BLOGGERIANS

Tuesday, September 30, 2014

Last Day Promo Collagen

Collagen effect sangat! ! 


Today LAST DAY PROMO tau. 


BERUBAH SUNGGUH NIE.. selamat makan lunch semua.. Promosi collagen ada lagi sampai 12pm malam ni tau. Dekat group dah kecoh hari2 masuk order collagen jer


Cepat2 order collagen dah la murah...dapat hadiah lagi tau. FREE TRIAL PACK OMEGA GUARD 

So apa yang saya sendiri boleh tgk dan rasa
Since saya pon ambik collagen
Muka bangun pagi lembut dan bersih
Boleh nampak beza cerahnya
Black head menonjol nak kuar
Garis2 halus kat muka hilang
Eye beg mata panda hilang
Dan paling ketara parut lesap
Dan AWET MUDA!


Sebab makin berusia umur kita..makin hilang collagen dalam badan kita so memang kena hambik collagen untuk mengekalkan keremajaan...





So cpt pm/wsup/kol 017-3743670. 
Eh. TRIAL PACK pun available tau. Min order 3 packets. 



Wednesday, September 24, 2014

Lori Sampah Adik

Hari tu beli mainan Faiq dalam kotak macam ala-ala TORA tu.
Tapi luar kotak tu gambar SPIDERMAN. 


Makanya mengelintin la Faiq nak beli. Peminat spiderman katanya...  buka kotak dengan harapan ada unsur - unsur spiderman di dalam. Tapi malangnya dalam just ada topeng kecil muat - muat mata dan lori kecil. Kecil sangat.  Tercabut pelekat. Tayar tercabut. Pendek kata uzur sangat la lori tu.  Kotak kemain la besar. Isinya dua ketul? So sad.


Faiq pun KECEWA.

Tapi still bawak tido lori tu.


Semalam tak tahu mana letak lori tu.  Hilang. Faiq tanya "Buuu? Lori pah adik?"
Ibu is tercengang cengang. Lori sampah? Apa tu?


Faiq pergi cari sendiri. Lama. Pastu terjumpa. Berlari nak tunjuk ke aku. Rupanya dah jumpa lori hari tu.

Kesian. Kami laki bini gelak guling - guling. Tergamak Faiq panggil ni LORI SAMPAH? HAHAHAHA.


 tayar tercabut




See pelekat dah tercabut





Ini lah kisah LORI SAMPAH ADIK.  


Benda Sedap Kena La SHARE


Tak mau la sedap sorang sorang. Hehe. Kat opis ni kalau minggu gaji je berlambak la sale. 







Tapi harga mencekik ok. Ku mampu cuci mata je behehe. Tapi ada satu ni memang WAJIB BELI. Sedap giler. Kat tekak aku la haha. Eh tekak husband jugak. Tekak Faiq jugak :D :D





Campuran bertih ke apa tah nama dia putih putih tu... oreo sikit... almond sikit.... coklat Beryl. Ya ampun sedap nyaaaaa! Hahaha











Eh lupa pulak harga dia berapa hahahaha


Cara saya berdiet setiap malam

Ini memang all time fav.
Setiap malam sebelum tido mesti buat. 
Masa kita tidur semua sel badan akan diaktifkan dan diperbaharui. 
Badan kita perlukan PROTEIN untuk membentuk SEL YANG SIHAT. 

ESP adalah protein. 
Haaa nampak tak hubung kait kat situ? ahahhaa. 


2 sudu esp + 2 sudu milo + 3 ice cubes = SUPER YUMMY! !



Monday, September 22, 2014

Terbang Tinggi

Semalam otw balik dari kampung... langit mendung je. Yelah petang kan.. seronok pulak rasa. Burung terbang bebas. Cakap ke Faiq "tengok burung dik, banyak kan...burung nak balik rumah dia. dah petang nak tido " Faiq angguk je macam faham. Pastu buat ayat penyata. Dok ulang balik apa aku cakap. "Wong bang? mah iye?"  Alih alih tunjuk kapal terbang. "Buu buu bang bang". Sayup je nampak kapal terbang dari jauh. Tajam betul mata kau nak. 








