BLOGGERIANS

Tuesday, September 9, 2014

weekend yang sangat letih day 1 haha

Ada pulak DAY 1 kann... haha


Weekend baru baru ni memang full. Mertua datang tido kat rumah. For sure kerja aku bertambah hihi. Tempat yang jarang ku kemas pun harus la nampak kemas sentiasa. Walaupun rumah kosong.. tapi mesti kemas laaa kann...  The best side is aku dapat berkemas tanpa gangguan Faiq haha. Faiq selalu tak bagi ibu dia kemas. Selalu suruh teman dia main. Hihi. 


So Sabtu lepas husband + mertua + Faiq keluar pergi cari used car kot....  aku malas follow. Aku berkemas dari bilik stor bawak ke depan. Ruang hall tutup air cond tutup tv. Aku bukak lagu kat handphone... sambil berkemas nyanyi sensorang.. layann... haha. Bilik stor yang penuh dengan kotak tu.. terus ku buang. Sekali ternampak lipas sekor. Menjerit macam hape je -_-' 


Dari pukul 10am++ aku berkemas... sampai la pukul 1 lebih.. sempat la masak mi goreng jap. Lapo pulak perut nih. Flat giler badan. Ko bayangkan kotak tv besar giler tu aku hangkut seret sensorang... dengan berat ya rabbi. Husband jenis suka mengumpul barang tah hape2. Aku ni jenis tak suka mengumpul. Semak mata aku. Aku nak kemas tapi Faiq tak bagi. Sudahnya tergendala begitu lama heh.


Lupa pulak nak ambik gambar sebelum dan selepas hihi


Petang tu mertua ajak ke IKEA. Badan aku penat sebenarnya. Tapi layan jela lagipun lama dah jejak ke IKEA. Aku dah agak Faiq mesti meragam sebab tak tido lagi plus penat pulak... baru jalan 10 minit Faiq dah terlelap. Kemain lama tido lenguh tangan aku. Bangun tido meraung macam ape je kan... bila anak hilang kawalan.. kita pun jadi stress. Sempat jugak la capai macam2.. sekali Faiq meragam.. terus letak balik semua benda -_-'




Set meja and 2 biji kerusi ni RM99. Tapi dah tak ada stock!! huwaaa


6pm ++ sampai IKEA.. .kul 9pm keluar.. perut memang lapar tahap gaban. Tengok meatball ikea amboi apa ke hal ramai sangat orang! G tengok kat karipap ikea pun mak aii ramai eh.. penyudahnya aku ajak husband beli biskut kat sebelah karipap ikea tu.. hoi rasa apa ni??? hahha. Tawar macam hape je. biskut anjing ke ni? hahahaha. Bau dia pun macam bau gandum ke apa. ke aku salah beli? tapi tengok ramaiii je orang beratur hahaha


Mertua banyak la beli barang. Tapi weols tak beli pape. Macam tah hape2 je g IKEA tapi tak beli apa2 haha



  

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...