BLOGGERIANS

Thursday, December 18, 2014

Sambal Gesek Ikan Bilis

Lepas baca blog Erin and Micha.. hai dua2 pakat entri lebih kurang.. telan ailio aku. Aku kalau bab2 cili api ni... memang tak boleh tahan.. jam tu jugak aku nak... walaupun sebenarnya tak kuat pedas pun. Hahaha. 


Maka, marilah buat. Senang je pun sebab bahan semua ada je dalam fridge. Heh. 


Memandangkan husband cakap dia kenyang malam tadi. Aku masak nasi 1 put je. Ngam2 aku and Faiq jela. Heh. Sekali husband dok ngintai kat dapur. Hai terus amik pinggan hahahahaha. Aku ingat dia tak layan mende gini. Heh. Hoi nasib baik cukup nasi. Haha.


Senang je buat nya. Bahan pun ikan bilis, bawang putih and merah.. cili api. Goreng semua then tumbuk. Eh dak Faiq kalau nampak aku pegang lesung.. dia pun join.... so aku bagi dia tumbuk ikan bilis je.. hahaha. Puas hati bujang kecik tu. Hihi. 




Ikan bilis tu bila dah goreng kena sejukkan kejap. Kalau tak nanti tak rangup ler ikan bilis uols hihi






Ni la hasilnya. Perah sikit limau kasi rasa2 masam sikit. Eh tapi aku letak garam and gula secubit hehehe




Ok malam ni nak buat lagi kot. Ada orang request pulak haha


5 comments:

MissNadia said...

wah.. sedap. nak cuba juga

mrs gold said...

ooo...ada macam2 cara nak wat sambal ni ye...mak mertua MG tumbuk dulu baru goreng :)

Didie Kamila said...

kalau ada petai lg sedap..mkn pulak dgn nasi panas..huhu..

Diana Rashid said...

erm..nampak sedap nih..lagi2 saya ni suka ikan bilis..heheh

.hasina. said...

alaa sedapnya. selalu jgk ni buat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...