BLOGGERIANS

Wednesday, December 18, 2013

Lukis mural tadika


Last weekend aku balik kampung. Macam biasa la kan mana lekat kat rumah weols ni. Kali ni balik sebab MIL bagi job kat husband lukis mural kat tadika. MIL aku cikgu tadika. Kawan MIL minta tolong lukiskan mural. Nak new year dah kan... harusla tukar deco2. Cikgu tadika tu bayar RM500. Ok la kan....siapa nak bagi free2 je RM500... muahaha



Husband siapkan dalam masa 3 hari. Ala tu pun MIL tolong gak. Aku pun tolong kaler sikit2.  Tanganku tak berseni. Tolong kaler boleh la wakaka. Penat jugak weyy... balik tu pengsan. Lenguh tangan iols. Haha..



So ini la hasil nya..... ok ke idokk??? Hehehee



aku kaler kura2 n cendawan gebu tu je bahahaha





mak jemah pun nak enter frame jugak lols! walaupun orang kata kidal ni orang seni tapi kenapa aku tak tergolong dalam orang seni tu ya? ermm


Baru ku tahu warna primer, sekunder, tertier. Selama ni tak tahu lol. Yela iols bukan orang seni walaupun SPM amek Pendidikan Seni. Err terpaksa amek sebab dalam kelas iols ada budak pandai melukis so satu kelas terpaksa amek Pendidikan Seni. Bagus sangat. Cacat slip SPM aku dengan result Pendidikan Seni. hahaha


ooo baru tahu... lols! :D









masa kitorang kaler ni ada budak2 tengok n komen, eh cantik la tapi kan  mana gol dia? eh banyak pulak komen kau budak




ni 2nd day... separa siap



Mana Faiq time ni?? memang tak la ku bawak.... habis diselongkar nya semua tempat nanti lol. 


Tapi 3rd day memang ku bawa Faiq sebab MIL pun nak tolong kaler sekali. So aku n Faiq dok bersapau dalam tadika dengan Faiq. Sakit kepala aku hampir 3 jam dok dalam tadika -__-'


Penat jugak mengaler mural ni... sebab besar kot.. lenguh2 badan iols :D


Semoga cita2 MIL dapat mengajar kat tadika ni termakbul haha


Ok bai



8 comments:

Fai CeritaCinta said...

cantik la mural ni.. banyak juga tu upah rm500. siapa nak bagi free2 je.. hihi

Hana Soffelia said...

cantik la yana. boleh la deko2 bilik faiq ni. berseni sgt tau..

Cik Puan Rara said...

eh cantiknya! seyes cantik taw.x tifuuuu~

UMIE SUE said...

wahhh mahal jugak tu 500..rezeki2..teringat keje partime su pelukis mural..heee

msredcheesecake said...

best ni main kaler2... dpt duit plak tu..

Eyriqazz said...

cantiknya mural tu....

Liyana said...

omg omg abg eyriqazz komen blog iols! hehehe

.hasina. said...

hari ni belajar mewarna ye murid-murid. hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...