BLOGGERIANS

Wednesday, September 17, 2014

Malaysia Day untuk Faiq

Semalam cuti so amek peluang bawa anak kesayangan jalan. Alah setakat kuar jalan cuci mata bawa g kedai buku je. Nak pupuk minat dia membaca pulak sebab selalu nampak anak anak cina kat kedai buku. Ehem. Hehe. Mari test ke anak sendiri hihi.



Kitorang ke pasaraya Rapid kat Seremban 2 tu je. Mall ni kecik je. Dulu bukan Rapid nama mall ni. Tak ingat lah. Sebab bertukar ganti je namanya hihi. 

Sampai2 je terus melompat lompat Faiq. "Bu nak ni. Bu nak ni". Kemain bising mulut dia. Hihi layan beli 2 token. Duduk lah dalam tu :) :)



Terus rasa nak p kedai buku sinaran ni sebab pengasuh Faiq wasap gambar Faiq menyalar kat atas stage ni ha (stage ke?)  Buat macam rumah sendiri kau nak. 





Time ni pakaikan dia kasut. Cepat cepat suruh ibu tanggalkan kasut. Aku tak perasan lak kena tanggal kasut hihi. Dah tanggal kasut nak turun pulak dia nak amek buku lain. Siap cakap lagi "bu dik pinjam ipe" haha. Sambil pakai selipar aku. Malas nak pakai kasut lettew haha.






Ada 1 sudut tu bahagian buku rm1 - rm7. Faiq leka mengemas kat sudut tu... tetiba dia berlari lintang pukang ke arah aku. "Buuu abuu...abuuu... tokojot adik" (sambil urut dada). Aku p tengok. Rupanya dia terkejut tengok mata besar kat buku ni ahaha.








Ramai chinese kannn....





Dipunggah nya semua buku lambak depan aku hihi



Beli 2 buku je semalam. Buku preloved kot... 





Terus nak mewarna je kat situ jugak -_-'



Sementara tunggu husband p hantar barang kat kereta.  Aku bawak Faiq masuk dalam nak beli barang sikit. 


Kemain berat benda alah ni. Tak larat aku tolak. Faiq pun masuk kejap je. Cepat bosan kann



Dah siap masak. Makan. Dua dua ni terbongkang depan tv. Dah tu ibu terkebil kebil sensorang. Aku ni jarang tido siang. Mengemas rumah la lagi syok. 




Selimut sejuk tido bawah ekon hihi




Board ni beli semalam harga RM80 member price. Retail RM119. Last day semalam sale. Memang aku rembat la satu sebab dah lama aim nak beli. Harga kat luar tak tahu berapa. Board ni best sebab double sided. Depan boleh whiteboard. Belakang jadi blackboard. Boleh tulis pakai marker and kapur hihi






Sambil berkemas.... buah kiwi ngap ngap. Sedapnya. Malam tadi dinner makan satay je. Lupa amek gambar hihi. Beli satay perut and ayam. Berselera Faiq makan. 


Tu jela cerita semalam heee




4 comments:

CikNaa said...

alahai syok faiq.. rajin betul ibu faiq ni mengemas yer..neway, cantik deco rumah baru ni :)

Diana Rashid said...

hahah..dia buat macam kat rumah dia je ye..hehehe

Diana Rashid said...

hahah..dia buat macam kat rumah dia je ye..hehehe

mynameismy said...

besar dah faiq.. :)
malaysia day kami duk umah je ayahnye g buat keje hoho

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...