BLOGGERIANS

Tuesday, May 27, 2014

Teh Tarik Malaika Unequein

Sekarang ni kat Menara TM ada macam ala2 ekspo bayi antarabangsa (katanya). tapi tak macam antarabangsa pun haha. barang murah la... half price... ok laaa.... untuk barang2 baby ok laa...


Kat MPH pulak ada ekspo Busainna Bazaar a) 26 - 29 May 2014 (4 hari)


Asyik hilang jela orang TM ni bahahaha.... aku cuci mata boleh la... wee... nak beli tak mampu mak noks.. hihi..  well tadi aku terbeli TEH TARIK MALAIKA ni ha.... selalu tengok IG Mawi Ekin dok promote teh tarik ni.. nak gak cuba tapi malas nak beli 1 pek banyak sangat... nanti tak sedap caner? hahha







So tadi ada jual 2 paket RM5. Terus la iols try hahha... well no bad. sedap gak... cuma lebih rasa susu kot.... tak kawww sangat... tapi ok la sebab teh tarik ni takda gula... just guna stevia.... nak lagi details g la kat IG - UneQuein Ampang... hehehe


nuffnang : honeymoon at De La Ferns #throwback

Saja je check Nuffnang tadi... mihmih

Ada orang google pasal honeymoon kat Hotel De La Ferns Cameron... oh my.... hihi
Terus terflash back... auwww

Bahahahaha





minggu ni iols nak pegi berfoya2 kat Melaka pulak... sempena musim bonus hari tu kan... saja jela nak bawak mak abah jalan2... :) idea adik aku la... mak abah aku mana pernah keluar dari kampung tu.. yola... banyak nak kena jaga.. kambing kang siapa nak bagi makan? hahah


ok lah... nanti ku update cerita cuti2 kat melaka pulak yer :D


Monday, May 19, 2014

Istiadat Ulangan Penghulu-Penghulu Luak Mengadap

Entri ini ada banyakkkk gambar. hehe


Sabtu lepas ikut MIL ke Seri Menanti. Biasa lah orang KEMAS kan banyak aktiviti macam ni = D So weols anak beranak follow je. sekadar isi masa terluang. mana tahu ada yang menarik nanti hewhew  :)


Sebenarnya mil cakap nak tunjuk muka je pastu balik. sekali ada kerja kaw. herher
terpaksa la bertahan sampai sudah hehe



adik ipar. pregnant doh ni... 3 bulan dah alolo  :)







Masa kitorang sampai tu dalam 930am... bas banyak berderet... ish event apa pun ku tak faham hewhew...  .. budak2 sekolah beratur sepanjang jalan.... siap pegang bendera .. alolo... Faiq berdukung je time tu.. tak nak pulak kat baba dia.. lenguh iols



Sekali bunyi meriam (kot) 2 ke 3 das. haha. tanjat titew.... pastu lalu la hulubalang berbaju hitam ni...
nak meraikan dorang la ni...









Husband tolong amek gambar. dia cakap pakcik2 ni semua dok mengeluh je 'ayolah paneh eh... ponek eh... bilo lah nak sampai ni" kahkah





tu dia... tuanku muhriz



time ni semua kena berdiri nyanyi lagu kebesaran negeri sembilan. dah lama tak nyanyi lagu ni sejak tinggalkan sekolah haha








cantik jugak kawasan istana ni... banyak kolam....





lepas acara tu ada jamuan makan untuk rakyat. Lupa nak snap gambar khemah khas tuh hihi
lauk pauk dari deen catering... sedap boleh tahan 4/5 bintang herher



faiq pun sedap mamam. ikan tu disebut nya NANAY  -_-'



Lepas makan MIL ajak jalan2 sekitar istana.... tengok gerai2 n booth yang ada....



cap ibu dan anak kuikui







Dikatakan istana lama seri menanti ni tak menggunakan sebarang paku besi.. .tapi paku nya diperbuat daripada kayu yang dipanggil pasak. tak boleh amik gambar dalam ni... nak naik atas pun kemain curam tangga tu.. hoi seram mak.... renung lama2 katil2 dorang pun ku seram haha


Dulu istana lama ni tempat kediaman rasmi yang dipertuan besar sekitar tahun 1900an... sekarang dah ada istana baru dah.... so istana lama ni jadi muzium...



bahagian bawah istana lama... bersih je kan... 






Istana lama ni ada 4 tingkat. MIL cakap tingkat atas sekali  (dulu dulu la... sekarang tak tahu sebab tak naik atas) ada simpan sehelai rambut sebatil. Sebatil tu maksudnya sebekas. means rambut tu sehelai tapi panjang giler digulung2 diletak dalam 1 bekas... huhu












tu jela ceritanya.. sepanjang hari kuikuikui

on the way balik MIL tunjuk kubur lama... kubur tu beratap... tapi busut tinggi...  katanya dulu arwah atok cerita tu kubur raja perempuan.... tetek dia labuh sangat ... kalau anak dia nak menyusu.. dilemparnya tetek ke belakang.. haha penat daku imagine



Saturday, May 17, 2014

Lauk orang berpantang

Assalamualaikum

Adik ipar ku berpantang kat rumah mak.
Saja jela nak letak resepi kat sini. Buat penuh entri je. Kakaka

Nampak menyelerakan tak?
so resepinya adalah tumis bawang putih, merah, halia, kunyit, lada hitam. Guna minyak sikit sajo. Masuk santan pekat. Kalau nak best gunakan pati santan tu. Masuk ikan...masuk kacang. Letak garam. Siap. Makan pulak dengan nasi panas. Perghh. Hehe
Senang n sangat sedap ok. Nak ganti dengan pegaga or peria pun boleh... hehe


Ok bai. Hehe.

