BLOGGERIANS

Sunday, August 31, 2014

Nak cuba jimatkan belanja dapur hihi

Aku kat kampung ni. Wifi laju sedap la meng'update' 😆
Anyway selamat menyambut merdeka uols.

Pagi tadi aku n husband ke Pasar Tani Batu Kikir.
Faiq tinggal sebab tido lagi.
Dah lebih 2 bulan kot tak jejak sana.
Kitorang macam blur eh mana pergi semua kedai? Haha
Selalu kan tepi jalan lot kedai jalan utama tu jammed sebab terlalu banyak kereta berlapis2.
Tau la pasar tani batu Kikir setiap hari Ahad memang tumpuan orang...
Semua barang basah fresh kot.
And aku rasa lagi murah 😂

So kitorang baru tahu la rupanya dah berpindah tapak ke bangunan arked tuh hihi
Agak keliru sebab pusing2 gak huhu
Tak jumpa pulak kedai cendol dok teringat air cendol sedap kat situ.. selalu area depan2 je huhu

Aku kira tadi total burn lauk tak sampai pun RM50 hehe 
Kengkonon nak try masak laa seminggu boleh tahan tak
Tadi pun beli udang galah 7-8 ekor... sotong sikit... ayam kampung sikit... ikan apa tah 4-5 ekor.. waa aku rasa murah jugak kot

Tengok laa boleh tahan ke tak seminggu hihi
Kalau beli makanan siap pun dalam rm20 gak per day for 2 pax. 

Ke arah penjimatan belanja dapur gituuu 😊 😊 😊

Friday, August 29, 2014

Rezeki hari Jumaat

Ehem ehem. Tadi kan pergi Nu Sentral dengan bff. Topup kad rapid dulu hihi. Tengok tengok ada orang sebelah terkial kial masukkan duit syiling. Mesin tu tak terima duit kertas dia rasanya. Aku tengok tambang dia rm2 je. Terus aku bukak purse kot kot ada duit singgit singgit boleh aku tolong.  Tapi ada singgit je. Aku ikhlas tak harap pun dia pulang balik singgit aku. Tapi dia bagi balik duit syiling dia. Aku ok je la. Habis macam tu je.

Baru ni tadi aku dapat order ESP + VITAMIN  E. Terus aku teringat adakah ni balasan Allah sebab aku tolong perempuan tu tadi? Mungkin dia berdoa semoga aku murah rezeki? Ya Allah rasa nak nangis. Banyak dosa aku tapi still Allah nak bagi rezeki  :(

So kat bawah ni serba sedikit tentang Vitamin E ☺

Alhamdulillah, Vitamin E ni juga salah satu produk terlaris shaklee. Tak kira si hawa atau si adam pasti menyukainya. Sebab apa?

Si hawa boleh pudarkan parut + kulit jadi moist + boleh buat masker letak di parut + boleh kurangkan jerawat.

Si adam pula boleh meningkatkan kelakian mereka serta boleh berusaha dapatkan zuriat.

Memang best produk ni. Setiap kali restock mesti cepat je habis. Nak? Boleh whatsapp kita laju2 ye :)

Antara kelebihan Vit E yang anda perlu tahu:

✔ Menjadikan anda tampak lebih muda dengan membantutkan penuaan sel yang disebabkan oleh radikal bebas.
✔Memperbaiki peredaran darah
✔Memperbaiki tisu
✔Melindungi paru paru dari pencemaran udara
✔Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan
✔Mengurangkan parut & masalah jerawat
✔Mengurangkan tekanan darah
✔ Membantu dalam pencegahan penyakit katarak
✔Meningkatkan prestasi atlit dengan mengendurkan otot kaki dari kekejangan
✔ Mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan menguatkan dinding kapilari
✔Menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat
✔Mengurangkan risiko Alzheimer (nyanyuk)
✔Merendahkan kadar kolesterol
✔Membantu mencegah pertumbuhan abnormal sel terutama kanser
✔Meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki
✔Juga dikenali sebagai ‘vitamin cinta’ kerana ia boleh membantu dalam perhubungan suami isteri
✔Membantu kawasan gelap areola mengecil dan warna puting menjadi cerah semula
✔ Membantu mengurangkan kesakitan akibat pre-menstrual
✔Mengatasi masalah kedinginan dalam perhubungan suami isteri di kalangan ibu menyusu

