BLOGGERIANS

Thursday, November 20, 2014

Alahai anak ibu

Hi.

Aku sihat today but batuk still ada. Eh. Sejak aku up cerita tak sihat.. ramai pula yang beranggapan aku pregnant? Tehehehe. Maafin patik. Belum ada rezeki Faiq jadi abang yer... soon soon...hehehe


Faiq sekarang dah 2 tahun  4 bulan 17 hari.

✔Makin nakal
Contoh - saja je pergi geletek leher aku sambil cakap "ee geli geli ibu" eh mamat kecik nih -_-'
Aku tersasul cakap pun sesedap dia je membahan aku balik. Wah gaya sebijik macam baba nih haha.

✔Manja.
✔Mulut becok.
✔Kuat makan.
Fav food : ayam masak kurma & sambal udang /sotong
Fav drinks : air kosong, vitagen

✔Suka berjoget.
Fav show: kilauan emas. Hahhaa. Atok2 sangat Faiq nih.

✔Suka menyanyi.
Lirik dia : tinmuuuu ...tinmuuu.... pan...pan... (sambil pegang apa2 je yang menyerupai mic. Tak dapat dikenalpasti lagu apa) hihi

✔Suka main masak2.
Ibu n baba pun kena masak jugak lauk ayam... ikan... sotong...donut -_-'

Oh banyak lagi.

Seronok bila anak dah pandai cakap. Asyik bergaduh jela kerjanya. Hihi.


Vocab pun dah makin ok. Aku tak ajar anak cakap pelat sebab tak suka. Hihi. Jelas jugak la dia bercakap. At least bukan aku sorang je yang faham.  Hihi.


Kadang - kadang kepochi jugak mamat kecik ni. Aku dok tungtang kat dapur kang... dia berlari2 datang sambil tanya "buu watpe tu haaa?"

Cara sebut "pe" kena sama kan bibir atas dan bawah sambil juih sikit. Hihi. 
Sebut "tu"  kena double2 kan sikit. Lidah kena selari dengan lelangit. Haha. 
Kemain qalqalah sangat anak aku. Hihi. 

Sebut "haaa?" tu macam ala-ala Nasir Bilal Khan. Ekekeke.  Seriously. Nanti aku rekod.

Lepas tu bila orang tengah gelak ramai2. .. dan2 je tanya "buuu ape gelak haa?"
Cara sebut "haa" macam Nasir Bilal Khan tadi yer. Hihi.


Kadang suka jugak tanya "buuu lepas tu?"
Ibu jawab "threee"
Faiq jawab " oooooooo" dengan mimik muka puas hati sangat dengan jawapan ibu haha.

Ibu pening soalan Faiq macam tak ada kaitan haha.
Ok la tu jela yang aku ingat. Rindu ke anak pula nihhh


hai boypren ibu :)


4 comments:

.hasina. said...

pandainya lahai faiq.. rindu gok kt naurah ni. sobsssss

nZaOdonut said...

cumellll Faiq :)

Diana Rashid said...

mulut beck seronok kalau layan besembang..

Hana Soffelia said...

Big boy faiq. Suka main masak2 tu win. haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...