BLOGGERIANS

Monday, October 21, 2013

Majlis akikah dak muizz

Sabtu lepas dah selesai majlis akikah anak buah. Alhamdulillah majlis berjalan lancar je walaupun last minit p beli goodies bag. Hoho. Sebab plan asal nak buat untuk 30 orang je...untuk orang berzanji je...sekali abah suruh tambah untuk orang ramai. So buatlah untuk 150 orang...tu pun tak cukup. Ramai pulak yang datang malam tu...

Aku in charge untuk doorgift je. Maklum ler tengah bulan ni tak berani iols nak sponsor banyak2 sangat. Sekadar yang mampu jela yer....

Iols beli air kotak 150 pax dapat harga rm105. Keropok durian 200 pax =rm47.60. Tak tahu ler mahal ke murah. Orang kata situ murah sebab jual borong. Kat area jalan sornam sebelum sampai bahau. 

Dak muizz yang comel lote. Cepat besar tau tanje maklong.. nanti boleh main kereta dengan abam faiq.






Ibu n abah muizz



Maklong muizz..hehe







Abam faiq buat hal sendiri je. Bagus anak ibu.. hehe





Tu si kenit ibu..hehe


Dah tu jela gambar sekitar majlis...hehehe

Friday, October 11, 2013

Amukan ulat bulu

Nak taip pun terasa miang2 nih.


Dah hampir 2 minggu kot... ulat bulu masih bermaharajalela kat rumah. Adoyai. Tak tahu la nak buat macam mana. Ada orang cakap letak belerang la.. sembur bygon la... tapi ulat bulu still ada. Sekarang ni segala lubang2 kami dah tutup. Pintu belakang sumbat dengan kain buruk. Bila angkat kain buruk..mak aii banyak pulak ulat bulu bergantungan di situ. Meremang bulu roma oii.

Penat oi hari2 vacuum n mop lantai. 

Aku ada google... orang cakap blend cili api then tabur so nanti ulat bulu pun lari. Belum try lagi buat ni. Sesiapa ada cadangan tak? Aku nak bawak faiq berkebun kat tanah pun tak berani dek serangan ulat bulu nih. Miang weyy






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...