BLOGGERIANS

Sunday, July 27, 2014

Last day kat ofis sebelum cuti raya seminggu

Hari ni dah Ahad. Esok raya ek .. kejap je pulak rasanya. Huhu.

Btw, Jumaat hari tu aku kerja lagi. Sayang cuti babe... selagi boleh kerja aku kerja je... heh. Mood nak raya tu biasa2 je. Dah tua2 ni tak ada fikir sangat bestnya raya hoh gitu.... baju raya pun last minit. Yang penting baju anak kena settle kan dulu khennn..

Tahun ni raya sebelah aku dulu... sebenarnya aku tak kisah pun raya kat mana dulu.. hihi. Dulu masa awal2 kawin ye la kalau boleh nak berebut hihi. Tapi dah masuk tahun ketiga perkahwinan tu kan dah rasa biasa je... tak kisah mana mana pun... raya kat kampung baba Faiq lagi best sebenarnya haha.


Haruslah berselfie dulu dengan geng geng secretary.. eh sebenarnya cik boss aku cuti hari Jumaat tu... tetiba dia masuk pulak ofis sebab ada meeting. Terkujat mak. Sebab big boss dah bagi balik pukul 12. Aku cadang nak cabut pukul 12 sharp. 1140~ boss aku masuk opis.. dah la time tu kitorang geng secretaries dok melepak kat sofa depan. Hahaha. Tapi cik boss senyum means mood baik hahaha.






Posing kat tempat yang sama je pun hahaha. Ok la kawan2 jumpa semula lepas raya hehehe. Bersedia untuk undangan open house group TM. Wakaka


Balik raya

Selamat hari raya buat semua pembaca blog iols heheh.
Weols otw balik.
Kejappppp je lagi sampai hihu

Eh mana Faiq?
Faiq tengah mengamok dok bawah berguling guling
Lantak mu la anak uii
Ibu dah letih pujuk haha

Thursday, July 24, 2014

Anak kedua : dah ready ke?

Sejak dua menjak ni asyik dok terfikir je macam nak bagi Faiq adik. Yela Faiq asyik bagi hint je dah boring sorang sorang haha. Asyik main dengan Spiderman aka MEN. Bila aku and baba Faiq tak nak layan dia kang.. mula la dia bawa diri ajak MEN main haha. Naik basikal... MEN duduk belakang. Pakaikan MEN pampers. Ajak MEN mandi. Pakaikan MEN bedak. Hahaha. Kadang kesian. Lawak pun ye gak. Bila tanya "Faiq nak adik ke?" Dia jawab NANAK. ahaks!


Dah tu geng mommy gojes yang sama batch masa pregnant anak 1st dulu pun ada yang dah bersalin anak 2nd pun.. ada yang baru nak preggy. Aku ni bila pulak? hahaha. Aku ada macam sedikit fobia jugak sebenarnya masa berpantang dulu. Erm tak mau cite lah. cukup simpan sorang sorang. Kalau ada rezeki pregnant kali kedua... ermm maybe aku nak berpantang sendiri kat rumah sendiri hihi. Maybe seminggu pertama rumah mak. hee. Ececeh... dah plan dah ni kahkah. Faiq aku hantar rumah pengasuh dia kejap ke kan... lagipun dekat. Alhamdulillah la aku dapat pengasuh yang baik.


Dah nak raya ni bersedia la dengan pertanyaan orang bila nak bagi adik?eheh tau dahhhh :D

rinduuuu perut boyot hahaha

Orang kata anak kedua ni lebih cool ek? Selalu yang sulong ni banyak ragam sikit... yang 2nd cool hihi

Err macam dah terbayang bayang macam mana rumah jadi tongkang pecah bila dah anak 2 nanti ni hahaha

Mood : verangan :D

Wednesday, July 23, 2014

konsisten

Aku ni seorang yang sangat la jarang nak konsisten buat sesuatu benda hehe. Buat blog pun kejap update beriya. Kejap tinggal diam seribu bahasa :D kejap suka berbisnes tarik perhatian orang.. kejap kang rasa macam nak privacy tak suka diganggu gituu



Maklumla komitmen dah banyak katanya... heh alasan sangatt. Kadang rajin bebenau mengemas rumah. Kadang alahai malasnya nak kemas lantak la rumah macam tongkang pecah. Bukan apa, aku kemas kang.. yang si bapak tak nak bagi kerjasama kemaskan balik. Benda simple je kadang tu. Aku kalau mandi.. .aku suka lap badan kering kering baru keluar bilik air... ni si baba Faiq tu.. dengan kuyup kuyup keluar bilik air pastu berjejeh air atas lantai. OMG mak tension ok haha. Pastu si anak pun sama (eh anak boleh la dimaafkan)







Tapi ada satu benda yang aku konsisten buat iaitu pam susu. Sebab aku memang dah niat dari awal preggy.. yang aku nak susukan anak aku selama yang boleh. Aku tak nak bagi dia susu formula. Bukan aku tak percaya susu fm.. aku pernah cuba jugak bagi fm. Thanks to Faiq sebab tak boleh terima susu fm. Aku suka the moment BONDING TIME bila aku balik kerja tu mesti Faiq cepat2 sediakan bantal... remote, hp... tinggal aku nak baring je.. hehe.. tapi sejak dah pandai spiderman ni... mesti spiderman pun sama nak nenen jugak kahkahkah. Siap berlakon lak tu konon2 erkkk men dah kenyang hahaha.








