BLOGGERIANS

Wednesday, July 23, 2014

konsisten

Aku ni seorang yang sangat la jarang nak konsisten buat sesuatu benda hehe. Buat blog pun kejap update beriya. Kejap tinggal diam seribu bahasa :D kejap suka berbisnes tarik perhatian orang.. kejap kang rasa macam nak privacy tak suka diganggu gituu



Maklumla komitmen dah banyak katanya... heh alasan sangatt. Kadang rajin bebenau mengemas rumah. Kadang alahai malasnya nak kemas lantak la rumah macam tongkang pecah. Bukan apa, aku kemas kang.. yang si bapak tak nak bagi kerjasama kemaskan balik. Benda simple je kadang tu. Aku kalau mandi.. .aku suka lap badan kering kering baru keluar bilik air... ni si baba Faiq tu.. dengan kuyup kuyup keluar bilik air pastu berjejeh air atas lantai. OMG mak tension ok haha. Pastu si anak pun sama (eh anak boleh la dimaafkan)







Tapi ada satu benda yang aku konsisten buat iaitu pam susu. Sebab aku memang dah niat dari awal preggy.. yang aku nak susukan anak aku selama yang boleh. Aku tak nak bagi dia susu formula. Bukan aku tak percaya susu fm.. aku pernah cuba jugak bagi fm. Thanks to Faiq sebab tak boleh terima susu fm. Aku suka the moment BONDING TIME bila aku balik kerja tu mesti Faiq cepat2 sediakan bantal... remote, hp... tinggal aku nak baring je.. hehe.. tapi sejak dah pandai spiderman ni... mesti spiderman pun sama nak nenen jugak kahkahkah. Siap berlakon lak tu konon2 erkkk men dah kenyang hahaha.








Sayangnya nak buang.... ni bahagian chiller je ni... kat freezer hari tu penuh... aku dah buang.. sebab tak muat nak simpan barang lain.. penuh dek susu aku je... tapi bahagianya la hati bila bukak fridge nampak susu hihi. korang yang tak BF anak mesti tak faham. ingat senang nak kumpul susu banyak banyak hehehe


1 comment:

.hasina. said...

marathon baca entry akak. lama tak baca..

eh kisah menjejes air lepas mandi tu haa sama la mcm my hub. haha..

byknya susu akak. sy pun baru buang susu.. byk jgk sbb da rosak.
peti ais rosak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...