BLOGGERIANS

Monday, December 8, 2014

Cubaan membuat donut ball

Tak plan pun nak buat Donut Ball ni. Secara kebetulan je. Sabtu pagi tu g breakfast kat luar then singgah pasar nak beli daging. Rasa nak makan kari daging macam dalam cerita Menantu VS Mertua. Sekali ternampak Mauripan. Beli la 1. Mana tau nak buat donut ke kannn.. tehehe. 


Kebetulan petang nak ke rumah Pak Lang ada kenduri doa selamat sempena nak pergi Umrah nanti. So delay2 akhirnya husband cakap tak payah la masak. Err rasa bersalah tak masak pape. Terus teringat nak buat donut bahahaha. Dah beli Mauripan kannnn -____-'


Apa lagi... GOOGLE la! Bahaha mak2 sekarang apa2 pun google sajo :D





Bahan yang diperlukan adalah:

  • 3 cawan tepung gandum (ayak sikit kasi halus texture nya)
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 cawan air suam
  • 3 sudu gula
  • 4 sudu susu pekat manis
  • 1 peket mauripan
  • 1 biji telur
  • 3 sudu marjerin cair





So yeah mari memasak bersama anak. Letih berkemas pastu. Takpe janji tak mengacau mak


Cara buat donut ball super senang:

  1. Campurkan tepung dan garam 1 bekas
  2. Susu pekat dan gula masukkan dalam air suam tadi. Bila dah larut baru masukkan mauripan. Kasi mauripan kembang macam buih teh tarik tu. So nanti donut naik cantikkkk je macam contoh gambar kat atas.
  3. Campurkan marjerin cair dengan telur. Tak payah pukul beria sangat telur tu. Kacau sikit2 je.
  4. Campurkan bahan dari no 1 - 3 dalam 1 bekas. 
  5. Gumpal2 kan ikut bentuk yang korang suka. 
  6. Biar setengah jam
  7. Goreng
Siap punn! Haha





















Husband cakap sedap giler. Luar garing dalam lembut je.. hihi. MIL pun cakap sedap! Kahkahkah. Kebetulan PIL datang rumah. Nasib baik buat donut kalau tak...tak tahu ler nak hidang gapo opss hihi


Resepi ni sedap gak la.. tapi kalau ikut tekak aku... Mauripan ni guna setengah peket je better kot.... sebab bau dia macam kuat sikit kan. Yang lain OK sajo. Cicah sambal sedap ni hahaha


P/S : Adunan ni memang lembut sikit. Letak tepung sikit kat tangan masa nak membentuk donut iteww



5 comments:

.hasina. said...

mcm sedap je. dah la favorite sy donat! heeee

Aeen said...

comel donat bulat2 mcm ni..makan pun senang...sekali ngap je kan..

Nur Inani said...

boleh la try buat lepas ni :)

mommychaa said...

cicah sambal sardin pon sodap wei!

Fifi Nadhrah said...

nampaks edap.. boleh cube ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...