BLOGGERIANS

Thursday, October 30, 2014

Acah acah pelikat pants hehe

Hi. 

Since dari last week lagi minat nak menjahit tiba tiba je menggebu gebu. Haha. Mesin jahit kat rumah mak. To be specified... kat dalam bilik mak. Heh. So memang kena manfaatkan masa yang ada. Plan nak ada mesin jahit sendiri. InsyaAllah one day. Errmmm mesin jahit apa yang sesuai untuk beginner macam saya ya? At least lepas untuk jahit lurus.. seluar koyak ke... tahan sikit kalau pakai mesin jahit. Tehehe. 


Mata ni berkenan sangat bila tengok budak budak lelaki pakai pelikat pants tuh. Pernah laa beli kat instagram. Lupa nama IG tu. Aku request color PURPLE. Sekali yang sampai kaler BIRU. Owner IG cakap boleh tukar balik. Malas la aku. Kalau dah sekali silap. Memang tak de la nak repeat order. 


Sempena cuti yang TM bagi last week... berderet deret dari Rabu - Jumaat.... maka berzikir la kat telinga husband mintak hantar ke kedai nak cari kain pelekat nak buat seluar anak bujang den tu. Heh. Yang bestnya laki ku layan je..  dia tak pernah persoalkan pun awak tu pandai ke menjahit haha. 


Dah beli ni kain pelekat 2 helai. Total kos RM59. Beli kain mahal sikit. Aku beli siap online kat IG tu RM70++ sebab termasuk pos... baru dapat sehelai seluar pelikat dan baju punjabi. Bila tanya mak... mak cakap satu kain pelikat ni boleh dapat 3 helai seluar gak ni... Haaa nampak tak betapa boleh jimat di situ. 


Mak aku tukang jahit pencen. Tapi anak nya tak mewarisi sebab aku kidal. Orang kanan tunjuk orang kidal belajar menjahit memang agak payah. Haha. Sudahnya aku cari rentak sendiri. Yang mana aku selesa. Heh. 

Mak tunjuk pola jahit seluar. Aku gunting dan terus jahit. Mak kata pergi try kat kain lain dulu... makanya aku cari perca kain... dan try ke kain berbunga bunga. Berseluar bunga la Faiq. Bahaha. Kemain kembang hidong bila dah siap. Hoi bangga okay. Hahah.





Tapiii... seluar ni sempit sikit. Aku terkecik jahitan kat pinggang. Sampai Faiq mengadu "buuu sakit perut adik. Tak muat" 

Baiklah anak. Haahaha. 






Aku tak putus asa. Teruskan menjahit. Sampai cramp montot. Sebab lama sangat duduk kat kerusi. Haha. Tabik kat tukang jahit. Memang penyabar. 





Menjahit terpaksa dihentikan kejap sebab jarum patah. Hahaha. 



Dah tu mesin jahit tepi mak pun dah rosak. Barang dah pakai lama kan. Kena beli baru dah kot. Tapi aku teruskan je menjahit sampai siap seluar Faiq. Mak jenguk jenguk kejap. Dia terlupa nak cakap yang mesin jahit ni boleh jahit tepi jugak. Just kena tukar tapak.. and slow sikit laaa.... waaa terkagum kagum aku. heh. 



jahit tepi untuk butang F. Kena tukar tapak je. Dah boleh jahit. 




Aku pun terbalikkan seluar Faiq untuk jahit tepi. Heh.



Paksa anak bujang pakai. Haha. Ketidoran budak ini. 



Dan inilah hasilnya. Syabash beta. Hahah. Aku terus pakaikan ke Faiq masa kenduri doa selamat baru baru ni.. ada orang tegur.. dok belek belek seluar Faiq... dia ingat aku beli... aku cakap je... saya jahit sendiri... 
Sambil membelek seluar Faiq dia bercakap "Nampak bona tak ghoti menjait eh haaa..." 

(Nampak sangat tak reti menjahit haa)


Ok fine. Saya terima sebagai cabaran. Marilah kita senyum :) saya amatur je... bukan pro. Tak pernah pergi kelas menjahit pun. 


yeah model kecik ibu buat peace tak jadi hihi



Nanti nak try buat lagi. Hope tak jadi hangat hangat taik ayam ler. Kikiki. 


Tuesday, October 28, 2014

Tak bahaya ke mengandung ambil ESP?

Ada yang bertanya boleh ke mengandung ambil ESP?  Tak bahaya ke awal2  pregnancy amek ESP? Heh.

