BLOGGERIANS

Monday, November 17, 2014

Niat pun boleh jadi....

Hi.

Lama betul rasanya tak buka blog. Bersawang dah ha. Instagram pun tak ber'update'. Kenapa begitu? Heheks.


Last week... hari Isnin je aku masuk opis. Malam tu dah start rasa kepala berat.. ish nak demam ni. Aku ni jarang demam. Memang jarang sangat. Paling lama dulu demam cikungunya tu lah.  

Bangun pagi je kepala berat. Hidung tersumbat. Both! Badan panas tapi seram sejuk so memang demam lah kan. First day demam pergi klinik . Nak cepat punya pasal aku g klinik yang dekat2 je... memang bukan panel.

Faiq pun demam jugak. Mata bertahi2 kuning hijau. Bangun pagi mengamuk sebab mata tak boleh buka. So cek la sekali ibu dan anak. Aku bukan la pemakan ubat yang tegar. Selagi boleh elak memang ku elak. Ingat nak amik MC je sehari sebab kalau nak g kerja pun aku tak larat. Maklum la aku kan travel jejauh. Kang pitam pulak dalam train. Dah alang2 MC pun banyak.. habiskan jela. Rugi pulak tak guna kan... heh.


Disebabkan bukan panel... makanya kena bayar RM110 kau. Terperanjat beruk mak. Nasib baik cukup duit den haha. Takpe nanti claim balik.



Hah sebut pasal MC ni. MC aku tahun ni banyak lagi. Aku baru guna sehari. Hebat. So hari Isnin yang aku masuk ofis tu... aku clearkan la balance leave aku... dok tercongok depan portal GEMS tu ha... aku berkata dalam hati "ISH BANYAKNYA MC AKU NI.... SAYANG NYA LA HAI TAK GUNA"


Aku cakap dalam hati je ok. Demi Allah tak ada niat lain. 


Sekali malam tu demam. Kaw kaw punya demam Allah bagi. Memang aku tak larat langsung nak melayan Faiq. Demam nya on off. Siang aku just pening lalat nak pitam.. hidung tersumbat... telinga pekak sebelah...tekak perit... malam pulak demam campur dengan pakej sakit siang tuh. OMG. Memang rumah tunggang terbalik. 


Selasa - Khamis aku demam. Jumaat pagi bangun tido macam ok. Aku pergi kerja. Serba salah pulak MC lama2. Pagi ok.. menginjak ke tengahari mula rasa seram sejuk balik. Tak tahan badan aku. P mintak MC kat klinik bawah. Terus cakap kat boss nak balik. Half day lah aku hari Jumaat tu.


So hari ni hari Isnin. Rasa dah ok. Tinggal batuk, selsema and telinga pekak sebelah. Tak tahu la kenapa. Sebab tanya doc.. doc tak jawab. Tak selesa tau dak................. huwagrrrhhh!


Member opis kata aku kena VIRAL FEVER sebab tu demam on off. Sebab sepupu dia pun kena. Lambat sikit nak elok. Kena ambil antibiotic. Ermm patut laa...


Aku rasa dah 3 kali aku berniat  sekadar cakap dalam hati tapi betul2 jadi. Ermm.

6 comments:

idzwa kamaruddin said...

take care..

CikNaa said...

eh betul yana.. kadang2 dalam hati 'lama dah bebudak tak demam'esok lusa tu demam..uuu kebetulan kot..

Allene said...

kalau viral fever, doctor lin suruh amik vit 1000 mg. sehari 2x

.hasina. said...

sy pun jenis takut nk MC lama2 even btl2 sakit.
utk tahun ni sy MC 3kali je kot. rasa serba
salahkan nk MC huhu...

Diana Rashid said...

harai ni saya bw banyak blog cerita pasal demam dan selsema..risau nya..semoga cepat sembuh ye..

mommychaa said...

cerita pasal telinga pekak sebelah ni aku ade experience. masa ngandongkan kayla aritu telinga aku mmg pekak sebelah, bangun jer berdesing hoi. sampai kalo org ckp aku kena selak anak tudung aku baru leh dengo, tapi lelama after half year pekak tu ilang sendiri. merasa jap jadi OKU bila pekak sebelah. kakakakaka!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...