BLOGGERIANS

Thursday, August 28, 2014

hanya kita

Aku dok buat 5S kat pc aku ni. Sekali terjumpa gambar gambar lama... sangat mengingatkan kepada SESUATU :) Pengalaman memang mematangkan :)

entri sedu sedan sikit petang - petang ni :D



Masa ni Faiq baru 4 bulan... gambar pertama aku snap guna smartphone pertama aku beli hihi. Samsung S2 je. Lain nya la hai rupa anak ibu dulu :) mendung je  hihi. Sekarang suka nau menganjing ibu kan... suka menyakat ibu macam baba. Pakngah Faiq cakap Faiq sengal ubi macam baba. Hahahahaha. 






Tak sabar sangat nak sampai rumah. Sebab nak peluk puas puas anak :( Tapi sampai rumah selalunya pukul 9pm.... anak dah mengantuk... memang aku kurus sesangat time ni sebab penat kot. Keluar rumah pukul 5am sebab nak kerjar komuter pukul 630 -640 . aku bangun pagi pukul 4am. Aku tidur malam pukul 11pm. sampai rumah pukul 9pm... terlalu penat badan aku rasa nak lunyai dah hehe



Lepas berpantang je dulu.. aku menumpang rumah mak abah aku. Hampir 6 bulan. Tak mampu lagi cari rumah sewa time ni. Dengan roadtax kereta mati. Tayar kereta botak. Dugaan sungguh. Company husband tak bayar gaji dekat 3 bulan. 1.1.2013 baru dapat rumah sewa tu pun selepas didesak oleh abah :(  masuk rumah sewa kosong je time tu. dengan tak ada langsir. tv pun tak ada. 3 bulan jugak la tak ada apa apa. banyak yang aku korbankan. 




balik kerja. makan. terus terperuk dalam bilik 3 beranak. dengan panas kipas tak kuat.. bersabar jela :)





dah hampir 2 tahun menyewa sekarang. hidup lebih tenang hihi. dah mampu nak pakai aircond alhamdulillah hee. kitorang tidur pun depan tv je. pasang aircond kat hall. berselubung tidur hihi


ini yang aku mahukan... rumah kecil... tapi hanya kita bertiga anak beranak.... :)



2 comments:

dye.yana said...

:')
serba sedikit ada macam sye. cuma sye tak kerja awal pagi dan balik lewat malam macam awak.

and sama. co husband tak bayar gaji lama gile. tapi orang kata rezeki anak. duit tu ada je walaupun cukup-cukup makan je.

jeehans.blogspot.com said...

sy pon mcm tu skrg..ulang alik keje kedah perlis...sgt penat..kuar awal pagi..tp pengalaman tu sgt sweet kan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...