Jawapannya RUGI SANGAT KALAU TAK AMBIL ESP TIME PREGNANT :)

Time baby dalam kandungan lah kita kena jaga. Tak ada istilah baby besar kalau makan supplement. Ikut lah dose yang betul. Dan air yang banyak untuk PENYERAPAN OPTIMUM. Banyak vitamin bukan bermaksud  TAK BAGUS yer :)

Apa itu ESP Shaklee?
ESP Shaklee hanyalah SOY PROTEIN ISOLATE, dibasuh dengan menggunakan air bersih dan bukannya dengan alkohol seperti kebanyakan produk soya di pasaran. Juga mengandungi Lecithin soya yang kaya dengan kolina untuk perkembangan otak. Jadi ESP SHAKLEE selamat diambil oleh ibu mengandung.


ESP shaklee juga selamat diambil oleh ibu mengandung kerana kacang soyanya adalah asli dan tidak terubah suai secara genetik (non-gmo soy). 

DANNNN istimewanya ESP shaklee ini adalah diproses tanpa melalui proses haba untuk mengekalkan kandungan proteinnya. Tahu tak PROTEIN SANGAT MUDAH MUSNAH BILA SUHU TINGGI?


Rata-rata orang yang mengambil ESP shaklee dapat merasai perubahan, seperti  LEBIH BERTENAGA, KULIT LEBIH BERSIH TANPA JERAGAT, TURUN BERAT BADAN DENGAN ESP SHAKLEE, SUSU BADAN SEMAKIN BANYAK hanya dengan permulaan 1 TIN ESP SHAKLEE. Hebat khennn :)


Jadi tiada masalah ibu mengandung mengambil ESP shaklee malahan menjadikan bayi dalam kandungan mempunyai cukup protein untuk perkembangan otaknya, anda juga sihat dan lebih bertenaga, dan menjadikan kulit anda dan bayi lebih bersih dan gebu.


Selain protein setiap hidangan ESP Shaklee seperti yang disyorkan mengandungi 500mg kalsium yang sangat-sangat diperlukan oleh wanita hamil. Jadi sangat-sangat sesuai untuk ibu mengandung yang tak berapa gemar minum susu.


Bagusnya juga ESP Shaklee ini adalah memelihara tekanan darah tinggi, kencing manis semasa hamil kerana kandungan karbohidratnya yang rendah dan juga rendah glisemik dan gula. Berbeza dengan membeli produk soya di luar atau di pasar malam sudah tentu kita minta ditambah gula sama ada gula merah atau putih. Betulkan? Nak pulak soya tu ditambah garam nak bagi sejuk lama, lagila tak boleh minum kalau tak tambah gula. hehe. 


Tengah2 malam kalau lapar boleh je bancuh ESP. Kenyang lebih lamaaaa. Lagi berkhasiat tau dari makan roti putih. Huiii banyakkk gulaaa tuuu


Dengan ESP Shaklee tak perlu lagi minum 5 botol soya setiap hari memadai 3 sudu sehari sudah cukup membekalkan jumlah perotein yang diperlukan oleh ibu hamil.


ini anak bisnesku. Seorang yang sangat kuat semangat. Good luck Ain :) Supervisor bulan ni ☺


Apa motif letak gambar family ni ek? Haha. Saja je nak bagitau... tengok 2nd baby Ain tu.... baby Icha.. gebunya masyaAllah geramm... haaa Ain consume Esp  tau masa pregnantkan Icha. Yang 1st baby Ain consume Set Salindah :)

Esp ni asbab sahaja. Kita kena berusaha dapatkan yang terbaik untuk anak2 kita kan ☺


ini contoh aku bancuh Esp  dengan  air ribena. Sedappp! 


Ada banyakkk lagi resepi esp. Paling fav sebenarnya. ... ESP + MILO . Ya Allah sampai berebut dengan Faiq. Sibuk ngecek Esp ibu. Hihi. 


Berkesan ke minum ESP ni? 
Haa ni soalan paling fav. Kenapa saya minum dah habis 1 tong tak nampak kesan pun??? ☺

Nutritionist  Shaklee ada bagitau... kalau nak berkesan... kena ambil berterusan... yes BERTERUSAN. Sebab apa? Sebab ESP membentuk sel2 baru... sel2 mati kita kasi buang sama dia. Heh. Sebabbbb..... sel2 bukan terbentuk terus bila sekali teguk! Bukan dalam sehari jugak.... banyak tau sel dalam badan kita ni. Hah.... kalau consume berterusan... memang KULIT MAKIN CANTIK, TAK KUSAM, ANJAL dan TEGANG :)


Hanya yanฤฃ mengamalkan ESP je faham apa saya tulis  haha. Eh dah melalut ni. Asal nya nak cerita ESP UNTUK WANITA HAMIL jek haha. Okbai.

Eh cop! Promo ESP buy 6 FREE 1 tinggal lagi 3 hari tau. Jom beli 1 dengan harga paling murah tak masuk akal. Haha.