Boleh whatsapp aku untuk order  0173742670

Hihi alhamdulillah rezeki hari Jumaat katanya :)


Thursday, August 28, 2014

hanya kita

Aku dok buat 5S kat pc aku ni. Sekali terjumpa gambar gambar lama... sangat mengingatkan kepada SESUATU :) Pengalaman memang mematangkan :)

entri sedu sedan sikit petang - petang ni :D



Masa ni Faiq baru 4 bulan... gambar pertama aku snap guna smartphone pertama aku beli hihi. Samsung S2 je. Lain nya la hai rupa anak ibu dulu :) mendung je  hihi. Sekarang suka nau menganjing ibu kan... suka menyakat ibu macam baba. Pakngah Faiq cakap Faiq sengal ubi macam baba. Hahahahaha. 






Tak sabar sangat nak sampai rumah. Sebab nak peluk puas puas anak :( Tapi sampai rumah selalunya pukul 9pm.... anak dah mengantuk... memang aku kurus sesangat time ni sebab penat kot. Keluar rumah pukul 5am sebab nak kerjar komuter pukul 630 -640 . aku bangun pagi pukul 4am. Aku tidur malam pukul 11pm. sampai rumah pukul 9pm... terlalu penat badan aku rasa nak lunyai dah hehe



Lepas berpantang je dulu.. aku menumpang rumah mak abah aku. Hampir 6 bulan. Tak mampu lagi cari rumah sewa time ni. Dengan roadtax kereta mati. Tayar kereta botak. Dugaan sungguh. Company husband tak bayar gaji dekat 3 bulan. 1.1.2013 baru dapat rumah sewa tu pun selepas didesak oleh abah :(  masuk rumah sewa kosong je time tu. dengan tak ada langsir. tv pun tak ada. 3 bulan jugak la tak ada apa apa. banyak yang aku korbankan. 




balik kerja. makan. terus terperuk dalam bilik 3 beranak. dengan panas kipas tak kuat.. bersabar jela :)





dah hampir 2 tahun menyewa sekarang. hidup lebih tenang hihi. dah mampu nak pakai aircond alhamdulillah hee. kitorang tidur pun depan tv je. pasang aircond kat hall. berselubung tidur hihi


ini yang aku mahukan... rumah kecil... tapi hanya kita bertiga anak beranak.... :)



Tuesday, August 26, 2014

Behave sangat bila ada orang pandai melayan

Malam tadi adik ipar tidur kat rumah sebab dia dah cuti.
Dari utm jb.
Sebelum balik kampung. Singgah tidur kat rumah.

Faiq ni bila ada orang melayan memang behave sangat dia.
Kemain gelak sakan tak heran ibu pun.
So dapat la aku masak dengan tenang.
Hahah

Tetamu datang bawak rezeki.
Harus dilayan elok elok kan.
So aku masakkan sambal udang.
Ini memang fav adik ipar yang sorang ni.
3 kali tambah kau hahhaa



Tengok tu kemain seronok gelak besar haha. Aku pulak rasa nak tergelak tengok gambar ni kakakka




Air asam + belacan tu aku sorang je makan. Haha. Ada lagi balance dalam fridge. Hoi kecur liur tengok air asam tu. Orang panggil apa ek? Heee.


Fav food Faiq pun sambal udang. Good Faiq. Tak payah ibu nak masak banyak banyak. Kuat pedas budak kecik sorang ni. Tapi panas sikit tak boleh hihi




Serius memang tak menyesal beli pemanggang ajaib nih. Sedap giler rasa ikan kalau guna pemanggang ajaib ni. Rasa manis fresh ikan tu terasa rasa tau dak haha 



Tak payah angkat

Aku kan setiausaha.
So tugas hakiki aku adalah menjawab panggilan telefon.
Aku paling tak gemar kalau training provider yang call.
Dah laa time kita tengah busy.

