BLOGGERIANS

Thursday, October 16, 2014

Selepas 2 tahun, apa patut buat?

Faiq sekarang dah 2 tahun 3 bulan. Dari nak masuk umur 2 tahun hari tuh dah berfikir2 nak wean off  or cerai susu badan dak halus ni. Tapi sampai sekarang belum berjaya sebab ibu iz tak sampai hati. Suka momen peluk2 dengan anak bila dia menyusu tuh. Huhu. Macam hari ni Khamis,, macam biasa pengasuh setiap hari Khamis ke Melaka. So diangkut sekali anak2 asuhan. Pukul 6 pagi dah terpacak jemput Faiq. So pagi tadi pengasuh dah sampai ... bagi salam... aku pun dah siap gantikan pampers Faiq.. tapi Faiq tengah mengempeng lagi time tuh.. aku cakap "Jom dik. Cik Ja sampai dah tu". Boleh pulak Faiq jawab "Jap jap dik nen ngeng ngeng" (Sambil angkat tangan) Behehehe. Ada je jawapan dia. 



Aku tak ada pengalaman bagi anak menyusu botol. So aku sangat kekok. Dan aku pemalas juga dok fikir nak bangun tengah malam bancuh susu. Selalu kan sumbat je tetek. Lol! Aku memang sayangkan kualiti tidur. Ada la satu malam tu aku ready kan botol susu.. air panas ... air sejuk sikit... susu sikit.. kat atas meja.. dekat jela nak bangun p bancuh susu... tapi haram nak bangun. Pftt. Tak boleh pakai betul.


Kalau tak payah bagi susu formula boleh ke? Lagipun dah lepas 2 tahun. Emak emak sangat sekarang. Benda macam ni pun boleh merasuk fikiran aku sejak 4 bulan lepas. Husband cakap  buat apa pakai botol lagi? Dah besar kan.  Ermm betul jugak. Kadang aku terfikir Faiq kurus sebab aku tak bagi susu formula ke?Sebab ada je suara2 jahat yang kudengar "Sebab tu la kurus. Tak minum susu formula. Tengok anak si polan tu elok je gebu minum susu cukup."


Persis lalat lalu. Krik krik.


Kamu telah mengguris hati ibu yang kadang2 rapuh ini. Behehehe. 


Tapi tadi dok scroll newsfeed FB... terbaca la artikel ini.... katanya cukup je tempoh penyusuan 2 tahun... tak payah ajar anak berbotol susu... kalau boleh tak payah ajar susu formula pun..... sebab sumber kalsium adalah lebih banyak dalam bentuk "GREEN FOOD" atau sayur sayuran. Untuk perkembangan otak... bagi la anak makan makanan yang tinggi Omega 3. Tak pun bagi je Omega Guard Shaklee. 2 minggu sekali ke.... Picit dalam mulut anak. Aku selalu lupa nak buat ni. Tak pe lepas ni tak boleh skip. 











Like OMG! Gigi berkarat? Alemakkk... gigi Faiq macam ada kuning2 sikit kat atas. Aku tiap kali mandi memang dok tonyoh berus gigi dia. Tapi tula hari bekerja kadang2 ... ermmm... tak sempat... ibu iz penat.... 



Tengok gigi Faiq kecik2 je... jarang2 pulak tu... haha. 





Terima kasih sangat yang tulis artikel ni. Aku macam dapat kekuatan nak teruskan misi... Faiq tak payah botol susu. Sebab aku berkira nak cari botol susu macam mana? Jenis apa? Botol susu 3 lubang ke? Hihi. Ahhhh ... persheton kannn.... Minum pakai cawan je sudeh. Tapi malam2 mengempeng macam mana pula? Haha. Layan jela sampai dia tak nak dah ye tak?  Sebab aku rasa susu aku dah tak ada sangat pun... budak tu lepas gian je nak amek bau. Sebab Faiq kuat makannnnn! sikit2 ajak g dapur mintak nasik. "Buuu nak acit. nak acit. dik pa" (Ibu nak nasik. Adik lapar.) Kejap2 kang mintak mi goreng la... roti la....  so aku assume susu aku tak mengenyangkan dia. So dia jadi kuat makan. Hehehe. 



 Sekian. Wish me luck :D


5 comments:

Allene said...

sekrang dah terfikir gak. nak stop botol before 3 year ni. kena gigih lg ni.

Diana Rashid said...

saya pun tengah dilema nak lepas kan dengan susu badan ni.tapi 2 3 hari ni ada la saya bagi dia minum susu guna cawan..kadang2 bagi botol..dia main2 je guna botol tu..tapi boleh habis jugak walaupun dekat sejam .heheh

Aeen said...

mcm anak ain Raees..dia sekarang dah 2 tahun 1 bulan jarang minum pakai botol..kadang je dia minta...kalau x..pakai cawan je minum..lagipun sekarang dia x minum dah susu formula..minum milo or susu dutch lady dalam kotak tu je..tu lah..ni pun dah rasa xpayah beli botol susu baru..minum pakai cawan terus je lepas ni..hehe

.hasina. said...

akk byk pemikiran lebih kurang sy. hee. sy skng ni tgh pikir nk bg botol
kt umh tp still susu ibu la cuma nyusu nk pakai botol. bukan apa sbb takut kalau
sy ada keje2 kt luar ke... kena pi.. cmne la naurah nnt. kalau dgn pengasuh
ok la sbb dia pandai. kalau dgn abahnya cmne? sbb tak pernah lg pakai botol.
asal kt umh je mengempeng dgn mama. huhu.. dah la company ni selalu sgt ada
event. i is stress kak :( dan dah byk kali jgk sy skip aktiviti2. org selalu dok
tanya np sy tak dtg.. bla bla.. nk wat cmne.. kita ada ank kecik bby.
dan tak biasa bg susu pakai botol kt umh kecuali dgn pengasuh. naurah mmg tak nk pakai botol.

sy peratikn pun kalau bdk2 yg minum susu formula ni beso2. cousin naurah baru 3 bulan 4kali ganda ada besar dr naurah. nk 8kg dah dia skng
sbb campur susu. kdg2 tgk naurah kecik je dr dia sentap jgk kalau org kiri
kanan ckp2. lg2 naurah 5 bulan bdk tu 3 bulan. tp mmg cmtu kot sbb anak
staff sini fully bf lg la kecik badannya. huhu..takpe la kak bg je susu
kita asal ank sihat alhamdulillah :) kn.. kalau ada yg ckp2 negetif
pasal anak tu nk sentap je. perasaan
mak2 mmg gitu kot. dah rasa jgkkkk wuu -_-"

Jen Jen Areff said...

faiq mmg gen kurus kot. janji sihat. bagus susu ibu. 2 tahun full. congrats awak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...