Thursday, May 24, 2012

petua memudahkan bersalin/ mengurangkan sakit bersalin

Yang ni aku kumpul2 kat internet and dengar orang2 tua cakap... kalau rasa macam ok tu boleh la try test... hehe

  • 2 minggu sebelum due, amalkan makan telur separuh masak untuk beri tenaga
  • Bila dah start sakit nak bersalin, telan sebiji telur mentah (wekkk! tak sanggup saye)
  • Selain telur mentah, boleh minum milo/ susu/ kopi yang dah dibancuh dengan 2-3 sudu marjerin untuk laluan cepat terbukak. Sebelum minum, baca selawat nabi, al fatihah & doa nabi yunus
  • Rebus epal hijau pastu makan masa tengah sakit tu...
  • Amalkan baca surah Maryam
  • Masa dalam labour room, banyakkan baca doa nabi yunus berulang kali serta "Ya Fattah" banyak2 kali supaya laluan bayi cepat terbuka n kurangkan rasa sakit
  • Minum air selusuh (better suami yang bacakan)
  • Amalkan minum air kelapa hujung2 nak bersalin.
  • Makan kurma dalam bilangan ganjil
  • Banyakkan berjalan, jangan malas. P soping ke... hoho
  • Amalkan makan sayur bendi. kalau boleh hari2.. (mentang2 bendi tu berlendir... hihi)
  • Untuk senaman pulak, masa kat bilik air duduk mencangkung dengan tangan menahan kat dinding then cuba berdiri perlahan lahan. Buat banyak kali. Boleh dibuat apabila usia kandungan 38 minggu ke atas. (Tapi kenapa dalam bilik air? kang tergelincir baru tahu... huhu)
  • Duduk bersila, temukan kedua dua tapak kaki, pegang jari2 kaki tu pastu tolakkan kedua tapak kaki ke arah vagina.
  • Masa meneran dalam labour room, baring sambil kaki/ betis rapat ke peha dengan tangan memegang buku lali untuk elakkan vagina koyak/ koyak banyak.
  • Amalkan menyapu minyak zaitun di sekeliling lubang faraj untuk melembutkan bahagian tersebut, so takde mudah koyak/ koyak banyak.
  • Petua dr Fadzilah Kamsah, rajin2 main dengan janggut suami, main camne tak pasti, urut2 kot... hihi
  • Masa tengah sakit tu, tarik nafas melalui hidung dan hembuskan melalui mulut. Bila sakit makin kuat, tarik nafas dan lepaskan cepat2.
  • Baca surah Al Insyiqaq ayat 1-4
  • Baca surah Abasa ayat 20 
  • Baca surah An Nahl ayat 78
  • Amalkan baca "Ya Khaliq, Ya Bari, Ya Musawwir" sebanyak 21 kali then hembuskan dalam segelas air. 
  • Makan ketam masak lemak (wahhhh terbaik!!! hehehe)
  • Banyakkan "bersama" ketika nak dekat due.... (air selusuh semulajadi? hihi) 

Ada apa2 lagi nak tambah? hehehe

19 comments:

Cikpuan rara said...

thanks for sharing liyana.fuhhh takut lah rasa.

Shakina Farhan said...

kina pernah makan telur mentah masa kem uni..tutup hidung telan terus pastu minum air terus & kunyah biskut..xrasa sgt hanyir..hihi

Hana Soffelia said...

hahaha mcm2 tips ada. nanti hana pilih nak buat yg mana. kehkeh

.:Mama Dhia:. said...

banyaknyer petua...

mase kat labour room, nurse2 memang akan suh pegang buku lali kuat2, jgn lepas.. teringat mase deliver dulu...dok meneran punye pasal, sekali pegangan buku lali terlepas, tu pasal koyak banyak..huhuhu.. memang dah tau jgn lepas tp mase tu kelam kabut, tu yg terlepas tu..memang lame nak sembuh luke..

Mrs Lurve said...

ehh pertama kali baca ada kaitan dgn ketam masak lemak hihihi

CikNaa said...

hehe.. ada yg tepat dlm list tu. ciknaa dah cuba :) yg 2nd last, ciknaa mkn udang, esok nye terus turun darah..

Lala Latif said...

mmg kena pegang buku lali masa nak push...tp sy xmmpu...sbb asyik craamp..so,kena gantung kaki..then, rabak la...dah la baby besar..:-(

tp, petua last tu mmg sy amalkan...hahaha...

Cheyan said...

Saya setuju yang tang makan kurma tu..itu yg saya buat then sy minum air zam zam..sb tak sempat nak buat air selusuh..hehe

Nurul Aziz said...

Kita dulu dalam LR semua pun dah tak ingat :'( Incik suami cakap, bini dia dah macam kena sawan. Ekekekeke~

Anw, Gudluck! Semoga dipermudahkan semuanya :)

Mimy Hamid said...

ada beberapa petua /tips akak praktik...kurma..baca doa nabi yunus..teknik hembus pernafasan...ini sgt membantu..kurang sakit dan kita tak la kemaruk sgt sakit smpi menjerit...kita akan istifar..yana cuba eh..baca surah, zikir..dan satu lg petua nenek suruh buat...laci laci dalam bilik di tarik keluar tnpa pengetahuan sesapa semasa kita nak ke hospital..katanya memudahkan jalan..wallahualam

ciDa said...

thanks sharing liyana....sgt2 membantu....takut dh ni bile pikir saat2 nk deliver tu...huuu

UmyMah said...

yana, ada yg kita dah buat..until now baby lom g nak kuar..wawaa....rindu sgt saman baby ni..bile mau kuar ni..hehe...doakn ye yana.

~ NANA ~ said...

mcm2 tips kn? i hari tu mcm2 gak buat tp sakit tu tetap sakit....kekeke

.hasina. said...

akak yg last tu sensored lah! :P

ieda said...

WAHHH banyak nie, satu punnn akk x pernah amalkan , akk bykkan berjalan dan minum minyak selusuh aje, alhamdulillah, semua terjun tingkap ekekekek

The Teal Flat Shoes said...

banyaknyeee... xsabar nak cuba mana-mana yang sempat.. hehehe.. thanks for the info! :)

Lady D said...

tq sbb share...tercari2 nfo ni...sbb makin dekat makin berdebar...;)

penjual is my intro ~ I ~ NI GIVE AND TAKE,FRIENDLY BUT SOMETIME HOT TEMPER said...

Tq puan blog sharing s caring~info yg bermanfaat^_^
Jom shopping toy/keperluan ank anda kt sini
twinevostore.blogspot.com

man jadda wajada said...

tq for sharing..nk try la..sbb dh overdue dh ni..huhuuu

LinkWithin



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...