Tengok burung terbang macam tenang je .... terus cakap kat husband. Spontan. "Kecik - kecik dulu saya pernah berangan nak jadi burung. Kalau ada masalah nak terbang tinggi - tinggi.. jauh - jauh". 

Husband diam je. Mesti tak faham. Takpela asalkan awak dengar haha.

Otak kanak - kanak time tu cakap. Kalau mati pun. Masuk syurga. Tak payah fikir apa dah :) :)



Friday, September 19, 2014

Tiga fav kartun anaknda

Setakat ni la... ada 3 je kartun yang  boss kecik selalu request. Nasib la boss kecik bukan jenis conquer TV. Kalau tak.. menangisi la mak pak nya huhu. Dia tahu kalau nak tengok kartun kena tengok kat handphone je huhu. 



1. PINGU

Tapi Faiq panggil pingu ni NYOTNYOT. Sebab Pingu kan suka buat bunyi knok knok tu hihi. 




Paling dia suka cerita PINGU DREAM ni hehe. Lawak gak cerita ni behehe. 





2. UPIN IPIN

Kartun ni standard lah. Ramai budak suka. Mak pak pun layan zass. 










3. SPIDERMAN

Ini all time fav. Paling tak boleh blah Faiq buat PEACE bila Spiderman snap pic ni bahahaha. Ingat Spiderman amek gambar dia ke ape? LOL. 








and lagi satu BYE BYE spiderman. Kemain excited babai spiderman hahaha. 





Sekian, tu jela cerita santai hari ni hehehe. Chalo baiya





Thursday, September 18, 2014

Gunting rambut dan Faiq

Seumur hidup ni baru first time aku buat treatment rambut haha. Kisahnya dari last week lagi aku dok usha2 mana nak gunting rambut ni. Kat Sendayan ada je kedai gunting rambut muslimah. Dah pergi hari tu TUTUP pulak. Terus balik dengan perasaan hampa. Hoh. Misi diteruskan kat kawasan ofis. Behehe. Member opis cakap ada kedai gunting rambut kat Plaza Pantai LRT Kerinchi. Disebabkan boss tak ada.. aku pergi la kejap tadi. Dalam pukul 11am kot. Sekali TUTUP daa.. malang betul nasib aku haha. Tapi tetap tak puas hati. Tanya kedai sebelah memang kedai gunting rambut ni tutup ke? Sebab semalam bukak je. Kedai sebelah cakap kedai ni bukak lambat.. tengahari ke atas. Gulp. 


Balik opis dengan perasaan hampa. Tiba tiba rasa nak call kedai tu. Google and jumpa. Terus call. Eh tuan kedai cakap kedai dah bukak pulak. Ciss penat aku turun naik hari ni. Aku g jugak la sorang. Mula mula cakap nak potong sikit and nipiskan. Sebab rambut aku jenis tebal and kasar. Aku dah rimas. 




So aku pilih potongan jenis BOB CUT tadi. Lebih kurang macam ni. Hope sesuai la hahaha.







Terus terbeli SERUM ni. Akak kedai tu cakap elok untuk rambut kering. Harga RM25. 





Azzy Hair & Beauty Studio
0192583111

Total burn tadi:
Treatment : RM68
Cuci & Potong :  RM45
Serum : RM25

Grand total : RM138

Overall aku puas hati. Sebab payah nak jumpa kedai gunting rambut melayu. Akak tu pun peramah. Gunting takde terkena kat leher -_-'


Otw balik tadi, BS Faiq whatsapp gambar. Faiq tertido keletihan. Patut senyap membebel rupanya tertido. Hehehehe. Alahai rindu anak ibu :) :)









Mana la tak penat. Malam tadi tido lambat sebab study. Behehehe.