10 Makanan Untuk Mencegah Arteri Tersumbat. Haaa Jangan Ingat Kurus Tak Ada Kolestrol Tauuu


Untuk diri sendiri jugak ni. Aku memang amalkan OMEGA GUARD bila rasa macam terlebih makan. Sebab tak nak lemak2 tak patut menempel kat badan iols. Huahuahua. 


Hoh! Ngeri ke idok? Pesanan penaja - CEGAH SEBELUM TERLAMBAT :)


Jom cekidaut apa makanan tuh yer :D

1. Bawang putih

Sejak zaman purba bawang putih telah digunakan untuk merawat hati penyakit dan tekanan darah tinggi. Menurut kajian yang diterbitkan dalam perubatan pencegahan, bawang putih menghalang arteri koronari menjadi keras menjadi kapur yang berfungsi sebagai penanda bagi plak pembentukan.

2 Anggur

Anggur kaya dengan flavonoid, quercetin, dan resveratrol. Ini flavonoid telah didapati untuk mencegah pengoksidaan kolesterol buruk yang membawa kepada pembentukan plak pada dinding arteri. Mereka juga mengurangkan risiko membangunkan darah beku yang boleh membawa kepada serangan jantung.

3 Bayam
Bayam kaya dengan kalium dan folik asid, kedua-duanya bertindak sebagai pertahanan terhadap tekanan darah tinggi. Bayam adalah juga kaya dengan lutein, karotenoid tumbuhan yang bukan sahaja melindungi daripada umur degenerasi makula berkaitan tetapi juga mencegah serangan jantung dengan menjaga arteri bebas daripada kolesterol membina.

4 Ikan

Kajian yang dijalankan oleh penyelidik di Southampton University mendapati bahawa Omega 3 minyak, hadir dalam ikan seperti tuna dan salmon, berhenti pengumpulan deposit lemak dalam arteri. Asid lemak mengelakkan pembekuan daripada membentuk dan kolesterol daripada menjadi teroksida.

Or sebagai alternatif .... boleh juga tambah OMEGA GUARD SHAKLEE dalam pemakanan seharian. Omega membantu mencairkan lemak lemak tepu yang dah lama sebati dalam darah..  


5 Minyak zaitun

Kolesterol teroksida hanya mampu berpegang kepada arteri anda dinding dan bentuk plak. Lemak monotaktepu membentangkan di minyak zaitun apabila dicampur dengan molekul kolesterol tidak baik menjadi kurang mungkin teroksida.

6 Tomato
Menurut kajian yang dijalankan oleh penyelidik Korea, lycopene, sebatian yang terdapat di dalam tomato yang memberi mereka warna mereka, membantu dalam mencegah pengerasan arteri. Para penyelidik mendapati bahawa wanita yang lycopene tertinggi tahap dalam darah mereka mempunyai kekukuhan kurangnya dalam arteri mereka.

7 Delima

Jus delima bukan sahaja muncul untuk mencegah pengerasan arteri dengan mengurangkan kerosakan saluran darah, tetapi boleh juga menterbalikkan perkembangan penyakit ini. delima buah-buahan dan jus yang tinggi kandungan antioksidan, yang boleh membantu perjuangan pengerasan arteri.

8 Kiwi dan tembikai

Makanan ini kaya antioksidan berfungsi dengan mengurangkan LDL toksik kolesterol, yang dibentuk melalui proses berkarat dalam anda arteri. Mereka boleh membantu menghentikan karat di trek dan juga mencegahnya daripada merebak. Makan satu cawan tembikai atau satu kiwi setiap hari untuk unclog arteri anda.

9 Jus Cranberry
Jus ini strain lemak daripada arteri. Daripada harus lemak terkumpul di dalam saluran darah, jus ini meningkatkan anda keupayaan sel untuk menyerap lemak dan menggunakannya untuk pengeluaran tenaga. Minum tiga gelas jus ini setiap minggu untuk unclog arteri anda.

10 Oat
Terima kasih kepada gentian larut dalam oat, kolesterol tidak berdiri peluang. Serat ini melekat pada kolesterol dan membawa ia keluar dari sistem anda. Beberapa kajian mempunyai menunjukkan bahawa pemakanan hanya 1 1/2 hingga 2 1/2 cawan oat- dimasak bijirin bran setiap hari boleh menurunkan paras kolesterol sebanyak hampir 20%.


Terima kasih kepada Omega dan COQ Helath Plus mampu atasi masalah ini. 

Sekian ceramah saya. Babai. Haha.


Monday, October 27, 2014

Kini lebih yakin dengan diri sendiri katanya

Sebelum tido meh nak belanja setepek testimoni penggunaan ALFALFA  dan  ESP yang konsisten. Jeles pulak aku tengok kulit dia ni. Isk isk.


