BLOGGERIANS

Wednesday, August 20, 2014

Boleh tahan

Malam tadi balik rumah lambat sikit sebab pergi cari jam Faiq. Letih dengar dia asyik berzikir kat telinga aku nak jam. Ala jam 8 ringgit je. Dah beli tak nak pakai pulak -_-

Dah merayap perut lapar pulak. Nak beli tapau  tekak aku dah tak lalu sekarang makan kedai. Tak tahu la kenapa. Aku rela makan nasi panas dengan telur goreng huhu. entah kenapa la tekak ni cerewet sekarang.

So semalam terus beli barang mentah macam ikan, sotong, udang buat stok. husband tanya nak masak ke tak? sebab dia tau kalau weekdays memang tak dan aku nak masak sebab Faiq tak bagi. Tak bagi tu maksudnya dia merengek ajak aku ke depan tengok tv.. menyalar nyalar kat simen sambil menangis.. mengacau bukak fridge, panjat meja. panjat rak pinggan. Okay ibu tak concentrate nak masak. marila kita ke depan. baba la masak. hahaha. Nasib la husband suka and pandai masak. so semalam husband masakkan ikan parang masak asam pedas dengan telur dadar. Perghh sedap giler hahaha.


husband masak.. aku melayan Faiq kat depan. Baring dengan dia sebab nak bergayut kan... tu yang ajak ke depan tu.. tetibe terlayan cerita ni ha. Baru episod 2. haha boleh layan ni. So sempat la aku snap gambar kahkah




Kalau tak silap aku ni Uqasha. Letih bertekak dengan husband sebab dia cakap ni Nelydia. Hahaha





Cantiknya perempuan ni. kulit cantik nye. merah merah pink gitu





Cerita ni setiap hari selasa pukul 10malam. Dan dan jela aku layan tv alhijrah hihi




kisahnya dorang ni kena bernikah atas pilihan orang tua. So masing masing macam paksa rela gitu. Qi dah ada awek - Anzalna. Tapi dia macam suka jugak dengan Uqasha ni heh


JUDUL : Kalau itu Jodoh Kita
NOVEL ADAPTASI : Kekasih Halal
TARIKH : 12 Ogos 2014 
SIARAN : Setiap Selasa, 10.00 malam di TVALHIJRAH
SKRIP : Amaz Mazilan
PENGARAH : M.P Roslin
TERBITAN : Hyper Pictures
PELAKON : Uqasha Senrose, Qi Razali, Anzalna Nasir, Pekin Ibrahim



ni time dorang nak pergi butik pengantin. 


Semalam pun dorang dah sah bernikah. So kena tunggu minggu depan episod 3. haha


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...