Konon konon padam blackboard.....






Alih alih ke pipi pulak :)











Till then... tata. Esok dah Jumaat. Kejap je rasa minggu ni.



Wednesday, September 17, 2014

Malaysia Day untuk Faiq

Semalam cuti so amek peluang bawa anak kesayangan jalan. Alah setakat kuar jalan cuci mata bawa g kedai buku je. Nak pupuk minat dia membaca pulak sebab selalu nampak anak anak cina kat kedai buku. Ehem. Hehe. Mari test ke anak sendiri hihi.



Kitorang ke pasaraya Rapid kat Seremban 2 tu je. Mall ni kecik je. Dulu bukan Rapid nama mall ni. Tak ingat lah. Sebab bertukar ganti je namanya hihi. 

Sampai2 je terus melompat lompat Faiq. "Bu nak ni. Bu nak ni". Kemain bising mulut dia. Hihi layan beli 2 token. Duduk lah dalam tu :) :)



Terus rasa nak p kedai buku sinaran ni sebab pengasuh Faiq wasap gambar Faiq menyalar kat atas stage ni ha (stage ke?)  Buat macam rumah sendiri kau nak. 





Time ni pakaikan dia kasut. Cepat cepat suruh ibu tanggalkan kasut. Aku tak perasan lak kena tanggal kasut hihi. Dah tanggal kasut nak turun pulak dia nak amek buku lain. Siap cakap lagi "bu dik pinjam ipe" haha. Sambil pakai selipar aku. Malas nak pakai kasut lettew haha.






Ada 1 sudut tu bahagian buku rm1 - rm7. Faiq leka mengemas kat sudut tu... tetiba dia berlari lintang pukang ke arah aku. "Buuu abuu...abuuu... tokojot adik" (sambil urut dada). Aku p tengok. Rupanya dia terkejut tengok mata besar kat buku ni ahaha.








Ramai chinese kannn....





Dipunggah nya semua buku lambak depan aku hihi



Beli 2 buku je semalam. Buku preloved kot... 





Terus nak mewarna je kat situ jugak -_-'



Sementara tunggu husband p hantar barang kat kereta.  Aku bawak Faiq masuk dalam nak beli barang sikit. 


Kemain berat benda alah ni. Tak larat aku tolak. Faiq pun masuk kejap je. Cepat bosan kann



Dah siap masak. Makan. Dua dua ni terbongkang depan tv. Dah tu ibu terkebil kebil sensorang. Aku ni jarang tido siang. Mengemas rumah la lagi syok. 




Selimut sejuk tido bawah ekon hihi




Board ni beli semalam harga RM80 member price. Retail RM119. Last day semalam sale. Memang aku rembat la satu sebab dah lama aim nak beli. Harga kat luar tak tahu berapa. Board ni best sebab double sided. Depan boleh whiteboard. Belakang jadi blackboard. Boleh tulis pakai marker and kapur hihi






Sambil berkemas.... buah kiwi ngap ngap. Sedapnya. Malam tadi dinner makan satay je. Lupa amek gambar hihi. Beli satay perut and ayam. Berselera Faiq makan. 


Tu jela cerita semalam heee




Friday, September 12, 2014

Parti tupperware

"Beb, free ke? Jom join kitorang kat TMCC dapat tupperware free". 