Nampak cerah semulajadi  dan sekata kannn.... 

Hasil penggunaan ALFALFA  + ESP. Konsisten selama 6 bulan ++ dan inilah hasilnya... yang penting bukan muka putih tangan hitam okay. tehehe. Jerawat teruk petanda banyak toksin dalam badan tau.. so kena DETOX dengan alfalfa dulu ok. Herb lax pun ok. Ikut kesesuaian badan seseorang.


PROTEIN adalah penting untuk kulit yang sihat, bersinar serta anjal.


Kenapa Protein penting?
Protein terdiri daripada rantaian asid amino. Apabila kita mengambil protein dalam diet harian, protein akan dicernakan menjadi asid amino dan diangkut melalui darah ke seluruh badan. Sel akan memilih asid amino yang diperlukan untuk membina tisu baru, antibody, hormone, enzim dan sel darah merah.


Protein penting untuk pembaik pulih tisu serta membina tisu baru. Setiap sel memerlukan protein untuk menentukan jangka hayatnya. Protein adalah bahan utama untuk menggantikan sel yang rosak atau mati.

Kebanyakan sel darah putih diganti setiap 10 hari


SEL KULIT DIGANTI SETIAP 24 HARI
Lebih daripada 98% molekul badan diganti sepenuhnya setiap tahun!!
Tahukah anda yang otot, rambut, kuku, kulit dan mata diperbuat daripada protein. Begitu juga dengan sel yang membuat hati, buah pinggang, jantung, paru-paru, otak, saraf serta kelenjar seks.


Ketahui tanda-tanda kekurangan protein
Mata sembab terutamanya waktu pagi
Bengkak air. Secara umumnya di keliling mata begitu juga buku lali yang bengkak, muka dan juga tangan.


KUKU DIPERBUAT DARIPADA PROTEIN... bukannya kalsium. Kekurangan protein akan menyebabkan kuku pecah dan lambat tumbuh.

Struktrur folikel rambut adalah protein.

Fakta Penting Protein
Badan memerlukan 9 jenis ASID AMINO PERLU yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan perlu diambil daripada diet harian ataupun supplement. 9 asid amino perlu ini akan membentuk 13 jenis asid amino tidak perlu.

Bagaimana protein mencantikkan kulit?
Kulit menjadi anjal disebabkan kehadiran kolagen yang bertindak seperti simen yang kuat menggabungkan di antara satu sel dengan sel yang lain. Kolagen adalah tisu berstruktur dan proses penggantiannya sangat perlahan. 

KOLAGEN DIPERBUAT DARIPAPA PROTEIN BERSERAT. Hakikatnya, 30% daripada keseluruhan protein dalam badan adalah kolagen. Fiber putihnya yang kuat itu adalah lebih kuat daripada wayar logam yang sama saiznya serta mempunyai rangkaian elastic kuning yang dipanggil ELASTIN, membentuk jambatan tisu yang memegang badan kita.

Kolagen menguatkan kulit, salur darah, tulang dan gigi. Kolagen adalah satu di antara PROTEIN YANG BERNILAI di dalam badan manusia. Otot-otot di bahagian kaki dan tangan akan mula menggeleber bagi orang sakit atau yang mengamalkan protein rendah diet sebagai tanda mereka sudah kehilangan kolagen.

Digalakkan pengambilan Energizing Soy Protein (ESP)bersama-sama dengan skin care set kerana Protein diperlukan untuk membentuk kolagen serta membaikpulih sel yang rosak dan Vitamin E, Vitamin C di dalam skin care set kulit pula bertindak sebagai pendinding kepada radikal bebas yang merosakkan kolagen.

Perisai kulit memang perlu namun kita tidak dapat nafikan kerosakan sel kulit tetap berlaku dan sel kulit diganti setiap 24hari.

Oleh itu, protein la yang sangat-sangat diperlukan kulit sebagai doctor sel rosak/ sel mati.

Kita adalah SEL dan SEL memerlukan PROTEIN.!!!

[Beauty Tips]
Amalkan pengambilan ESP sebanyak 3 sudu besar sehari selama 3 bulan untuk mendapatkan kulit yang cantik, bebas jerawat serta BEKAS jerawat. PARUT di muka juga insya Allah akan hilang.

Roger ahkak meh. Promo tinggal berapa hari je ni.. ehehe

Normal price
ESP - RM150
ALFALFA - RM53

❤BEST PRICE roger ahkak meh 017-3743670 

Thursday, October 23, 2014

Jeruk Asam

Sekarang ni bukak Facebook je... asyik nampak  gambar jeruk asam ni. Siap ada yang berniaga lagi. Kecur liur tengok.


