BLOGGERIANS

Thursday, October 30, 2014

Acah acah pelikat pants hehe

Hi. 

Since dari last week lagi minat nak menjahit tiba tiba je menggebu gebu. Haha. Mesin jahit kat rumah mak. To be specified... kat dalam bilik mak. Heh. So memang kena manfaatkan masa yang ada. Plan nak ada mesin jahit sendiri. InsyaAllah one day. Errmmm mesin jahit apa yang sesuai untuk beginner macam saya ya? At least lepas untuk jahit lurus.. seluar koyak ke... tahan sikit kalau pakai mesin jahit. Tehehe. 


Mata ni berkenan sangat bila tengok budak budak lelaki pakai pelikat pants tuh. Pernah laa beli kat instagram. Lupa nama IG tu. Aku request color PURPLE. Sekali yang sampai kaler BIRU. Owner IG cakap boleh tukar balik. Malas la aku. Kalau dah sekali silap. Memang tak de la nak repeat order. 


Sempena cuti yang TM bagi last week... berderet deret dari Rabu - Jumaat.... maka berzikir la kat telinga husband mintak hantar ke kedai nak cari kain pelekat nak buat seluar anak bujang den tu. Heh. Yang bestnya laki ku layan je..  dia tak pernah persoalkan pun awak tu pandai ke menjahit haha. 


Dah beli ni kain pelekat 2 helai. Total kos RM59. Beli kain mahal sikit. Aku beli siap online kat IG tu RM70++ sebab termasuk pos... baru dapat sehelai seluar pelikat dan baju punjabi. Bila tanya mak... mak cakap satu kain pelikat ni boleh dapat 3 helai seluar gak ni... Haaa nampak tak betapa boleh jimat di situ. 


Mak aku tukang jahit pencen. Tapi anak nya tak mewarisi sebab aku kidal. Orang kanan tunjuk orang kidal belajar menjahit memang agak payah. Haha. Sudahnya aku cari rentak sendiri. Yang mana aku selesa. Heh. 

Mak tunjuk pola jahit seluar. Aku gunting dan terus jahit. Mak kata pergi try kat kain lain dulu... makanya aku cari perca kain... dan try ke kain berbunga bunga. Berseluar bunga la Faiq. Bahaha. Kemain kembang hidong bila dah siap. Hoi bangga okay. Hahah.





Tapiii... seluar ni sempit sikit. Aku terkecik jahitan kat pinggang. Sampai Faiq mengadu "buuu sakit perut adik. Tak muat" 

Baiklah anak. Haahaha. 






Aku tak putus asa. Teruskan menjahit. Sampai cramp montot. Sebab lama sangat duduk kat kerusi. Haha. Tabik kat tukang jahit. Memang penyabar. 





Menjahit terpaksa dihentikan kejap sebab jarum patah. Hahaha. 



Dah tu mesin jahit tepi mak pun dah rosak. Barang dah pakai lama kan. Kena beli baru dah kot. Tapi aku teruskan je menjahit sampai siap seluar Faiq. Mak jenguk jenguk kejap. Dia terlupa nak cakap yang mesin jahit ni boleh jahit tepi jugak. Just kena tukar tapak.. and slow sikit laaa.... waaa terkagum kagum aku. heh. 



jahit tepi untuk butang F. Kena tukar tapak je. Dah boleh jahit. 




Aku pun terbalikkan seluar Faiq untuk jahit tepi. Heh.



Paksa anak bujang pakai. Haha. Ketidoran budak ini. 



Dan inilah hasilnya. Syabash beta. Hahah. Aku terus pakaikan ke Faiq masa kenduri doa selamat baru baru ni.. ada orang tegur.. dok belek belek seluar Faiq... dia ingat aku beli... aku cakap je... saya jahit sendiri... 
Sambil membelek seluar Faiq dia bercakap "Nampak bona tak ghoti menjait eh haaa..." 

(Nampak sangat tak reti menjahit haa)


Ok fine. Saya terima sebagai cabaran. Marilah kita senyum :) saya amatur je... bukan pro. Tak pernah pergi kelas menjahit pun. 


yeah model kecik ibu buat peace tak jadi hihi



Nanti nak try buat lagi. Hope tak jadi hangat hangat taik ayam ler. Kikiki. 


8 comments:

Yana Ujang said...

xkisah la amatur, jadi jugak seluar haa...ingt dulu ms kelas kemahiran hidup form 3 ada projek kena jahit seluar..i punya seluar serupa sarung nangka okeh!! mmg xde bakat menjahit langsung.. T_T

nadia arrumaisha said...

MashaaAllah cantek pants tuh... Saya sendiri dh berapa kali mak tunjuk cara nak lakar plan and gunting jubah tp xpernah menjadi buat sendiri... mgkn jugak bakat dari mak tuh xmenurun ke saya...hihihi

mommycha a.k.a kak jenab said...

hamboi rajinnye siap menjahit pants kat anak yer dak? hihihihi
aku bkn takat menjahit nak masuk benang kat mesin tu pon terkial -.-"

Diana Rashid said...

Buat la banyak2 jual kat IG..selalunya kalau kain baju budak2 ni ,keluar je fesyen baru mesti ramai yang beli.

.hasina. said...

Sapa yg ckp

"Nampak bona tak ghoti menjait eh haaa..."

Amboi...

Cerdeque Collection said...

Salam puan.. Masih menjahit lagi ke seluar ini? Saya berminat nak tempah la puan.

Liyana said...

Wslm puan,
Maaf sy tak ambil tempahan.. saya pun beginner :)
Nanti kalau ada masa saya share pola jahitan nya ya :)

Liyana said...

Wslm puan,
Maaf sy tak ambil tempahan.. saya pun beginner :)
Nanti kalau ada masa saya share pola jahitan nya ya :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...