cerdik nya....

So korang, mari lah minum soya, hehehe

15 comments:

Mrs Lurve said...

Ya Allah kuasa Tuhan melebihi segalanya..terkesima kejap baca nie

CikPuan Fara said...

kuasa Allah mengatasi semuanya kan?.. walaupun rahim terbalik dia n baby tetap selamat wp mcm2 kepyhan..

rmai org soh minum soya utk baby putih.. tp kita mmg suka wp ms blom preggy lagi.. eh, nk minum byk2 la pasni hihi

Farhana IezAna said...

btol rseny psl amaln mnum air soya tu..sbb ad sorg ank mk sy jge nie,mk die ske mnum air soya mse pragnent then anak die cerdik,sihat je,kulit gebu,tp kulit die agk snsetif la..
parent die biase je tp ank mmg lain..

('',)pzAEdy~ said...

tetiba terigt kat anak sedara i, masa akk ipar ngandungkan dia mmg amalkan air soya...now anak dia kat STF. ermmm,boleh jadi jugak...balik ni jugak beli air soya!! (tiba2)

Mimy Hamid said...

akak tak minum soya..sebab ada pernah baca kajian menunjukkan ada hormon laki dan pompuan ..tak tau mana nak ikut..tp akak mmg jarang minum..so susu la pilihan akak

e k i n ♥ y u s r i said...

thanks for sharing
bru tau ade kantung terbalik nie....

PUAN SUE said...

soya...su kdg2 je minum..sebab kdg rase xselesa kat lidah..hihi

!k@ said...

hmm..tabahnya akak nie..mcm2 dugaan dia masa mengandung..alhamdulillah..allah pelihara baby tu.. :)

BENA said...

alahaiiiii , akak kene beli stock air soya banyak2 la tauu . heee :P

Sharinginfoz said...

semoga dipermudahkan segalanya

ze@L z@R@ said...

Salam hai yana tetbe rasa nak menyelit bg komen kt entry ni...actly nak mtk pndgn sikit dari yana dan kwn2 yana ni..bila bc entry ni terpikir adakah rahim kita mcm ni yer sb kita dah lbh 3 minggu x dtg period. Aritu dh g scan ngn urine test tp -ve doc ckp mngkin hormon b'tukar 2 y x period lg. Tp bila pk2 balik sejak 1st time kita period (form 1) smpai dh 27 thn ni x pnh miss dt period setiap bulan even stress mana pun...bila bc entry ni br terdetik adkh kita nyer rahim t'balik cmni tu sb scan x nmpk ape2. Pastu nak tya pndpt yana & the geng korg penah tak jd mcm kita doc x dpt detect kehamilan masa awal2 prgnt? Bkn ape kita risau kalo btl prgnt tp kita dok renyah2 sgt...(sori ek yana pjg sgt komen kita, tak tau nak refer sp nak tya mber opis segan nti kecoh lak pdhl bnde belom yakin lg so mohon mtk pndpt korg ek terima kasih)

Liyana said...

@ze@L z@R@
kesian awk... sy pun bukan tau sgt nk komen psl benda ni..
ermm hr tu scan ada nmpk pape x? kantung baby ke? mcm kes sepupu sy hari tu, kantung bby ade, tp baby xde, die gugur sendiri sbb dia p main ice skating sblm tu... cuba awk refer dgn gynae... agknye doc biase xtau klu ade special case gini.... try eh.. sbb dh lebih 3 mgu kan... smg ade rezeki awk nt :)

Nadt said...

ze@L z@R@ : nak share pendapat sikit. macam kes saya ni masa memula pregnant dulu memang urine +ve tapi bila scan tak nampak pape langsung. even kantung pun x nampak. maybe masa tu kecik lagi baru 5 minggu. masa 6 minggu pi scan lagi still tak nampak. so doctor suggest buat TVS (transvaginal scan)-scan melalui vagina. masa tu barulah nampak dengan terang dan nyatanya. so saya suggest awak buat TVS. kalau buat TVS pun tak nampak, mungkin belum rezeki awak lagi.

Liyana said...

@Nadt
same la...sy dulu pun scan 9mgu kat hosp gov, doc xdpt detect, jgn kata baby, kantung die pun doc x jumpe, lame doc godek perut sy, risau sgt sbb xde alahan ape2, so x rase cam pregnant, bile p klinik swasta utk scan baru la nmpk ade bulat kecik, mmg ade bby, scan kt hosp gov tu kualiti dia kurang kot... :)

aTy _faRed~ said...

sadis bace...hurrmm..tapi rezki dan kuasa ALLAH kan..tak de sape boleh sangkal..kagum ngan keyakinan kakak tu..

LinkWithin