Bukan nak kejap2 bercakap.
Dia akan soal selidik siapa nama AGM
Siapa manager
Kalau bawah boss aku jawab lagi la
Ni tanya boss division lain?
Siapa AGM dorang? siapa manager?
Amboi ingat aku ni tak ada kerja lain ke nak melayan kau?
Penat aku cakap elok2 prosedur training ni. Email la kat aku. Nanti aku forward ke staff berkenaan. Pastu nanti boss kena review and approve

Mesti nak melalui HR pe seme

Tak reti bahasa kot

Sudahnya aku save no tu TAK PAYAH ANGKAT
HAHAHAHA
Sebab aku divert no ke handphone
So senang nak detect hihi


Kadang tu aku reject je. Padan muka haha


Bedak = encem

Ni peel dia sekarang.
Pakai bedak... abis semua orang kena berbedak jugak.
Encem katanya hahaha.



Baba n Ibu pun kena pakai bedak jugak gahaha


Monday, August 25, 2014

Kek batik tak guna telur

Ini entri masak masak pulak hihi. Sabtu malam mak saudara buat makan makan. Open house kekdahnya. Mak mertua dah cakap 1 family 1 menu. Erm.  Apa lagi yang senang. Kek batik jela lol. Tapi walaupun tak banyak sangat bahan still habis nak dekat rm100 jugak. Hujung2 bulan ni paham paham la haha. Takpela sedekah bagi orang makan. 


Okay takpe, meh sini tengok cara cara aku buat kek batik yang super senang ni haha. Kek batik aku letak kacang tanah sebab aku suka kacang haha

Bahan bahan :
✔ kacang tanah
✔ susu pekat 
✔ biskut marie original
✔ buttercup
✔ milo

1. Aku sangai dulu kacang. Sangai tu maksudnya digoreng tanpa minyak. Dah ringan kacang tu.. asingkan kulit. Tumbuk kasar or blend kering je. Tak payah hancur sangat sebab tak best hehe ikut suka laa... tekak memasing kan

2. Butter + milo + susu pekat masuk dalam kuali

3. Kacau sampai likat. Api perlahan

4. Tabur biskut marie 





5. Letak kacang. Gaul.

6. Guna je bahagian dalam plastik biskut marie tadi untuk letak biskut. Tujuan dia nak memudahkan bawa keluar biskut untuk dipotong bila dah sejuk nanti (eh ayat macam keling haha)

7 .letak biskut dalam bekas yang ok. Aku guna bekas aiskrim je. 

8. Penyekkan dengan rakus haha. Kena cepat nanti biskut keras hehe. Ini tugas baba Faiq hihi



Dah setengah jam keluarkan la kek batik untuk dipotong hihi


Haaa nampak tak berbatik batik kannnn kek iols ahaks!

#sayatakjual hahaha

Aku buat je... bukan gemar sangat pun sebab aku kurang suka benda manis2 ni hihi


Open house di Nusa Intan

Semalam aku ke Nusa Intan. Dapat jemputan dari kawan masa sekolah menengah dulu. Lama gak tak jumpa. Dah rasa macam tak tahu nak borak pasal apa hihi padahal dulu bff kemain rapat lagi☺


Ini kira macam housewarming.  Dorang beli rumah kat sini. Bestnya. Belum 30 dah ada rumah sendiri. Terasa macam loser di situ 

So semalam kitorang sampai pukul 2pm... jemputan makan tengahari. Nampak tuan rumah sibuk so kitorang makan dulu lah. Ternampak member masa sekolah dulu... borak jap sebab dia pun dah nak balik.




Lepas makan, aku tarik member masuk dalam rumah. Nak gak tinjau rumah baru dia. Ok la ada 4 bilik. master bedroom ada bilik air. Bilik air luar ada 1. aku rasa harga tak jauh beza dengan Nusari Bayu. Maybe Nusari Bayu lagi mahal sebab Nusari Bayu ada 3 bilik je. Semua barang masih baru. Bestnya alahai. Berangan kejap la aku hahaha.