Tengok bahan macam senang jek. Tadi on the way balik kampung ajak husband singgah kedai buah jap.. nak beli mangga and jambu  batu. Asam boi ada kat kampung. Teringat mak punya asam boi macam tak berusik je. Meh aku kerjakan haha.


Ini lah hasilnya heheh. Serius  sedap. Haha. Aku main belasah je sukatan dia. Pandai2  ler adjust. Bahan utama nya ... gula.... garam... cili padi. .. mangga lemak better kot... mangga manis hancur pulak bila godek2 tuh.. jambu batu aku suka suki je tambah  hee..


K bai. Em sedap sedap. 


Tuesday, October 21, 2014

Bila handphone ibu jadi handphone anak -_-

Sejak2 dah pandai cakap German ni memang kena bagi full attention bila dia bercakap. Ibu jela yang faham Faiq cakap apa yerr... baba kadang2 je faham huhu. Terpaksa tanya ibu balik. Faiq cakap apa tu?



Kalau dah sampai rumah memang payah nak pegang handphone. Baru nak tengok handphone jap... Faiq amek. Siap cakap. "Buu dik jam jap" (Buu dik pinjam kejap) -_-'




Maka akhirnya terhantar whatsapp ke makngah. Nasib baik makngah dia je. Kalau boss aku cemaner? Haih dak ni.


Sempat la nak tulis sorii... kena rampas balik. Nasib la makngah. 




Siap SELFIE! Ayakkk. Hahaha





Ni la gambar SELFIE dia. Hahaha. Kepuh ahh main bedak kan... habis bedak aku. 



Minggu ni cuti lama sikit. Dapat mengulit anak lama sikit ye dak. Hihi. Kbai.

Monday, October 20, 2014

Weekend dengan ibu

Kenapa dengan ibu je?


Sebab baba iz kerja sampai tengah malam. So ibu jela melayan budak leter ni. Behehe. Penat oi jadi surirumah ni. Tapi hati puas tengok anak seronok je. Makan nasi banyak walaupun ibu masak so so je :)


Sabtu dok tergolek2 dari pagi sampai petang. Lepas Maghrib baru baba ajak keluar. Tu pun weols pergi Mydin je. Ok la tu. Pening juga kepala dok rumah je, Orang dah biasa bekerja memang camni kot. Kalau ada garden boleh jugak berkebun dengan anak2. Eh anak2? Hahaha coming soon. Gardening activities tu pun masih dalam perancangan. InsyaAllah buat satu2. Bestnya kalau halaman rumah hijauuuu je.. Segar mata memandang. Macam rumah mertua.. hijauuuu je.. sejuk mata tengok. Nanti la snap gambar hihi



Masuk je Mydin Seremban 2 .. pekerja A&W bagi belon kat Faiq. Mengelintin la dia ajak masuk. Erghh terpaksa makan kat sini. Tak sedap tapi makan jela. Tak hingin makan kat foodcourt Mydin tu... ada satu hari tu kitorang ternampak bulu kat kuetiow hahaha, Mungkin BULU HIDUNG BANGLA? OMG. BHAHAHAA. Masuk kedai Aidijuma tapi kenapa macam tak menarik je. Tengok IG rasa membuak2 nak beli. Dah sampai depan kedai Aidijuma.. belek2 tudung macam tak menarik pula. Behehe.


Apa yang best nya Mydin ni? Parking la FREE. Banyak pulak tu. Haha. 




Ok fine... beli pistol lagi. Menambah koleksi senapang kat rumah -_-'








Asalnya nak beli pampers je sebab tinggal 2 helai...






Akhirnya terbeli macam2 hihi






Kat bahagian bawah tu kecoh ada karnival apa entah. Ada jugak la butik Suci by Yatt Hamzah. 





Ahad pun sama macam Sabtu. Dok tergolek2 dengan Faiq. Baba balik kejap2 je.. balik makan mandi solat.. g site balik. 



So marilah kita beraktiviti ya anaknda. Jom bedak kan satu rumah bahaha. Spiderman pun pakai bedak. Malas aku nak kemas. Buat habis tenaga je. Tunggu dia tido baru kemas balik hehehe.





Dah kenyang and penat mari la baring depan tv. Banyak makan 2 hari ni. Kagum iols. Bak kata MIL,.. Faiq makan lagi banyak dari ibu. Hahaha






Dah bangun tido jom makan buah limau . Kemain bangga dapat kopek kulit limau hehe






Lepas tu weols main susun sumi jelly ikut warna. Faiq ni asik kenal kaler hijau je bahahaha. Takpe nanti kita main lagi ya.





