BLOGGERIANS

Sunday, July 27, 2014

Last day kat ofis sebelum cuti raya seminggu

Hari ni dah Ahad. Esok raya ek .. kejap je pulak rasanya. Huhu.

Btw, Jumaat hari tu aku kerja lagi. Sayang cuti babe... selagi boleh kerja aku kerja je... heh. Mood nak raya tu biasa2 je. Dah tua2 ni tak ada fikir sangat bestnya raya hoh gitu.... baju raya pun last minit. Yang penting baju anak kena settle kan dulu khennn..

Tahun ni raya sebelah aku dulu... sebenarnya aku tak kisah pun raya kat mana dulu.. hihi. Dulu masa awal2 kawin ye la kalau boleh nak berebut hihi. Tapi dah masuk tahun ketiga perkahwinan tu kan dah rasa biasa je... tak kisah mana mana pun... raya kat kampung baba Faiq lagi best sebenarnya haha.


Haruslah berselfie dulu dengan geng geng secretary.. eh sebenarnya cik boss aku cuti hari Jumaat tu... tetiba dia masuk pulak ofis sebab ada meeting. Terkujat mak. Sebab big boss dah bagi balik pukul 12. Aku cadang nak cabut pukul 12 sharp. 1140~ boss aku masuk opis.. dah la time tu kitorang geng secretaries dok melepak kat sofa depan. Hahaha. Tapi cik boss senyum means mood baik hahaha.






Posing kat tempat yang sama je pun hahaha. Ok la kawan2 jumpa semula lepas raya hehehe. Bersedia untuk undangan open house group TM. Wakaka


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...