Environment kat nusa intan ni macam jauh ke dalam hutan sikit. Macam sejuk kawasan dia. Kawasan baru nak membangun. Orang pun tak ramai lagi :)






Ada satu je khemah. Makanan semua ok. Sambal udang sedap bangat! Laksa sedap pekat cuma kurang garam sikit hihi. Aku kuat masin kot. :D

Dalam pukul 3pm~ baru kitorang balik :D
Oh the way balik hujan menggila lebat. Sekali baru teringat laaaa tak ambil gambar pun dengan tuan rumah ish ish. Dasar pelupa betul. Dah la payah nak jumpa hahahah

By 30 nanti insyaallah nak gak ada rumah sendiri. Amin... kadang terfikir alangkah indahnya dapat kawen lelaki kaya dan baik hati dan hensem hahha. bila kawen tu kita ni cuci kaki je. Fully furnished katanya hahhaha. Mood berangan is ON. 


Faiq kalau marah

Anak bujang sorang ni memang pemarah. Mungkin terbawa bawa masa aku pregnant kan dia dulu kot hihi opss.





sebab tak ada apa kat tangan dia... so dia tumbuk je siapa siapa yang marah dia. tak tahu macam mana nak kawal budak macam ni ek? selalu aku peluk je sambil pujuk.. erm kadang time aku hot sangat aku biar je. nasib la ko merajuk sampai ke sudah huhu






kalau ada senapang kat tangan memang kena tembak la sesiapa yang marah dia hahhaa





Thursday, August 21, 2014

Memberi kepercayaan

Assalamualaikum

Nak kata aku baik sangat tu tidak la… tapi aku agak terkilan kalau orang tak percaya kat aku. Bukan nak membangga diri, tapi aku ni memang pendengar yang baik. And kau boleh percaya kat aku 99.9%. Haha. Kawan- kawan (tak rapat pun) yang ada masalah suka bercerita kat aku padahal aku tak membantu apa2 pun. Aku ni jenis malas nak bercerita pasal orang sebab aku tak suka orang cerita aib aku.

“Dan barangsiapa yang menutupi aib seorang muslim, Allah akan menutupi aibnya pada hari kiamat”. (HR. Bukhari & Muslim).





Gitu. Heh. Intro je. Sebenarnya aku agak terkilan dengan someone pagi ni. Boss aku meeting dengan boss dia pagi ni. Boss tak sampai lagi. Dia bertanya. Aku jawab boss tak sampai lagi. Then bila boss dah sampai cepat cepat aku inform dia boss dah ada.. meeting on ke tak sebab tengok lampu bilik meeting dah off. Boleh pulak dia jawab “Eh boss you tak payah join dah meeting ni. Dia join separate session. How come you tak tahu? I lagi tau?”


Aku agak sentap jugak lah. Dah kenapa kau call aku tadi? Boss aku tak bagi tahu pun dia tak perlu join meeting tu... so macam mana aku nak tahu?



Sebab dia mempersoalkan kredibiliti aku. Yer aku tau dia senior and dah lama dalam bidang kesetiausahaan ni. Aku ni setiausaha cabuk je. Penampilan pun tak macam setiausaha. Aku tak pernah mintak pun nak kerja dalam bidang setiausaha ni tau. Rezeki aku kat sini. Aku terima je. Dah dekat 6 tahun aku jadi setiausaha untuk boss yang sama. Aku buat je kerja aku macam biasa. Tak payah la nak persoalkan kenapa boss tak bagi authority kat aku untuk access semua benda. Ada lah sebabnya. Mungkin dia belum percaya kat aku 100%. Aku tak ada hal walaupun sedikit terkilan. Secretary lain ok je dapat access semua benda. Aku buat je kerja aku macam biasa. Tak payah nak memandai mandai tuduh aku bukan bukan kalau kau tak tahu cerita sebenar. Yes aku memang keyboard warrior. Aku tak cakap depan depan. Aku tulis dalam blog. Blog aku. Suka hati aku lah hahaha.