Sesambil tu ibu layan Ariana Rose episod 1. Tak pernah tengok cerita ni. Boleh tahan jugak. 




Tu jela cerita weekend kami. Biasa saja tapi bermakna hihi.

Thursday, October 16, 2014

Selepas 2 tahun, apa patut buat?

Faiq sekarang dah 2 tahun 3 bulan. Dari nak masuk umur 2 tahun hari tuh dah berfikir2 nak wean off  or cerai susu badan dak halus ni. Tapi sampai sekarang belum berjaya sebab ibu iz tak sampai hati. Suka momen peluk2 dengan anak bila dia menyusu tuh. Huhu. Macam hari ni Khamis,, macam biasa pengasuh setiap hari Khamis ke Melaka. So diangkut sekali anak2 asuhan. Pukul 6 pagi dah terpacak jemput Faiq. So pagi tadi pengasuh dah sampai ... bagi salam... aku pun dah siap gantikan pampers Faiq.. tapi Faiq tengah mengempeng lagi time tuh.. aku cakap "Jom dik. Cik Ja sampai dah tu". Boleh pulak Faiq jawab "Jap jap dik nen ngeng ngeng" (Sambil angkat tangan) Behehehe. Ada je jawapan dia. 



Aku tak ada pengalaman bagi anak menyusu botol. So aku sangat kekok. Dan aku pemalas juga dok fikir nak bangun tengah malam bancuh susu. Selalu kan sumbat je tetek. Lol! Aku memang sayangkan kualiti tidur. Ada la satu malam tu aku ready kan botol susu.. air panas ... air sejuk sikit... susu sikit.. kat atas meja.. dekat jela nak bangun p bancuh susu... tapi haram nak bangun. Pftt. Tak boleh pakai betul.


Kalau tak payah bagi susu formula boleh ke? Lagipun dah lepas 2 tahun. Emak emak sangat sekarang. Benda macam ni pun boleh merasuk fikiran aku sejak 4 bulan lepas. Husband cakap  buat apa pakai botol lagi? Dah besar kan.  Ermm betul jugak. Kadang aku terfikir Faiq kurus sebab aku tak bagi susu formula ke?Sebab ada je suara2 jahat yang kudengar "Sebab tu la kurus. Tak minum susu formula. Tengok anak si polan tu elok je gebu minum susu cukup."


Persis lalat lalu. Krik krik.


Kamu telah mengguris hati ibu yang kadang2 rapuh ini. Behehehe. 


Tapi tadi dok scroll newsfeed FB... terbaca la artikel ini.... katanya cukup je tempoh penyusuan 2 tahun... tak payah ajar anak berbotol susu... kalau boleh tak payah ajar susu formula pun..... sebab sumber kalsium adalah lebih banyak dalam bentuk "GREEN FOOD" atau sayur sayuran. Untuk perkembangan otak... bagi la anak makan makanan yang tinggi Omega 3. Tak pun bagi je Omega Guard Shaklee. 2 minggu sekali ke.... Picit dalam mulut anak. Aku selalu lupa nak buat ni. Tak pe lepas ni tak boleh skip. 











Like OMG! Gigi berkarat? Alemakkk... gigi Faiq macam ada kuning2 sikit kat atas. Aku tiap kali mandi memang dok tonyoh berus gigi dia. Tapi tula hari bekerja kadang2 ... ermmm... tak sempat... ibu iz penat.... 



Tengok gigi Faiq kecik2 je... jarang2 pulak tu... haha. 





Terima kasih sangat yang tulis artikel ni. Aku macam dapat kekuatan nak teruskan misi... Faiq tak payah botol susu. Sebab aku berkira nak cari botol susu macam mana? Jenis apa? Botol susu 3 lubang ke? Hihi. Ahhhh ... persheton kannn.... Minum pakai cawan je sudeh. Tapi malam2 mengempeng macam mana pula? Haha. Layan jela sampai dia tak nak dah ye tak?  Sebab aku rasa susu aku dah tak ada sangat pun... budak tu lepas gian je nak amek bau. Sebab Faiq kuat makannnnn! sikit2 ajak g dapur mintak nasik. "Buuu nak acit. nak acit. dik pa" (Ibu nak nasik. Adik lapar.) Kejap2 kang mintak mi goreng la... roti la....  so aku assume susu aku tak mengenyangkan dia. So dia jadi kuat makan. Hehehe. 



 Sekian. Wish me luck :D


Wednesday, October 15, 2014

Klia2 - Bagan Lalang - Morib

Kisahnya ni masa mertua datang tido kat rumah. Hari Sabtu tak tahu nak pergi mana. Mertua suka jenjalan tanpa plan. Kiranya main terjah je hahaha. So ayah cakap jom la ke KLIA2. Bawak Faiq tengok kapal terbang. Husband pun on. Aku pun ok jela. Lagipun tak pernah lagi ke KLIA2. 


