BLOGGERIANS

Monday, December 22, 2014

Family Day - Glory Beach Resort PD

Weekend baru2 ni PIL ada Family Day di Glory Beach Resort PD. Follow sekali sebab mengenangkan tak ada aktiviti apa2 n boleh bawa Faiq main air sekali. Glory ni aku rasa memang popular kalau orang nak buat family day. Sesuai la untuk family besar2. 


We all dapat Tingkat 10. Menggigil lutut tengok bawah. Padahal kat opis tingkat 55 takde pulak rasa seram gayat ke apa. Maybe sebab bertutup kan... yang ni open je... risau je sebab Faiq kan lasak. Seram sejuk gak terbayang bukan2. Nauzubillah...




Nampak tak Paradise Spa Hotel kat hujung sana tu... hihi





View dari balkoni



Ada 3 bilik. Disebabkan kami dapat Tingkat 10, makanya bilik lagi 1 terletak di Tingkat 2. Rasanya itu Master Bedroom kot. 



Astro ada... ok laaa...








Haaa nampak tangga tu... tempat mainan Faiq tu. Maklumla rumah awak tak bertangga haha







Ni bilik kami 3 beranak.  Aircond kemain bising haha. Teringat masa nak beli aircond untuk rumah.. Cina tu cakap tak payah beli York sebab bising. HAHA.

Aku and Faiq je tido bilik, Hubs tido luar sebab katil sempit sikit. Kami kan tak biasa tido atas katil. Boleh pulak pukul 2 pagi kot Faiq terjatuh katil.. aku dengar sayup2 je suara Faiq panggil "Buuu? Buu?" hahahaha




Dah settle semua we all turun bawah laa g mandi kolam....





Berpimpin tangan gitu. Amboi dah jumpa atok nenek... ibu tinggal belakang sob sob haha





Tengok kat bangunan tu.. kenapa tak cat sampai habis? Hahaha





Nampak tak chalet ke apa kat dalam air tu? Chalet apa tu ek? Sebab macam best hihi





Dalam ni ada anak penyu... 



MALAM





Dalam gambar ni nampak macam pemalu nya anak teruna iols... tapi sebenarnya setiap meja dia menyinggah. Selamba dok kat pangku orang siap usha hp orang tengok kartun.. hahaha






Overall dinner malam tu sedap. Nasi goreng nampak macam tak best tapi sedap boleh tahan hehe.



AHAD - Pagi


Breakfast dulu. Disebabkan nama kami laki bini tak termasuk dalam invitation list. Makanya kena bayar RM20 per pax. Tapi tak banyak pilihan sangat sarapan. So macam tak berbaloi pula RM20 tu. 


Eh TAPI ada CLOWN. Faiq panggil MAN. Ingat Spiderman ke apa -____-


Nasib baik ada Pak Lang and Acu tolong layan. Ibu tak kuasa nak beratur der haha. Budak lelaki dapat belon bentuk pedang... budak perempuan dapat bentuk love... sekali turn Faiq dapat senapang. HAHAHA. Bertuah punya anak. Orang lain 1 je belon.. awak 2 belon haha.




Muka malu2 tapi MAHU. 


Cer FOKUS dekat2 haha.



Haha tak boleh bla muka malu2 Faiq.




Dah breakfast g pantai. Macam2 aktiviti kat sini. Seronok tengok family berkumpul macam ni :)





Pukul 12pm check out. Lunch kat hotel tapi tak sedap. Hihi. 



So overall aku rasa Glory ni best untuk family besar. Lif dia jela problem sikit. Dari tingkat 10 tu kalau nak turun tak boleh ramai2.. 3 orang je boleh masuk.. kalau tak nanti lif berbunyi. Agaknya sebab nak pick up orang kat tingkat bawah2 kot... huhu.


So kitorang check out TURUN TANGGA. Hohoi sekian. Ok jela bagi aku sebab dah biasa haha.



5 comments:

Julia Johari said...

Hi dear, julia pun baru lepas pi PD bulan November 2014, masa tu tak ramai orang lagi sebab pi waktu bekerja, itulah nama yer chalet Lexis, mandi kolam private pool weeeeeeeeee....syok kan

MissNadia said...

mmg gayat nampak tingkat 10 ni, bahaya juga balkoni terbuka yaa.. turun tangga dari tgkt 10, exercise betul ni.. huhu

.hasina. said...

best kan glory ni? pernah gak duk sini so far ok ok je.

hehh faiq malu tp mahu tu so cute ^^

idzwa kamaruddin said...

Meriah :)

Jen Jen Areff said...

comel muka malu2 tp mahu faiq tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...