BLOGGERIANS

Thursday, May 24, 2012

petua memudahkan bersalin/ mengurangkan sakit bersalin

Yang ni aku kumpul2 kat internet and dengar orang2 tua cakap... kalau rasa macam ok tu boleh la try test... hehe

  • 2 minggu sebelum due, amalkan makan telur separuh masak untuk beri tenaga
  • Bila dah start sakit nak bersalin, telan sebiji telur mentah (wekkk! tak sanggup saye)
  • Selain telur mentah, boleh minum milo/ susu/ kopi yang dah dibancuh dengan 2-3 sudu marjerin untuk laluan cepat terbukak. Sebelum minum, baca selawat nabi, al fatihah & doa nabi yunus
  • Rebus epal hijau pastu makan masa tengah sakit tu...
  • Amalkan baca surah Maryam
  • Masa dalam labour room, banyakkan baca doa nabi yunus berulang kali serta "Ya Fattah" banyak2 kali supaya laluan bayi cepat terbuka n kurangkan rasa sakit
  • Minum air selusuh (better suami yang bacakan)
  • Amalkan minum air kelapa hujung2 nak bersalin.
  • Makan kurma dalam bilangan ganjil
  • Banyakkan berjalan, jangan malas. P soping ke... hoho
  • Amalkan makan sayur bendi. kalau boleh hari2.. (mentang2 bendi tu berlendir... hihi)
  • Untuk senaman pulak, masa kat bilik air duduk mencangkung dengan tangan menahan kat dinding then cuba berdiri perlahan lahan. Buat banyak kali. Boleh dibuat apabila usia kandungan 38 minggu ke atas. (Tapi kenapa dalam bilik air? kang tergelincir baru tahu... huhu)
  • Duduk bersila, temukan kedua dua tapak kaki, pegang jari2 kaki tu pastu tolakkan kedua tapak kaki ke arah vagina.
  • Masa meneran dalam labour room, baring sambil kaki/ betis rapat ke peha dengan tangan memegang buku lali untuk elakkan vagina koyak/ koyak banyak.
  • Amalkan menyapu minyak zaitun di sekeliling lubang faraj untuk melembutkan bahagian tersebut, so takde mudah koyak/ koyak banyak.
  • Petua dr Fadzilah Kamsah, rajin2 main dengan janggut suami, main camne tak pasti, urut2 kot... hihi
  • Masa tengah sakit tu, tarik nafas melalui hidung dan hembuskan melalui mulut. Bila sakit makin kuat, tarik nafas dan lepaskan cepat2.
  • Baca surah Al Insyiqaq ayat 1-4
  • Baca surah Abasa ayat 20 
  • Baca surah An Nahl ayat 78
  • Amalkan baca "Ya Khaliq, Ya Bari, Ya Musawwir" sebanyak 21 kali then hembuskan dalam segelas air. 
  • Makan ketam masak lemak (wahhhh terbaik!!! hehehe)
  • Banyakkan "bersama" ketika nak dekat due.... (air selusuh semulajadi? hihi) 

Ada apa2 lagi nak tambah? hehehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...