Dekat je Sendayan dengan KLIA2. Tak sampai sejam pun. Pendapat aku KLIA2 ni macam KL Sentral je.. hihi. Aku rasa KL Sentral lagi best sebab KL Sentral ada Nu Sentral. Haa pening tak? Hahaha. Ok la dapat gak tengok kapal terbang live walaupun tak pernah naik kapal terbang. Haha. Sian. Tak ada orang nak bawak lol.


Yang pasti Faiq memang enjoy je sepanjang hari. Tak meragam pun. Good anak ibu. 

Lepas ke KLIA2. Kitorang ke Bagan Lalang. Just untuk makan Char Kuetiow. Hihi. Biasa je. Tapi sebab perut lapar habis la Char Kuetiow aku. Ngeh ngeh. 

Kemain jauh air laut. Ke pantai? Aku rasa korang datang PD lagi bagus. Macam tak ada apa2 je kat Bagan Lalang ni hihi. 





Disebabkan macam tak best Bagan Lalang.. ayah cadangkan kitorang ke Morib. Katanya nak makan sotong bakar. Hoi SOTONG kot. Ai is suka bangat. Aku bayangkan sotong segar gemok gemok yang dibakar then ada kuah macam2. Bahahah. 


Rupanya ni la sotong bakar itu. Opsss! Hehehe. Aku kureng sikit benda2 dah proses macam ni. Tapi sedap gak la... heee







Sehari boleh pergi 3 tempat. Balik je memang flat dah Faiq. Mengamuk je keje dia. Saja je nak kasi dia penat biar cepat tidur. Hihi. 

Tuesday, October 14, 2014

Yang Serasi dengan Jiwa

Teringat dulu masa awal - awal masuk kerja. Ada someone tanya

"Liyana, kenapa you jadi secretary ek? Muka you sesuai sangat kalau jadi CIKGU TADIKA. 


Aku pun blur. Bahaha. Dah kenapa cikgu tadika? Tak layak ke aku jadi secretary babe?


Dah 5 tahun lebih aku jadi secretary pada seorang Lady Boss. At first memang sendu. Serba serbi tak kena. Aku pernah menangis sorang sorang sebab rasa tension sangat dengan boss. Tapi aku suka environment kat sini. Aku just tak mau jadi secretary haha. Apply dulu pun sebab abah yang suruh. Mana tau 1st attempt ni berjaya. Rezeki kot.


Dah hampir 6 tahun ni rasa bosan pulak. Rasa macam nak cuba benda baru. Masih mencari benda yang serasi dengan JIWA. Heheh. Shaklee aku dah try. Aku penat kena kejar monthly target. Boleh semput mak. Now aku nak cuba menjahit pulak wakakaka. Minggu ni asyik terfikir nak beli MESIN JAHIT. Boleh? Ahahah.


Mana tahu boleh jadi sumber pendapatan? Kakaka. Aku tengah berangan siapa aku 4 tahun akan datang? Sampai bila aku nak berulang KL - Seremban? Sementara anak sorang ni boleh la lagi. Nanti anak dah berderet camne?

Babai.

Friday, October 10, 2014

Cara Letak Underline Betul2 Bawah Post Title

Vavavavava

Dah macam pandai sangat kan. Bahahahha. Aku share yang aku tahu jela. Nanti senang nak cari balik :D

Konon2 macam lagi kemas kan. Bagi aku la...

Cara dia senang je. Orang cakap ni basic HTML.

Korang buat macam ni jeee





Dah siap! haa kan dah kata senang je hahaha

Kbai. Sekian tutorial mak hari ni wakakaka


Tuesday, October 7, 2014

Belajar coding sendiri

Since dari last week aku dok menggodek blog ni tukar itu ini haha.

Akhirnyaaa berjaya... ikut yang aku nak. Setakat ni laaa... haha.

Aku ni ikut mood sikit. Kejap kang nak macam ni kejap nak macam tu. Header je aku belum mahir lagi. Nexttt..... hihi


Aku ni cerewet. Kejap nak ni. Kejap nak tu. So terpaksa la belajar sendiri. So far so good. Best jugak belajar coding blog ni.