Wednesday, August 20, 2014

Memudahkan kerja ibu

Ada orang tu.. kalau dah senang.. nak senang lagi haha. Aku la tu. -_-'

Sejak dua menjak dah nampak laundrybar ni memang aku basuh baju 2 trip hari Khamis or Jumaat.. terus hantar keringkan je. 10kg = RM5. Ok la kan.. dari aku memenatkan badan nak gantung satu satu pakai hanger. Pastu kena ada penyidai yang proper. Hmm. Rimas tengok baju bergantung gantung dalam bilik tengah tu. huhu.




Dalam 20 minit la tunggu. Sambil tunggu tu boleh access WIFI FREE hahaha. Tapi awas hari Ahad memang ramai giler orang hahaha


Boleh tahan

Malam tadi balik rumah lambat sikit sebab pergi cari jam Faiq. Letih dengar dia asyik berzikir kat telinga aku nak jam. Ala jam 8 ringgit je. Dah beli tak nak pakai pulak -_-

Dah merayap perut lapar pulak. Nak beli tapau  tekak aku dah tak lalu sekarang makan kedai. Tak tahu la kenapa. Aku rela makan nasi panas dengan telur goreng huhu. entah kenapa la tekak ni cerewet sekarang.

So semalam terus beli barang mentah macam ikan, sotong, udang buat stok. husband tanya nak masak ke tak? sebab dia tau kalau weekdays memang tak dan aku nak masak sebab Faiq tak bagi. Tak bagi tu maksudnya dia merengek ajak aku ke depan tengok tv.. menyalar nyalar kat simen sambil menangis.. mengacau bukak fridge, panjat meja. panjat rak pinggan. Okay ibu tak concentrate nak masak. marila kita ke depan. baba la masak. hahaha. Nasib la husband suka and pandai masak. so semalam husband masakkan ikan parang masak asam pedas dengan telur dadar. Perghh sedap giler hahaha.


husband masak.. aku melayan Faiq kat depan. Baring dengan dia sebab nak bergayut kan... tu yang ajak ke depan tu.. tetibe terlayan cerita ni ha. Baru episod 2. haha boleh layan ni. So sempat la aku snap gambar kahkah




Kalau tak silap aku ni Uqasha. Letih bertekak dengan husband sebab dia cakap ni Nelydia. Hahaha





Cantiknya perempuan ni. kulit cantik nye. merah merah pink gitu





Cerita ni setiap hari selasa pukul 10malam. Dan dan jela aku layan tv alhijrah hihi




kisahnya dorang ni kena bernikah atas pilihan orang tua. So masing masing macam paksa rela gitu. Qi dah ada awek - Anzalna. Tapi dia macam suka jugak dengan Uqasha ni heh


JUDUL : Kalau itu Jodoh Kita
NOVEL ADAPTASI : Kekasih Halal
TARIKH : 12 Ogos 2014 
SIARAN : Setiap Selasa, 10.00 malam di TVALHIJRAH
SKRIP : Amaz Mazilan
PENGARAH : M.P Roslin
TERBITAN : Hyper Pictures
PELAKON : Uqasha Senrose, Qi Razali, Anzalna Nasir, Pekin Ibrahim



ni time dorang nak pergi butik pengantin. 


Semalam pun dorang dah sah bernikah. So kena tunggu minggu depan episod 3. haha


Tuesday, August 19, 2014

Pelita

Seseorang pernah cakap "rumah orang yang tak ada pelita mesti orang tu tak sporting kan?"

Tidaklah ditujukan kepada aku. Tapi heyyy aku terasa ok. Rumah mak abah kat kampung tak ada pun pasang pelita masa hari raya. Sebab dulu abah pernah cakap dia tak suka sebab macam india pulak. So tak kan aku nak pecah tradisi semata mata nak menyenangkan mata kamu wahai si selamber je bercakap tanpa fikir perasaan orang lain.



