BLOGGERIANS

Sunday, December 29, 2013

Ke perak kita

Malas betul nak tulis blog sekarang ni. Yela nak menulis ni kena dari hati.. kan kan... baru la apa yang disampaikan tu ikhlas! ahaks


Ok la weekend lepas aku ke Perak. Sepupu kahwin. Dorang ni duduk kemain la jauh. Payah kalau ada event macam gini la ha... sekadar datang kenduri je la... nak menolong2 tu payah la pulak... perjalanan pergi balik je dah penat. Fuhhh jadi bertambah penat bila travel jejauh dengan anak kecik hee. Tapi mujur la travel dari seremban ke ipoh lebih kurang 5 jam ni... Faiq behave je. Tapi asyik ke depan ke belakang je kerjanya.
Kenduri kahwin ni kat Lumut. Tapi disebabkan adik ipar ku kat Ipoh.. makanya weols ke Ipoh dulu... dah lama tak jumpa anak buah Muizz si pipi labuh. Geram betul maklong tengok dak Muizz ni. Abam Faiq kecik2 dulu tak bulat macam awak pun hee.


Kitorang gerak hari Jumaat pagi. Nasib la dah gaji weyy kalau tak mana pulak nak cekau belanja pergi balik ni muahaha. Weols laki bini share2 belanja. Total damage dalam RM300 plus minus termasuk tol minyak makan2. Pergi lalu highway.. balik ikut jalan kampung. Yang lalu tanjung karang tu laa... ok gak cuci mata tengok kampung orang... sepanjang jalan orang jual mentarang. Aku tak heran sebab dah pernah makan dulu ahaks so tak de la jakun sangat lol. Rasa mentarang macam ala2 kerang je... nak makan ada caranya.. kena buang gigi dia kan... nanti kang keracunan makanan pulaks.


Eh panjang lak melalut ha... nah tengok la gambar yang ado ni... aku malas nak edit. Lantak ler kbai



Cameraman ni ngacau Je macam bengang je bila aku cakap nak amek gambar ngan pengantin




Haaa tudung biru tu adik ipar iols



Otw balik - lena sayang ibu ni tido :)




Mak n abah dengan cucu kedua




Perjalanan balik tak ikut highway. Weols lalu jalan kampung. Singgah makan kat Satay Hut area Tanjung Karang. Ok jugak sini ada surau ada kolam ikan.. satay pun besar2 tapi sayangnya hanya ada satay ayam hehe. Tak tahu la berapa ringgit satu cucuk sebab abah yang bayar hee






Tengok faiq beria makan omnomnom








Ok bai. Sori gambar berterabur. Malas nak edit. Haha daaa


3 comments:

.hasina. said...

kak yana, satay hut tu satu cucuk singgit. kt situ lah tempat
sy rajin mkn masa belajar kt unisel dulu. tp tak taw la kalau dah naik harga.

Liyana said...

@sina
oo singgit ke? murah la ek... sbb sate dia gomok2 :D

UMIE SUE said...

satay hut ni kat kampung mak abah su..dah lama tak mkn kat situ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...