BLOGGERIANS

Wednesday, November 19, 2014

Tak ada yang serius hihu

Hi.


Semalam aku MC lagi. Berderet - deret dah MC aku haa. Apa boleh buat... bukan aku mintak... aku terniat je. (Refer prev entri hihi)


Isnin aku masuk opis tapiii masuk tengahari dah mula pening.  Menangkap ke kepala. Kalau demam batuk selsema boleh tahan lagi.  Ni pakej dengan sakit kepala pusing2 dah tu telinga pun pekak sebelah.  Memang tak boleh blah betul. Member kata MC je. Aku nak amik MC tapi dok fikir nak balik naik komuter jap lagi dengan kepala pusing makanya aku hold dulu la... p tido kat surau dengan harapan..... bangun nanti hilang la sakit kepala. 


Bangun tido lagi pening. Dengan sejuk. Demam balik nih. Ayoyo. Sudahnya tumpang member opis... balik dengan dia. Sebab dia duduk Senawang. Takdela awal sangat balik pun... kul 445pm gak kuar opis.


Sampai rumah memang tak terlayan Faiq. Sian dia. Sampai satu tahap termenangis sebab terlalu sakit kepala aku. Tak pernah rasa macam ni. Faiq dah cuak. "Baba... bu nangissshhh!"  Beria2 dia bagitau baba. Hihi. Alahai anak ibu. Husband tanya Faiq. "Adik buat apa kat ibu? Kacau ibu ke?"

Faiq jawab "tak ado"  dengan muka blur... terus melalak. Ingat baba marah dia.


Malam itu ibu jadi pesakit. Baba picit kepala. Faiq picit kaki. Auww. Hihi.


Selasa MC. Malam baru dapat pergi klinik sebab husband kerja. Pergi klinik yang first day pergi masa day first demam. Cakap dengan doc nak amik MC je doc tak nak ubat. (Sebab ni non panel nanti kena bayar) 


Doc macam tak nak bagi je MC kan. Aku pun cerita laaa.. aku dah demam since last week. Ada datang klinik ni lepas tu tak elok2 g klinik lain pulak sebab tak sanggup pula nak bayar... huahua... ada datang opis pastu demam berbalik balik.

Doc tanya "tak ada amik darah ke? Demam lama ni bahaya takut denggi"

Ku jawab "Hah itu yang saya pelik kenapa klinik tak amik darah saya?"

Doc pun amik darah. Ni la resultnya. Doc punya panjang lebar explain. Mak tak paham noks. Yang ku faham HB LOW, PLATLET RENDAH. 


Doc cakap PLT aku dikira rendah sebab selalunya NORMAL dalam 200 ke atas... so kena berjaga2 lagi 2 -3 hari kalau demam balik... kena amik darah lagi.



Aku paling lemah bab2 kena makan ubat ni. Bukan takut ubat... masalahnya tak boleh nak TELAN! TERCEKIK! haha. Solution nya kena tumbuk la uols. k babai. Hahaha cam budak kecik :D


bau dia kemain HARUM mihmihmih


6 comments:

Yana Ujang said...

bahya oii demam lelama..len kali klu klinik x amek drh u request je nk amek drh..berani tau biar kn demam lama²...huhu klu i ni dh trus pi sepital..hahaha ngada tak? :p

oke tang mkn ubt kena tumbuk tu kelakar..last dgr psl org mkn ubt gini ms kita sekolah rendah..eh! >_<

diana aziz said...

Sama! sy pon takleh mkn ubat.... euuwwww... tercekik aii

.hasina. said...

Preggy kot kak hihi

Diana Rashid said...

hehhe..makan ubat kena bagi hancur dulu ye??kalau saya pulak ,hancur macam ni lagi saya tak boleh makan sebab pahit.kalau sebiji2 gitu tak rasa pahit pun.telan je ..

Didie Kamila said...

semoga cepat sembuh..cuaca skrng pn x mnentu kn..

Hana Soffelia said...

get well soon yana. Makan ubat tumbuk pun tumbuk lah, janji cepat baik ye. hahaha

Hana pun jenis selalu HB low. cepat pening kepala smpai nak pitam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...