Aku = suka pelita. Nampak meriah 


Bu uat

Bu uat = Ibu buat

Tempat : parking kereta kat depan rumah
Masa : hari Ahad, 1030~ malam

Situasi : Baru sampai rumah dari kampung. Husband tengah bukak gate. Aku dalam kereta memangku Faiq yang tengah syok tidur. Tiba tiba kedengaran satu bunyi. Eh, tu macam ringtone handphone MIL? 



bunyi ringtone handphone MIL

 Agak agak kau seram tak? hahaha. Berdiri bulu tengkuk aku hahaha.  Time tu aku tak terfikir lagi ada handphone MIL dalam kereta. Husband dah bukak gate nak bawak masuk kereta tu aku tanya dia ada tukar ringtone ke? Sebab aku dengar bunyi handphone mak dia. Hehe. Terus la call no handphone MIL. 


Tau kat mana handphone tu? haa DALAM BEG FAIQ!! 


kahkahkah. gelak guling guling. aiyo anak aku. ahahahhaa






Tu yang tak pasal2 MIL kena naik Seremban jemput handphone haha. Faiq kidnap handphone nenek lol





Bila tanya dak bertuah ni kenapa amek handphone nenek? 

jawapan dia : BU UAT. 

Sampai ke sudah tak mengaku. Asyik la dengan jawapan BU UAT. hahahah






Faiq... Faiq... 

Sunday, August 17, 2014

Jaga badan :)

Assalamualaikum.  Hehe. Now kat rumah mertua. Boleh pulak kereta buat hal tadi masa otw balik kampung. Nasib dah sampai kuala pilah ngam2 depan jpj pilah tu haih. Temperature naik. Panggil pomen rupanya motor kipas rosak. Mende tah rosak aku pun tak faham haha. Baru je terbang 3 ribu hari tu buat full servis. Hai la myvi... kau buat hal yer... macam nak suruh tukar baru je? Eh? Hahaha banyak duit kau agaga. Aminnn insyaallah murah rezeki nak jugak merasa kereta baru haha. Myvi tu pun dah 7 tahun berjasa kat weols anak beranak :)



Panjang pulak mukadimah haa. Haha. Masa bulan puasa hari tu bukak puasa kat luar dengan mertua. Pastu yang perempuan g solat dulu. Masa lepas solat tu  MIL cakap kat adik ipar tegur badan dah naik dah bulat nampak eh. "Jaga sikit sebab husband awak tu pandai jaga badan". Gitu la lebih kurang MIL cakap. Adik ipar mengandung dah sekarang alhamdulillah 5 bulan :) 


Pastu MIL cakap lagi "tengok kak Liyana pandai jaga badan. Tapi along pulak tak pandai jaga badan dia" hahaha. Aku dalam hati fuh kembang giler MIL puji kahkah. 


Alah kalau nak ikutkan semua orang nak badan cantik kulit cantik. Tapi semua ada alasan tersendiri. Well kita sentiasa ada pilihan dalam hidup :)


Dengan adik2 ipar. Hoi aku rindu nak mengandungi lagii hahaha




Thank you suami coz always support apa yang iols buat. Hahaha kbai


Kadang2 kita takut nak berubah tapi percayalah kalau kita redha mesti ada sesuatu yang lebih baik menanti tau :)


Saturday, August 16, 2014

Vitamin E yang superb! :)

Assalamualaikum.
Alhamdulillah, Vitamin E ni juga salah satu produk terlaris shaklee. Tak kira lelaki atau perempuan pasti menyukainya. Sebab apa?

Perempuan boleh pudarkan parut + kulit jadi moist + boleh buat masker letak di parut + boleh kurangkan jerawat.
Lelaki pula boleh meningkatkan kelakian mereka serta boleh berusaha dapatkan zuriat.

