BLOGGERIANS

Wednesday, August 6, 2014

Sampai esok tangan bau belacan -_-'

Aku ni nama je orang noghori... tapi aku kureng masak2 berlemak ni... aku suka lauk yang rebus2 stim gitu... heh. kalau dapat g kedai kelantan yang berlambak ulam tu mak aiii rasa nak amek semua sekali hahaha. semua jenis pencicah rasa nak amek lol. budu paling fav hahaha. Tapi yang tak bestnya kalau aku buat kat rumah aku makan la sorang sorang. laki aku tak suka benda2 'busuk' ni katanya. Dia tak tahu betapa sedapnya budu itu. hoi kecur liur mak hahaha


So hari tu angin apa entah datang nak makan ikan grill macam ni. panggang dalam pemanggang ajaib tu memang terbaik la... terasa manis ikan tu haha. 


Aku buat la kuah asam ni. tak tahu orang panggil apa. googgle sikit2 then aku adjust ikut bahan apa yang ada kat dapur hehe.





tu diaaa ikan talapia bakar dalam pemanggang ajaib. tak sia2 beli pemanggang itu hihi. tapi ikan ni kecik lak. tak puas makan hee. Faiq asik nak je. itan itan katanya :)





aku letak air asam jawa, belacan bakar, cili api, bawang besar potong dadu, tomato potong dadu, gula n garam. cili merah patut kena letak kan.. tapi tak ada pulak dalam fridge so tak letak lah. heee


makan tak pandang laki dah. hahaha. tapi aku rasa macam terlebih belacan. busuk je tangan sampai esok nya tu hahaha. So next time dah tau nak adjust heeee


1 comment:

Aty_Fared said...

sedap masakan letak belacan.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...