BLOGGERIANS

Tuesday, February 11, 2014

Pengasuh : orang luar OR family?

Satu – satunya adik ipar perempuan baru je nikah last weekend. Review nanti la… tunggu gambar cantik – cantik dari OP diorang dulu :D

Masa kenduri tu aku tak ada la menolong sangat… maklum la anak bujang den tu tengah melasak. Mana nak tolong kenduri .. nak tengok anak lagi…. Jangan memain budak kenit tu…. hari tu dah jatuhkan patung dekat Seremban Prima. Bedorai patung.. geleng kepala amoi tu…  nasib tak kena bayar… ibu urut dada… hehe

Masa merewang .. sambil tengok anak berkejaran tak gheti penat tu… ku duduk bersembang dengan isteri pada sepupu husband. Nak panggil apa ek? Pangkat kakak la… anak 2  sudah. Baru jela dapat 2nd baby… still dalam pantang lagi.  Masih PJJ dengan husband. Cerita bermula bila dia tanya aku Faiq siapa jaga? Sebulan berapa? Aku cerita jela….

 So dia pun mula la bukak cerita… anak 1st kakak sendiri jaga… sebulan RM400. Kalau 2  anak kakak dia mintak RM600. Tak ke MAHAL tu? Dah la tiap2 bulan dia bagi makanan… anak bukan makan sangat pun… patutnya kalau family sendiri yang jaga… tolak ansur la kot…. Amik lebih kurang jela… kan….

So sekarang dia tengah dalam dilemma.. nak cari pengasuh baru OR hantar kat kakak dia lagi? Kalau RM600 memang tak cukup la... makin berhutang lagi ada la katanya....

Pendapat aku?? Better cari orang luar la jaga... at least kita tak menyusahkan kaum keluarga... tak ada cakap2 belakang nanti... hehe.... kadang2 lagi senang berurusan dengan orang luar ni :D


What say you? J


Tuesday, February 4, 2014

Petua kecantikan Soo Winci

Suka nengok Masterchef pun sebab ada Soo Winci ni haaa... ahaks! suka tengok perempuan cantik2 ni. Kulit dia cantiknya... pinkish2 kan... dah la pandai masak... untung la siapa yang dapat lol


Anyway, hari tu tengok Nona. Soo Winci kongsi rahsia dia jaga kecantikan :) katanya dia sukakan yang semulajadi. Sehari dia akan kisar 5 jenis buah yang berlainan warna. kisar dengan 1 liter air masak. minum dalam masa sehari. bagus untuk detox. Seminggu boleh turun 3-4 kg. Perghhh. aku nak try balik la...  dulu ku rajin jugak blend2 buah ni. Tomato + carrot + madu. Sekarang dah tak menyempat. -.-'


Ok untuk menjayakan misi ini, aku nak beli Shake n Take tu la... kat mana ada jual murah ek? kih3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...