Memang best produk ni. Setiap kali restock mesti cepat je habis.  Nak? Boleh whatsapp kita laju2 ye :)

Antara kelebihan Vit E yang anda perlu tahu: -

✔Menjadikan anda tampak lebih muda dengan membantutkan penuaan sel yang disebabkan oleh radikal bebas.
✔ Memperbaiki peredaran darah
✔ Memperbaiki tisu
✔ Melindungi paru paru dari pencemaran udara
✔ Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan
✔Mengurangkan parut & masalah jerawat
✔ Mengurangkan tekanan darah
✔Membantu dalam pencegahan penyakit katarak
✔ Meningkatkan prestasi atlit dengan mengendurkan otot kaki dari kekejangan
✔ Mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan menguatkan dinding kapilari
✔ Menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat
✔ Mengurangkan risiko Alzheimer (nyanyuk)
✔ Merendahkan kadar kolesterol
✔ Membantu mencegah pertumbuhan abnormal sel terutama kanser
✔ Meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki
✔ Juga dikenali sebagai ‘vitamin cinta’ kerana ia boleh membantu dalam perhubungan suami isteri
✔ Membantu kawasan gelap aerola mengecil dan warna puting menjadi cerah semula
✔ Membantu mengurangkan kesakitan akibat pre-menstrual
✔ Mengatasi masalah kedinginan dalam perhubungan suami isteri di kalangan ibu menyusu

Liyana | 017-3743670




Jangan tak tahu... pembelian RM150 ke atas akan menerima VITAMIN E INI FOR FREE!!  :)

cepat whatsapp ok sementara stok masih ada nih  hehe


Friday, August 15, 2014

ESP yang nyummy - promo esp with shaker. Free gift vitamin E.

Assalamualaikum.

Tajuk kemain panjang haha.

My favorite boost energy! Alhamdulilah, pagi tadi sebelum gerak gi kerja sempat jap bancuh ESP + Performance Drink. Yummyyy. Minum dalam kereta sebelum sampai stesen komuter. Shake! Shake!! Maklumla aku ni mak yang tak leh dok diam. Kaki tangan mulut bergerak. Perlukan tenaga lebih. Hehe.

So sesiapa nak kurus dan bertenaga, ESP memang pilihan anda :)

✔Promo RM150 with FREE SHAKER FREE VITAMIN E. Vitamin E bagus untuk hilangkan parut jeragat. Haaa best kan? ;)

Apa kelebihan ESP?
✔kulit jadi lebih anjal dan gebu
✔banyakkan susu ibu. susu akan jadi lebih berkrim dan anak mudah kenyang
✔pudarkan parut
✔mengawal pertumbuhan jerawat
✔menguatkan akar rambut dan mengurangkan keguguran rambut
✔mempertingkatkan fungsi hormon wanita
✔kulit jadi lebih tegang dan sihat
✔menghalang penyakit batu karang
✔kekalkan tenaga utk jangka masa panjang. Sentiasa kenyang wpun buat kerja berat
✔sesuai utk mereka yg ingin turunkan berat badan
✔elakkan kencing manis
✔kuatkan ingatan memori
✔sembuhkan luka
✔melindungi dan menjaga rahim
✔menghalang sel kanser dari merosakkan arteri
✔mengurangkan risiko kanser payudara
✔menyokong sistem imunisasi badan
✔mengandungi protein yang lengkap

LIYANA
017-3743670

Sedap ok. Always bertenaga haha




Mungkin saya akan baik hati bagi 30pcs vitamin E for FREE!! :)


Thursday, August 14, 2014

Dilema nak berhenti menyusu

Masuk hari ni dah 25 bulan 11 hari aku menyusukan Faiq. haha. sayanglaaa nak berhenti menyusu camne ni? tak sampai hati.

Balik kerja kang mesti pandai mintak "Buuu, nak nen. Dik nat. tih." sambil sengih sengih. mana la daku tak cair haha

Macam mana nak beradik kalau abam mengopek lagi agagaga.



mengamuk tak nak mandi  -_-'



dik cepat muka busyuk. ibu amek gambar ni. so ni respon dia heheeh



tak reti duduk diam






"bu nyum. dik amek ba". lol







dok dalam kete dah pandai request nak dok belakang. ni tengah buat peace hee







"buuu wong... dik pit". ahahhahaha. Ibu tolong... adik tersepit :)







Sampai umur berapa boleh menyusu ni? patut ke tak beli botol susu lagi? ahaha benda camni pun aku pening nak fikir lol

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...