BLOGGERIANS

Thursday, December 11, 2014

Orang Ketiga

Aku terbaca tadi… kahwin cerai.. macam mudah sangat. Kebanyakan adalah campur tangan pihak ketiga.


Eh pihak ketiga ni tak semestinya perempuan/ lelaki lain.


Pihak ketiga boleh jadi - mak/ ayah, mertua, ipar duai, kawan2 dan sebagainya.



Haaa berhati2 lah yer. Kebanyakan sekarang dah kahwin duduk menumpang rumah mak/ ayah or mertua. Kadang tu sebab tak mampu. Kadang tu sebab ada masalah lain. Lepas tu berlanjutan mengandung, beranak pinak.. anak mak jaga. Lepas tu beranak lagi. Mentang2 mak tu duduk rumah je kan… kena pulak jaga cucu. Eh aku tak menuding siapa2. 

Cuma aku terdengar mak saudara (yang jarang2 ketemu) bertanya pada mak aku "Eh kaktih jaga anak kakak lagi ke?". Hanya satu pertanyaan terus buat hati aku tersentap. Kejadian semasa kenduri doa selamat uwan nak menunaikan Umrah.


Terus aku terimbas kembali zaman berpantang.  


Aku menumpang juga rumah mak abah hampir setahun. Mujur setahun tapi rasa 1000 tahun. Naik tebal muka tapi terpaksa. Yer rumah mak abah sendiri tapi still la kan tak ada privacy. Kena kawal segala tingkah laku..


Pendapat aku banyak buruknya bila menumpang rumah mak ayah / mertua ni. Kalau kau dah berkahwin… please lah cari rumah sewa. Usahakan walaupun tak mampu. Jangan susahkan mak ayah/ mertua walaupun mereka offer untuk tinggal bersama. Mak ayah/ mertua yang tak bekerja … yang sepanjang masa kat rumah ni… mereka perhati…. Perhati dan bercerita. Bercerita pada siapa saja yang mereka selesa. Dan akan buat andaian sendiri. Padahal yang mereka nampak cuma luaran. Apa jadi dalam bilik tunggang langgang kau menangis tiap malam pun orang tak tahu. Ini bahaya.


Orang kata 5 tahun pertama perkahwinan memang diuji macam2. Permulaan perkahwinan mana ada yang senang kan. Lagi2 bab duit.

Tinggal beberapa hari je lagi nak masuk tahun 2015. Dan umur aku 29 tahun. Hahah. Mak dah mula berbunyi - anak si polan tu dah nak masuk 2 dah. Anak si polan tu dah nak masuk 3 dah.

Aku hanya diam tak berkutik. Macam dah sedia tapi macam belum sedia. Igauan zaman berpantang Faiq dulu masih teringat2. Kang terflashback balik macam mana? Ngeri. Hahaha okbai.  



3 comments:

Aeen said...

setuju sangat..kite ni lagi la dah 3 tahun kawen still dok ngn parents lagi...dan insyaAllah awal tahun depan dapat dok rumah sendiri..walaupun dok ngn parents sendiri still rasa x selesa...xbebas nak buat apa sangat...ada je benda yg x kena bg dorang..

Diana Rashid said...

betul..baik duduk sendiri..banyak baik dari buruk nya..

Fardilla Fawzi said...

Betol tu..saya dah merasa dua2...

Rasa lebih bagus tggl berasingan dgn parents walau susah mana pun life kita.Tak sabar nak balik sendayan balik....heee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...