BLOGGERIANS

Monday, August 25, 2014

Open house di Nusa Intan

Semalam aku ke Nusa Intan. Dapat jemputan dari kawan masa sekolah menengah dulu. Lama gak tak jumpa. Dah rasa macam tak tahu nak borak pasal apa hihi padahal dulu bff kemain rapat lagi☺


Ini kira macam housewarming.  Dorang beli rumah kat sini. Bestnya. Belum 30 dah ada rumah sendiri. Terasa macam loser di situ 

So semalam kitorang sampai pukul 2pm... jemputan makan tengahari. Nampak tuan rumah sibuk so kitorang makan dulu lah. Ternampak member masa sekolah dulu... borak jap sebab dia pun dah nak balik.




Lepas makan, aku tarik member masuk dalam rumah. Nak gak tinjau rumah baru dia. Ok la ada 4 bilik. master bedroom ada bilik air. Bilik air luar ada 1. aku rasa harga tak jauh beza dengan Nusari Bayu. Maybe Nusari Bayu lagi mahal sebab Nusari Bayu ada 3 bilik je. Semua barang masih baru. Bestnya alahai. Berangan kejap la aku hahaha.


Environment kat nusa intan ni macam jauh ke dalam hutan sikit. Macam sejuk kawasan dia. Kawasan baru nak membangun. Orang pun tak ramai lagi :)






Ada satu je khemah. Makanan semua ok. Sambal udang sedap bangat! Laksa sedap pekat cuma kurang garam sikit hihi. Aku kuat masin kot. :D

Dalam pukul 3pm~ baru kitorang balik :D
Oh the way balik hujan menggila lebat. Sekali baru teringat laaaa tak ambil gambar pun dengan tuan rumah ish ish. Dasar pelupa betul. Dah la payah nak jumpa hahahah

By 30 nanti insyaallah nak gak ada rumah sendiri. Amin... kadang terfikir alangkah indahnya dapat kawen lelaki kaya dan baik hati dan hensem hahha. bila kawen tu kita ni cuci kaki je. Fully furnished katanya hahhaha. Mood berangan is ON. 


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...