Whatsapp dari member opis. Hoh! Mendengarkan tupperware FREE terus aku teruja! Behehe. Tupperware kot. FREE pulak tuh. Kerja makan gaji je memang tak cukup. So kat opis ni ramai yang buat side income. Macam aku jual SHAKLEE. Ada yang jual AVON. Ada yang jual SOPHIE PARIS. Ada yang jual TUPPERWARE. So event tupperware ni member opis jugak la yang arrange. Aku rasa dia panggil someone dalam Tupperware yang berpangkat then bagi info kat kitorang. Ok la... seronok dengar info baru. Aku suka je join event macam ni. Tapi tu la... selalu tak berkesempatan :(






Ada produk baru dari Tupperware iaitu penapis air yang dipanggil NANO NATURE WATER FILTRATION SYSTEM. Harga standard macam cosway la beb hihi. Aku pun tak sure which one lagi bagus hihi. Aku dengar gitu gitu je sebab aku lagi berminat dengan tawaran dorang.. kalau beli today ... RM1,999... akan dapat semua tupperware kat atas meja tu FOR FREE! hahaha


Tak dinafikan penapis air memang penting kat rumah.. tapi tak mampu beb... harga retail RM2,750. 










Diorang menunjukkan perbezaan antara air biasa... air mineral.. air paip... air gas... air evian... mineral spritzer... etc2...








Kalau air berubah kebiru- biruan means air tu beralkali tinggi. Mineral spritzer and evian kaler biru... huhu







So tadaaaa! ini la botol tupperware yang FREE tu hihi



Tapi tapi korang jangan risau. Shaklee pun ada penapis air tau hihi. Portable lagi. Tak payah pasang kat kepala paip. Macam jag air je ni. Tuang air paip dalam tu boleh terus minum. Cukup tapisan 303 liter... TUKAR FILTER. Filter pun mampu milik :D


Tak perlu guna elektrik. Boleh terus minum selepas dituras :)




 Harga member je aku bagi RM370. Nak main kutu RM37 selama 10 bulan pun ok :D

Whatsapp 0173743670 hihi. Sempat lagi iklan ni hahaha








Bukan 100%

Kepala aku tingtong je 2-3 hari ni. Aku rasa disebabkan rambut aku dah panjang dan aku perlukan imej baru wakaka. I mean gaya rambut baru. Disebabkan muka aku berbentuk bulat giler.. makanya aku perlu berhati - hati pilih gaya rambut. Tehehe. Style aku... sebelum beli atau buat apa-  apa... aku make sure aku paham dulu mende tu.. idakla terkial- kial khenn.. so google punya google (bentuk rambut sesuai untuk muka bulat) ... aku terjumpa benda lain (?).



Luahan sang suami yang dah tak tahan dengan puan isteri (?)

''Assalammualaikum Puan Stephanie..Recently,I came across your Blog and FB.And I saw u once in KLCC with your lucky husband and hansome Ryan.What can I say is..'wow!All men are dying for u!Your face are beautiful,fashionable,voluptious body and sexy even dalam T-shirt!

Okay,let me introduce myself.Im a married guy,ada anak...Actually saya dah lama memerhatikan awak since terjumpayour blog add dari blog isteri saya..I love reading your blogs,enjoy viewing at your photos..U really had a beautiful life..Jeles saya..Entah kenapa.Mungkin isteri saya tidak seperti awak.Dia biasa saja..Yelah,mungkin lelaki seperti saya memang tidak layak untuk memiliki isteri seperti awak.. 

Sejak melahirkan anak kami,dia berbadan agak gempal..perut memboyot.Tetapi apa kan daya,dia isteri saya kan.Cuma,saya sudah tidak berselera dengan dia..Setiap kali bersama,saya terbayangkan wanita lain.Sebab,kalau saya bersama denganya,saya rasa macam...lawak,mahu ketawa!Position agak susah sebab badan dia yang gempal,perut dia bergoyang-goyang,banyak sangat selulit,rupa dia macam kelakar..Tidak menaikkan nafsu saya langsung..Hanya sekadar untuk saya sebagai lelaki melepaskan nafsu..Apatah lagi bahagian bawah dia longgar .. 