Monday, May 12, 2014

Petua cantik Che Ta

Dulu dulu laa... kalau tak silap aku... pernah tengok dalam Lagi Riuh Macam Macam Aznil. Artis undangan Che Ta dengan siapa entah lagi sorang. tak ingat.


Ada 5 ke 10 fakta tentang Che Ta. Che Ta ni kan umur berapa dah ya.. cantik bebenau. tak puas pulak tengok. kita yang perempuan ni tengok dia cakap cantik.... apatah lagi lelaki yang tengok khen... herher


cantiknye... leher tegang lagi oi haha



ada 2 je fakta yang aku ingat pasal che ta ni haha. walaupun orang kata nak cantik kena minum banyakkkkkk air kosong kan.... tapi che ta ni tak minum air kosong uols! haaa cemaner tu? dia cakap dia hanya minum air yang ada perasa dan warna. tapi cantik je weyy walaupun tak minum air kosong? aku syak dia ni suka minum jus buat sendiri kot? yela... dari tak dapat khasiat apa2... better minum jus buah or vege yang banyak khasiat tu kann... 


minum air kosong banyak pun bahaya 


fakta yang kedua... che ta TAK MAKAN FAST FOOD. any fast food pun tak makan. kalau pergi oversea bawa nasi ok. kagum iols. 


ok tu jela yang iols ingat. behehehe...  


p/s: mood blogging merapu meraban suda mariiii wakaka

Friday, May 9, 2014

Secretaries Week 2014

Kejadiannya berlaku pada 17 April 2014. Hari ni 09 May 2014 baru nak update. wakaka. Janji update ye dok. iols iz busy kalah menteri herherher. 


kebetulan pula hari tu cik boss AL. muahaha. so tak ada la rasa terikat sangat walaupun cik boss kata 'please go, have fun' hehehe

so marilah letak gambar dulu deh :) tahun ni tema dia FUN & LAUGHTER. Artis Adibah Noor & Shiro. tempat yang sama di menara KL 3 tahun berturut - turut -_-'

i love roses :)


kitorang group pertama sampai wakaka. nampak nau tak sabar khenn.. haha. apa lagi selfie la uols. 










Event ni start lambat sikit.. pukul 1pm kot.. errmmm.. awal2 kemunculan Shiro tu lawak giler. hihi. sharol jadi mujiburr... like alwayssss :D  konon - konon ajak tu boss and sharol jadi secretary. ok fine lawak gak laaa hee





sharol datang kat meja kitorang. nasib kak mala yang kena haha. dia attack orang pakai baju oren je weyy... lawok betul haha.



Food dari catering mana entah.. bagi aku biasa2 aja.. sebab makanan dah sejuk 






door gift kali ni tak best hihi


amik aje roses kat table vip tu... heee


Overall, aku rasa tahun ni biasa aja.. mungkin hos tak kena kah? personally, aku lagi suka time Shira jadi hos dulu... and artis dayang ku suka... low profile sangat :D


mintak2 tahun depan bukan dekat menara kl lagi. bosan weyy .. erghh

1 malam di Paradise Spa Hotel Port Dickson

Assalamualaikum


Bulan lepas seingat aku laa.... FIL ada course kat Hotel Glory... lepas course tu ada nak attend kenduri kawen anak saudara menteri isa samad tu.. kenduri kawen nya dekat dewan hotel glory tu je. FIL ada bau2 bacang dengan menteri isa samad tu... sepupu kot. aku tak tanya pulak. so ingat nak hangkut sekali semua anak beranak tido hotel Glory.. . sekali hotel management cakap fully booked.... melepak la kitorang semua kat rumah sewa iols... dengan penuh persoalan nak buat apa kat rumah lol. 


Tiba2, FIL call suruh datang hotel. Dia dah book Paradise... wehuuu bagai orang mengantuk disorongkan bantal.. haha.. dengan cuaca panas.. memang sedap kalau dapat tido hotel nih :D


Sumbat ramai2 pergi 1 kereta aje. Dekat je pun Sendayan dengan PD. Rupanya hotel Paradise tu 1 lorong je (lorong ke LOL) dengan Grand Lexis n Glory.... Dari luar aku tengok Paradise Hotel ni macam baru je lagi... dalam hati cakap mesti tak cantik ni hmmm... hee... FIL dah booked 2 bilik... terima kasih ayah. susah2 aje.. huhu. MIL tanya berapa 1 bilik. FIL cakap RM240. mahalnya oi. Ku tengok dekat AGODA baru RM150.86 -_-'


Masuk dalam bilik macam biasa lah... mesti nak check toilet, tv (astro tak ada hehe). Semua OK. Tip top :D Melepak je dalam bilik sampai petang. Melayan si Faiq nak tido. sejuk khenn.. memang ngantuk jela.



Faiq macam biasa memunggah dan berkemas dulu hihi


Petang2 sikit weols naik atas g kat pool. Pool dia kat atas bumbung best giler wey. Sebelum tu g beli pelampung faiq dulu :) aku tak mandi. malas nak basah2 hehe








kemain suka anak bujang iols :D


Mandi kejap je sampai pukul 7pm gak la... kena kosongkan pool sebab ada budak2 unikl dah book. ada event kot.



Malam g dinner ramai2. Sebelum tu sempat selfie dulu dalam lif wakaka. lepas dinner FIL ajak karaoke. kemain tau pak mertua aku. haha. semua pakat nyanyi termasuk Faiq. 


overall, best la. nanti kalau ada duit terlebih nak jugak g dok kat hotel tm lak. dekat dah tu. tapi tak tahu berapa 1 malam. saja nak menghabiskan duit katanya. nantilah one fine day herherher


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...