BLOGGERIANS

Friday, May 9, 2014

1 malam di Paradise Spa Hotel Port Dickson

Assalamualaikum


Bulan lepas seingat aku laa.... FIL ada course kat Hotel Glory... lepas course tu ada nak attend kenduri kawen anak saudara menteri isa samad tu.. kenduri kawen nya dekat dewan hotel glory tu je. FIL ada bau2 bacang dengan menteri isa samad tu... sepupu kot. aku tak tanya pulak. so ingat nak hangkut sekali semua anak beranak tido hotel Glory.. . sekali hotel management cakap fully booked.... melepak la kitorang semua kat rumah sewa iols... dengan penuh persoalan nak buat apa kat rumah lol. 


Tiba2, FIL call suruh datang hotel. Dia dah book Paradise... wehuuu bagai orang mengantuk disorongkan bantal.. haha.. dengan cuaca panas.. memang sedap kalau dapat tido hotel nih :D


Sumbat ramai2 pergi 1 kereta aje. Dekat je pun Sendayan dengan PD. Rupanya hotel Paradise tu 1 lorong je (lorong ke LOL) dengan Grand Lexis n Glory.... Dari luar aku tengok Paradise Hotel ni macam baru je lagi... dalam hati cakap mesti tak cantik ni hmmm... hee... FIL dah booked 2 bilik... terima kasih ayah. susah2 aje.. huhu. MIL tanya berapa 1 bilik. FIL cakap RM240. mahalnya oi. Ku tengok dekat AGODA baru RM150.86 -_-'


Masuk dalam bilik macam biasa lah... mesti nak check toilet, tv (astro tak ada hehe). Semua OK. Tip top :D Melepak je dalam bilik sampai petang. Melayan si Faiq nak tido. sejuk khenn.. memang ngantuk jela.



Faiq macam biasa memunggah dan berkemas dulu hihi


Petang2 sikit weols naik atas g kat pool. Pool dia kat atas bumbung best giler wey. Sebelum tu g beli pelampung faiq dulu :) aku tak mandi. malas nak basah2 hehe








kemain suka anak bujang iols :D


Mandi kejap je sampai pukul 7pm gak la... kena kosongkan pool sebab ada budak2 unikl dah book. ada event kot.



Malam g dinner ramai2. Sebelum tu sempat selfie dulu dalam lif wakaka. lepas dinner FIL ajak karaoke. kemain tau pak mertua aku. haha. semua pakat nyanyi termasuk Faiq. 


overall, best la. nanti kalau ada duit terlebih nak jugak g dok kat hotel tm lak. dekat dah tu. tapi tak tahu berapa 1 malam. saja nak menghabiskan duit katanya. nantilah one fine day herherher


6 comments:

kalamkelam said...

Ada no phone hotel tu tak?

Liyana said...

@kalamkelam

Alamak xde la awak... google pun tak jumpa... sorry :)

suelly said...

ade pool budak2 x?

Liyana said...

@suelly
pool budak2 ada.. sebelah pool dewasa tu je... besar jugak.. sebelah pool budak2 ada paip klu nak bilas badan :)

chaca Majid said...

Tumpang tanya,
Karok berapa rate dia?
terima kasih

Liyana said...

@chaca Majid
kitorang karok bukan kat hotel ni...berhampiran dgn hotel ni je... karok kat hotel sy x sure berapa :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...