Errr.. terdiam kejap aku. Haha.Kejamnya suami macam ni!! Tak sedar diri pun ye jugak haha. Hoi takde cermin kat rumah ke? Kadang aku kagum dengan ibu bekerjaya yang sibuk 24 hours but still ada masa nak manage rumahtangga dengan baik sekali. Anak - anak terjaga... suami terjaga.. rumah bersih... sempat masak bila balik kerja.. .makanan dihidang dengan perfect sekali. Mana dia dapat energy semua tu ya? Ada makan vitamin apa - apa ke? Behehe. Dia jawab... semuanya dengan vitamin CINTA... vitamin KASIH SAYANG.... yes memang penat.. tapi berbaloi tengok orang sekeliling happy :)


Hidup berkongsi ni memang pelik. Tapi tak semua benda kita boleh share dengan suami. Pheww. Contoh... tak payah cerita kat suami yang kita ada saving sendiri. Never. Haha. Tak payah nak tahu  semua benda sangat nanti suami naik lemak. Contoh aku tak pernah amek tahu cara nak tukar kepala gas, kepala paip, etc2. Padahal boleh je. Rumah pun takdela  always bersih berkilat. Kalau aku penat sangat... aku biar je.. tahu tahu dah kemas. Eh pandai pulak laki aku kemas? Hah gituu...


Yes, kita kena hormat suami kita. Tapi dalam masa yang sama, suami pun kena hormat kita. Semuanya kena balance. 


Mesti tinggalkan sikit untuk diri sendiri. Tak payah nak 100% sangat. Hihi. 


Make sure kita ada SESUATU yang buat suami tak boleh nak pandang perempuan lain. Fikir la sendiri. Bahahaha.






Alolo suwitnye... sampai ke tua :) :)





Tuesday, September 9, 2014

Weekend yang meletihkan day 2 haha

Day 2 maksudnya hari Ahad haha.

Tetiba je pak mertua ajak ke PD. Iye memang dekat sangat dengan rumah weols. So ke PD lah kita. Menghabiskan masa yang ado.

Antara barang yang kitorang wajib bawak kalau nak ke PD:
✔ tikar plastik
✔ air paip 3 - 4 botol besar bergantung berapa ramai nak follow. Payah kalau nak p cari air paip. So better bawak air sendiri
✔ mainan istana faiq haha. Ini termasuk penyodok... lori pasir etc2
✔ tuala bersih
✔ plastik sampah 2 helai
✔ plastik nak letak baju basah
✔ baju, seluar n pampers faiq
✔ makanan ringan n air.  Memang akan kelaparan bila dah sudah mandi
Selalunya memang aku tak mandi pun. Malas nak tukar baju nanti lah hee. husband je bawak Faiq mandi. Sampai surrender budak tu...



Mula mula kitorang ke Blue Lagoon. Tapi macam tak best je... sebab air jauh sangat... petang sikit kot baru air naik... so naik kereta balik cari port lain lah. Kitorang ke pantai apa tah nama dia tapi satu laluan dengan Puteri Beach Resort. Haaa aku rasa sini paling best sebab orang tak ramai sangat. Ada buaian. Ada pokok besar. Hehe





Faiq geli geli je pijak pasir bahaha





Kitorang bawah sikit je dari kedai ni hee. Order laksa makan bawah pokok. Macam heaven pulak lalala. Kat kedai ni ada jual burger... buah... rojak buah pun ada. 






Sedap laksa dia RM4.50





Sambil tunggu Faiq mandi... aku makan kuaci sambil naik buai... wahaha best giler buai lelaju. Sebab orang tak ramai time ni :)







Faiq dah sudah mandi... sambung main pasir pulak.  Heh.


ingatkan boleh balik dah. . Sekali mertua ajak g karnival MARDI 2014 kat Dataran Kemang tuh. Faiq dah terlelap.  Terpaksa dukung. Aku bawak tido bawah khemah. Dalam setengah jam jugak tido dak tu... pastu terjaga nasib tak meragam. 


So itu jela aktiviti weekend aku. Full. Penat. Enjoy je hee.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...