Sayangnya nak buang.... ni bahagian chiller je ni... kat freezer hari tu penuh... aku dah buang.. sebab tak muat nak simpan barang lain.. penuh dek susu aku je... tapi bahagianya la hati bila bukak fridge nampak susu hihi. korang yang tak BF anak mesti tak faham. ingat senang nak kumpul susu banyak banyak hehehe


ikan bakar best di bazar seremban 2

Aku ni kan travel hari hari pergi balik kerja Labu - KL - Labu.. so jangan harap la aku dapat sediakan juadah berbuka untuk tekak baba Faiq. Heh. Asal boleh je. Nasib la baba Faiq mengerti ya ibuk ibuk ngee... terpaksa ok. tu yang asal hari jumaat je dah mengelintin ajak balik kampung nak rasa lauk mak masak lagi sodap haha. Opss hahaha


anyway, aku nak share 1 tempat ikan bakar kat bazar seremban 2 yang aku rasa best gak la ikan bakar dia kalau nak compare dengan bazar kat Labu tu hehehe... 2 jela bazar yang sempat pergi pun kahkah







Gerai bersih tu yang paling penting. Tuan kedai pun bersih :)





orang ramai giler. bazar ni kemain panjang.





 aku amik ikan talapia and pari je. 2 orang makan je pun. tamak haha




tengok sambal dia... perghhh





Tapi sedap macam mana pun tak leh lawan ikan bakar mak mertua aku buat. sedap giler weyy.. sumpah tak tipu. Aku tak ingat la bahan campuran dalam sambal ikan bakar tu.. nanti la aku mintak resepi kat mak mertua hihihi


Haaa ikan bakar ni sedap layan dengan nasi lemak. dan nasi lemak yang top kat bazar ni adalah nasi lemak mambau... ni pun tak sempat amek gambar. hehe segan la pulak beriya nau kan. hahaa

 
hari ni nak berbuka apa pun tak tahu ni :D

Friday, July 18, 2014

Manner

Selalu kalau kita nak call orang kan.... kita mulakan dengan Assalamualaikum.. or Selamat Pagi ... dah ada point nak tanya.... then ada PENUTUP sekali. I mean... OK THANKS

Ada la sorang ni bila call nak tanya boss mesti terus straight to the point.

Contoh "boss mana?"

Aku jawab "boss dah naik meeting"

Pastu dia terus letak ganggang.

Aku blur di hujung talian. Like EH MACAM TU JE KE?. hahahaha

Sebab tak ada penutup.

Kisahnya kannn... hahaha

Tuesday, July 8, 2014

Langsir raya

Tahun ni ada rezeki lebih so weols nak spend sikit ke langsir raya lah. Bajet aku dalam RM1000.
Aku suka langsir macam hotel tu.. kain tebal n aku tak suka ropol ropol sangat. Just simple. Tehehe


So hari Sabtu, kitorang 3 beranak ke Nilai 3. Ala dekat je tak sampai 20 minit pun hihi. Tak tahu mana 1 kedai nak p pun... Kitorang pusing2 je.Pastu mata ternampak 1 kedai macam dah nak tutup. Dia tulis situ 80% diskaun!!!!


Terus turun kereta. Kita serbuuu!! Haha. Pusing 2-3 kali dalam kedai tu. Akhirnya jumpa 1 kaler yang berkenan haha. Aku rasa macam rose gold kot. Harga semeter rm24.90. Bila dah kira kira... aku dapat RM17 je semeter. Tak ada upah jahit pun. Cina tu memang nak pindah bulan 8. So nak kasi clear habis


Total burn rm620. Ok lah kan.... Langsir untuk sliding door 2 pintu, sliding door 3 pintu, langsir untuk divide ruang hall n makan 1, langsir bilik 2.


Faiq tersandar keletihan hihi





Tu haa kedai nya yang tulis tutup lelong tuh
Siap jahit sekali dalam sejam...


balik je rumah terus pasang hahah semangat kau.. baba faiq bertukang.... faiq pun sama kahkahkah





Nah gambar langsir sipi sipi je uols. 
Jadi laaahhhh heee



Friday, July 4, 2014

Cara cara menakutkan beruk / kera

Kat kampung aku memang ada seketol harimau ni ha... hihi
Kalau first time tengok memang terperanjat wey
Sebiji macam harimau betul
Ish ish ish

Ketuk kepala harimau ni nanti dia keluar bunyi mengaum hee
Faiq buat main je harimau ni hihi

Haa letak kat belakang rumah. Confirm beruk takut dekat weyy haha

Bising kat hutan tu dengan suara dorang. Memekak bagitau member lettew ada ghimau kat situ muahaha

Faiq 2 tahun

Semalam genap anaknda beta 2 tahun.
Ermm syahdu pulak rasa. Tak tahu kenapa

Memang aku plan nak sambut bertiga je.
Lagipun bulan puasa.
Malas nak susahkan semua orang lagipun aku malas nak set up majlis bagai ni haha
Plan aku kek seketul secret recipe je. Lilin 2 ketul.

Kenapa tah tak jadi. Terus beli kat kedai kek biasa je
Tahu la kedai kek biasa. Kek dia ala2 je. Hehe
Ada tulis tulis tu jadi laaa khennn ☺ 

Lepas berbuka solat jap golek2... baru keluarkan kek faiq hehe
Husband pasang lilin kat luar rumah
Aku golek2 dengan faiq kat hall
Pastu husband masuk nyanyi happy birthday to you
Ahaks ahaks

Macam la faiq faham kan... hehe
Takpela anak.... nanti dah besar awak faham la yer
Ibu n baba tetap ingat birthday awak ok 

Sayangggg anak abu
Ok ABU lagi bukan IBU.
fine haha






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...