BLOGGERIANS

Monday, December 30, 2013

faiq setahun 5 bulan




cubaan memakai selipar uwan kekeke






asyik2 makan ayam




Faiq lagi 4 hari nak masuk 18 bulan dah. Omg kejapnya la masa berlalu kan. Macam2 jadi dalam tahun ni. Ada pahit dan manisnya.



Dah nak menginjak 18 bulan ni erm masih belum pandai cakap lagi. Tapi faham la apa kita cakap. Suka sangat tiru apa yang dia dengar. Tak kisah la apa pun. Bunyi ayam berkokok ditiru. Bunyi ibu batuk pun tiru sambil urut dada dia lol. Kadang2 g urut dada ibu sebab ibu batuk haha. Tiru bunyi kerusi kena tarik. Orang kentut pun dia tiru jugak lol



Penggeli giler orang nya. Mak kata peturun kat aku haha. Tapi faiq lagi penggeli muahaha. Semua benda dia nampak dia akan sebut eee eee eee pastu buat muka geli geleman haha


Kalau dia berak, pandai dah g kat aku sambil angkat baju dan angguk2. Tahu dah dia berak. Tarik tangan aku sebab nak ajak g bilik air untuk cebok haha. Kang nak cebok suruh cangkung.. keluar lagi berak banyak giler haha.


Hari tuh tengok cerita hindustan... saif ali khan berlakon. Faiq tenung je tv tu.
. Pastu pandang aku sambil sebut baba baba baba. Hahahaha. Adoyai faiq. Baba awak tu rupa saif ali khan ke? Hahahah ibu gelak guling2.  Lol sangat



Sunday, December 29, 2013

Ke perak kita

Malas betul nak tulis blog sekarang ni. Yela nak menulis ni kena dari hati.. kan kan... baru la apa yang disampaikan tu ikhlas! ahaks


Ok la weekend lepas aku ke Perak. Sepupu kahwin. Dorang ni duduk kemain la jauh. Payah kalau ada event macam gini la ha... sekadar datang kenduri je la... nak menolong2 tu payah la pulak... perjalanan pergi balik je dah penat. Fuhhh jadi bertambah penat bila travel jejauh dengan anak kecik hee. Tapi mujur la travel dari seremban ke ipoh lebih kurang 5 jam ni... Faiq behave je. Tapi asyik ke depan ke belakang je kerjanya.
Kenduri kahwin ni kat Lumut. Tapi disebabkan adik ipar ku kat Ipoh.. makanya weols ke Ipoh dulu... dah lama tak jumpa anak buah Muizz si pipi labuh. Geram betul maklong tengok dak Muizz ni. Abam Faiq kecik2 dulu tak bulat macam awak pun hee.


Kitorang gerak hari Jumaat pagi. Nasib la dah gaji weyy kalau tak mana pulak nak cekau belanja pergi balik ni muahaha. Weols laki bini share2 belanja. Total damage dalam RM300 plus minus termasuk tol minyak makan2. Pergi lalu highway.. balik ikut jalan kampung. Yang lalu tanjung karang tu laa... ok gak cuci mata tengok kampung orang... sepanjang jalan orang jual mentarang. Aku tak heran sebab dah pernah makan dulu ahaks so tak de la jakun sangat lol. Rasa mentarang macam ala2 kerang je... nak makan ada caranya.. kena buang gigi dia kan... nanti kang keracunan makanan pulaks.


Eh panjang lak melalut ha... nah tengok la gambar yang ado ni... aku malas nak edit. Lantak ler kbai



Cameraman ni ngacau Je macam bengang je bila aku cakap nak amek gambar ngan pengantin




Haaa tudung biru tu adik ipar iols



Otw balik - lena sayang ibu ni tido :)




Mak n abah dengan cucu kedua




Perjalanan balik tak ikut highway. Weols lalu jalan kampung. Singgah makan kat Satay Hut area Tanjung Karang. Ok jugak sini ada surau ada kolam ikan.. satay pun besar2 tapi sayangnya hanya ada satay ayam hehe. Tak tahu la berapa ringgit satu cucuk sebab abah yang bayar hee






Tengok faiq beria makan omnomnom








Ok bai. Sori gambar berterabur. Malas nak edit. Haha daaa


Wednesday, December 18, 2013

Lukis mural tadika


Last weekend aku balik kampung. Macam biasa la kan mana lekat kat rumah weols ni. Kali ni balik sebab MIL bagi job kat husband lukis mural kat tadika. MIL aku cikgu tadika. Kawan MIL minta tolong lukiskan mural. Nak new year dah kan... harusla tukar deco2. Cikgu tadika tu bayar RM500. Ok la kan....siapa nak bagi free2 je RM500... muahaha



Husband siapkan dalam masa 3 hari. Ala tu pun MIL tolong gak. Aku pun tolong kaler sikit2.  Tanganku tak berseni. Tolong kaler boleh la wakaka. Penat jugak weyy... balik tu pengsan. Lenguh tangan iols. Haha..



