BLOGGERIANS

Friday, December 5, 2014

Dah pandai demand

Hati aku ni tak berapa kental sangat kot. Day 3 Faiq dah dapat nen dia balik -_-'

Antara puncanya :

  • Aku sayang kualiti tidur aku ^_^'
  • Aku tak larat bangun pagi
  • Kepala aku pening bila bangun nak pergi kerja
  • Faiq tak nak langsung botol walaupun dah beli botol paling comel. Blerghh -_-


Nampak sangat penyebab GAGAL dari aku sendiri. Haih.

Bila cakap kat husband. Ni jawapan dia. "Takpela kita slow2 je... "

Fuh nasib dia tak gelakkan aku yang hangat2 taik ayam ni. Bahaha.

Aku plan nak start balik malam ni. Weekend kan. Tak dela rasa pening lalat sangat bila bangun pagi. Hahaha.

So sejak dapat nenen ni.. Faiq dah pandai DEMAND.

"Buu dik nak nenen bu. Cepat sikit aaaaa!!"  - ni mood tak berapa baik.
"Buu dik nak nenen bu. Tak pedas pun....." - ni mood baik. Merujuk pada asam jawa yang aku letak kat nipple. Haha

Hamboi detik hatiku. Siap kau nak minggu ni NO NENEN. Hahahaha


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...