BLOGGERIANS

Tuesday, December 2, 2014

Cerai susu boleh buat anak demam ke?

Hi.


Dah 2 hari Faiq tak menyusu badan. Aku dah berjaya ke ni?


DAY 1

Aku letak asam jawa kat nipple. Faiq hisap and buat muka pelik "Buu pedas". Lepas tu gelak berdekah - dekah dengan baba. Hahaha. Lambat sangat nak tunggu dia tido. Dekat pukul 1am jugak lah -_-   ini kalau mengempeng dah lama mentido. Ok ibu is sabar tahan mata. Ada je alasan dia tak nak tido. Nak main basikal la. Nak amik senapang la. Nak tengok spongebob la. Layann.


Pukul 245am terjaga Faiq nak menyusu. Badan panass! Adehh. Demam ni. Terus basahkan kepala, tangan , kaki, lap - lap badan bagi panas keluar. Minum air kosong banyak - banyak. Ubat demam tak ada pulak tuh. Pukul 4am baru dia tertido lepas pokpok montot.


Siang OK. Rugi cuti ibu terpaksa EL on Monday. Malam start dedar -dedar balik badan.


DAY 2

 Masa nak masak air nak bancuh susu dalam botol... cakap kat Faiq "adik tak boleh nenen tau... nenen baby punya.. adik dah besar... kena minum air kosong"

Faiq jawab "OK"

Malam tadi nak tido aku sapu lagi asam jawa kat nipple. Both. Faiq nenen pastu gelak berdekah - dekah dengan baba. "Nen ibu pedas. Pe bu ni".

Hihihi. Taktik berhasil.

Malam tadi tido pegang nenen. Dapat menyelit amik bau pun jadi lah. Siap bercakap sorang - sorang mengulang lagi cakap ibu masa masak air tadi "dik tak boleh nen. Ni baby nye. Dik dah beshaa.. dik minum air cong je".  Huwaaa nak nangis ibu.

Dekat pukul 1am jugak baru terlelap. Dok usap - usap belakang badan.. usap kening dia... baru tido. Sian anak ibu. Bagi botol susu tak nak.

Pukul 3am dia terjaga. Badan panas. Aku kejutkan sebab nak basahkan badan dia. Basahkan kepala, lap - lap badan. Pastu Faiq mintak air Vitagen. 2 botol habis licin. Bersungguh minum. Alahai siannya anak ibu. Pastu mintak nak makan mee goreng la... roti la.. biskut la.. nasib ada sotong goreng lebih malam tadi tu. Bagi makan 2 ketul dah kenyang sendawa.


4am++ baru terlelap balik. Sambil pegang nenen menyelit bawah ketiak.


Sedihnya. Terpaksa pisah nenen. Yang pernah lalui je faham. Sob sob.

3hb Dec ni genap 2 tahun 5 bulan. Sejak dok acah - acah tak bagi nenen ni mula la dedar - dedar badan. 2 hari tak bagi nen terus demam. Tapi demam malam je. Wean off boleh buat anak demam yer tak... culture shock kejap. Sian anak ibu... kuat ok ? Sobb sobb



2 comments:

Fifi Nadhrah said...

teringan mase wean ogg ufairah dulu.. sedih,..

salam kenal dari fifi..

RedLife2Love said...

part letak asam jawa tu mmg klakar ok. aku baca ulang2 pastu gelak. hahahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...