So ini la hasil nya..... ok ke idokk??? Hehehee



aku kaler kura2 n cendawan gebu tu je bahahaha





mak jemah pun nak enter frame jugak lols! walaupun orang kata kidal ni orang seni tapi kenapa aku tak tergolong dalam orang seni tu ya? ermm


Baru ku tahu warna primer, sekunder, tertier. Selama ni tak tahu lol. Yela iols bukan orang seni walaupun SPM amek Pendidikan Seni. Err terpaksa amek sebab dalam kelas iols ada budak pandai melukis so satu kelas terpaksa amek Pendidikan Seni. Bagus sangat. Cacat slip SPM aku dengan result Pendidikan Seni. hahaha


ooo baru tahu... lols! :D









masa kitorang kaler ni ada budak2 tengok n komen, eh cantik la tapi kan  mana gol dia? eh banyak pulak komen kau budak




ni 2nd day... separa siap



Mana Faiq time ni?? memang tak la ku bawak.... habis diselongkar nya semua tempat nanti lol. 


Tapi 3rd day memang ku bawa Faiq sebab MIL pun nak tolong kaler sekali. So aku n Faiq dok bersapau dalam tadika dengan Faiq. Sakit kepala aku hampir 3 jam dok dalam tadika -__-'


Penat jugak mengaler mural ni... sebab besar kot.. lenguh2 badan iols :D


Semoga cita2 MIL dapat mengajar kat tadika ni termakbul haha


Ok bai



Wednesday, December 4, 2013

Ke wedding rakan sekolah

Aiseh macam pelik je ni taip rakan sekolah. Haha. Erm intro - pengantin lelaki adalah rakan sekelas aku dari form 4-5. Tapi rakan sekelas husband dari form 1-3. Hahaha. Ape benda entah.



Anyways, sempat la menghadirkan diri untuk majlis perkahwinan kawan2 sekolah dulu. Macam ala2 reunion. Yela masing2 dah ada komitmen. Ada la seketul dua je yang masih single. Kebanyakan dah bawa anak sorang. Sorang lagi dalam perut. Err. Aku nanti dulu la... ada banyak benda belum settle down lagi. Tak terkejar aku. Walaupun keinginan tu ada :)



Pengantin comel je. Pelamin simple. Aku suka ah design macam ni. Sekarang trend color wedding ada banyak ek. Zaman aku dulu macam 2 combination color je. Err. Tak sabar nak tengok wedding che ta ni. Siapa kata janda tak laku weyy :)


Dah tetiba cerita che ta ko kenapa? Lol.


Berbalik pada wedding tadi tuh. Kitorang berjanji ramai2 pergi sekali. Sampai sana aku amik nasik n amik faiq sekali dari baba dia. Baba Faiq dok bersembang dengan geng2 lelaki. Ibu makan sama2 dengan faiq. Eh elok pulakk dia behave hari tuh. Siap suap ibu lagi. Saja je nak buat ibu cair tau. Haha. 



dua orang mak buyong. kami sama2 satu sekolah.. n husband masing2 pun satu sekolah.. err.. dekatnya la jodoh :D


bestnya gambar ramai2. kecoh atas pelamin. dak Faiq sibuk nak amik bunga telor tu haaa.. adoyai haha

Selit jap: Vitamin E Complex Shaklee masih available ya. Sesiapa yang berminat boleh place your order 017 3743670. Or boleh email liyana_adz@yahoo.com. Kandungan Vitamin E Shaklee adalah organik kerana ia mengandungi d-alpha tocopherol yang membantu mempercepatkan baik pulih luka, membaiki sel sel kulit dari dalam... memudarkan parut dan anti penuaan... produk yang terbaik untuk awak2 yang gojes di luar sana... :D


Disclaimer: both gambar kat atas ni no edit n no filter ya... hehehehe

Monday, October 21, 2013

Majlis akikah dak muizz

Sabtu lepas dah selesai majlis akikah anak buah. Alhamdulillah majlis berjalan lancar je walaupun last minit p beli goodies bag. Hoho. Sebab plan asal nak buat untuk 30 orang je...untuk orang berzanji je...sekali abah suruh tambah untuk orang ramai. So buatlah untuk 150 orang...tu pun tak cukup. Ramai pulak yang datang malam tu...

Aku in charge untuk doorgift je. Maklum ler tengah bulan ni tak berani iols nak sponsor banyak2 sangat. Sekadar yang mampu jela yer....

Iols beli air kotak 150 pax dapat harga rm105. Keropok durian 200 pax =rm47.60. Tak tahu ler mahal ke murah. Orang kata situ murah sebab jual borong. Kat area jalan sornam sebelum sampai bahau. 

Dak muizz yang comel lote. Cepat besar tau tanje maklong.. nanti boleh main kereta dengan abam faiq.






Ibu n abah muizz



Maklong muizz..hehe







Abam faiq buat hal sendiri je. Bagus anak ibu.. hehe





Tu si kenit ibu..hehe


Dah tu jela gambar sekitar majlis...hehehe

Friday, October 11, 2013

Amukan ulat bulu

Nak taip pun terasa miang2 nih.


Dah hampir 2 minggu kot... ulat bulu masih bermaharajalela kat rumah. Adoyai. Tak tahu la nak buat macam mana. Ada orang cakap letak belerang la.. sembur bygon la... tapi ulat bulu still ada. Sekarang ni segala lubang2 kami dah tutup. Pintu belakang sumbat dengan kain buruk. Bila angkat kain buruk..mak aii banyak pulak ulat bulu bergantungan di situ. Meremang bulu roma oii.

Penat oi hari2 vacuum n mop lantai. 

Aku ada google... orang cakap blend cili api then tabur so nanti ulat bulu pun lari. Belum try lagi buat ni. Sesiapa ada cadangan tak? Aku nak bawak faiq berkebun kat tanah pun tak berani dek serangan ulat bulu nih. Miang weyy






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...