BLOGGERIANS

Friday, November 7, 2014

patutlah kena...

Minggu lepas husband ajak ke KPJ Seremban. Sepupu aku kena tahan wad sebab kena kencing tikus. Sepupu lelaki. Rapat jugak la kecik2 dulu. Alhamdulillah boleh masuk kepala dengan husband. Tu yang husband beria ajak pergi tengok. Ikutkan hati aku malas sebab penat balik kerja. Kalau boleh balik kerja memang nak melepak depan tv je. Tetamu is not allowed. Heks.


Husband beriya ajak pergi. Katanya

"sepupu sendiri sakit pun tak nak pergi melawat!"

Err  baiklah. Bukan tak nak pergi. Badan penat. Ceh alasan.


Ke KPJ Seremban la kami. Ok je la sepupu... just kaki bengkak.. lemah lemah sendi. Aku rasa macam demam cikungunya kot. Aku pernah kena dulu. Memang lemah sendi.


Sepupu cakap dia demam on off. Awal nya ingat demam biasa.. pastu mula rasa jantung berdebar over dari selalu. Bila pergi klinik doc cakap tekanan darah tinggi ni.... ada 2 -3 klinik gak pergi. Cakap benda sama. Sudahnya ke KPJ terus kena tahan.


Sepupu cakap dia memang tak ada selera makan langsung... rasa nak makan kuih muih je... kuih manis manis jela... macam donut.... dan yang paling heaven kalau dapat kuih longkang.


Senyap seketika dalam wad tu.


Aku, husband and wife sepupu terdiam memandang sepupu yang sedang bercerita. Err macam tak boleh hadam la tadi.

Boleh ulang lagi sekali???



Terus terburai gelak dalam wad tu. Kahkahkah. Faiq terpinga pinga jer.


Ko bayangkan kan longkang macam mana rupannya?


Ini yang bersih.



Cuba KOTOR macam ni? Hahahahaha





Sebenarnya sepupu nak cakap KUIH LENGKONG. Ni bahasa negeri sembilan. Bahasa KL nya kuih agar agar .. tehehehe




On the way balik husband cakap "patutla kena kencing tikus. makan kuih longkang" 

KAHKAHKAH siot je

2 comments:

nini said...

hahahah kuih longkang pulakkkkk

mommychaa said...

kahkahkahkah!
ur husband buat lawak tu...
agagagagaga kuih longkang apekah? agagagaga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...