Contoh.... macam mana nak hilangkan garisan kat image... macam mana nak letak background kat sidebar... macam mana nak letak underline bawah post title... html code color... haaa google je.. try and error. Siap! Haha. Phew. Berbulu je mata membaca coding ni. Padahal dulu belajar kot time kat kolej dulu -_-'

Projek Membersihkan Kawasan Kuarters dan Pejabat Sains Ngoi Ngoi, Pantai, Seremban

Husband memang selalu dapat projek tepi macam ni. Tapi kitorang ni terpaksa park duit customer kat akaun member. Sebab member tu ada kilang sendiri. So customer lagi percaya. Aku pernah follow husband g rumah sorang customer... makcik la... tapi kaya... dia nak tambah wardrobe kat bilik anak dia sebab anak dia nak kahwin.  So nak renovate sikit la. Makcik tu dah bagi deposit... err banyak jugak... mana tau member tu pakai pulak deposit makcik pegi bayar hutang hutang lain. Waklu sangat. Sudahnya terpaksa cerita hal sebenar kat makcik tersebut. So rumah makcik pun dah siap tapi profit tak banyak pun sebab dah banyak burn disebabkan member. Malas nak bising2 sebab kitorang pun satu sekolah je. Pusing2 jumpa balik nanti. 


Seriously aku baru tahu pasal benda ni sebab aku tak pernah amek tau apa yang husband buat. Aku tak berminat sebab aku sendiri pun bekerja. Apa2 barang yang aku berkenan pun aku beli sendiri. And aku tak pernah minta duit husband. Pandai2 la kan tanggungjawab awak. 


So entah macam tetiba hari tu dia cerita pasal projek2 yang dah banyak burn ni. 

Allah nak tunjuk jalan agaknya. Dapat lagi satu projek tapi ni profit tak banyak dalam 5k je which is projek pembersihan nih. 

Dapat lagi satu projek mahkamah tapi tak cukup modal.. yang ini memang rugi kalau dilepaskan sebab profit belas2 ribu jugak... ermm.. terpaksa pejam mata keluar modal beli mesin untuk jangka masa panjang. Kitorang bercadang nak buka company sendiri specialised dalam interior design ni. Sebab tu kena beli mesin sendiri. Projek mahkamah ni nanti la aku cerita. 




So untuk menyokong husband sendiri. Ai iz follow je. Suami Isteri DAN Impian itu perlu berjalan SEIRING. Aku terbaca dalam buku Mudahnya Menjemput Rezeki - Agar rezeki lebih mudah datangnya, impian suami isteri harus diselaraskan. Tugas suami untuk meyakinkan isteri bahawa "IMPIAN INI IMPIAN KITA BERSAMA". Giteww




Ini la kuarters Sains tuh. Semak je. Masa kitorang sampai ... budak2 Pakistan baru lepas memotong rumput hihi. Ada 4 orang semuanya. 







Dorang siap call laki aku mintak belikan sarapan dulu -_-' so kitorang berhenti la kejap beli sarapan dorang ni haaa... 







Roti canai dan teh terik uols. 







Lepas tu pergi kedai hardware beli kereta tolak, penyapu, mop.. etc2. Penuh kereta. Dah la kereta kecik je. 




Budak ini kerjanya kejap ke depan kejap ke belakang

















kerja siap dah boleh CLAIM! 5K je. Lagi 5K tu upfront payment dari projek mahkamah. Alhamdulillah :)

Thursday, October 2, 2014

Copy paste - sabar jela labu

Nak menangis baca.
Orang macam tu mana faham kan..

Teringat cerita yang Anil Kapoor jadi Perdana Menteri sehari tuh. Pernah tengok tak?

Habis segala dasar kerajaan ditukar eh.
Kalau la Malaysia boleh buat camtu kannn..

Hahahaha.

×××××××××××××××××××××××××

RAKYAT DIPAKSA TELAN TANPA PILIHAN - SAIFUL NANG

Jika saya tinggal di London, New York atau paling teruk pun di Guangzhao, Melbourne jika minyak naik saya tak terasa pun. Alternatif disediakan untuk saya sampai dari sejauh zon 6 Kota London ke tengah bandar ataupun ke zon 6 arah berlainan dalam masa kurang 1 jam sekalipun semasa penyuraian waktu puncak. Apa nak risau jika Tuan Mayor Kota London juga naik train ke tempat kerja, untuk mesyuarat dengan pelanggan di mana-mana sahaja juga boleh naik train. Belanja pun tak banyak, guna sahaja kad bulanan mereka itu boleh sahaja melacak ke seluruh London. Untuk ke Manchester, Nottingham (seperti kita nak ke Kota Bharu dan Kuala Terengganu) boleh guna train juga dengan kekerapan tinggi dan HARGA YANG MURAH (jika nak banding dengan pendapatan mereka, harga itu memang murah).

Hari ini kita dipaksa untuk telan kenaikan harga tanpa kerajaan tuntaskan keperluan pengangkutan awam yang sangat parah. Naik bas pun tidak pasti boleh sampai ke pejabat tepat atau awal dari masa walaupun ada lorong khusus untuk bas. Saya minat melihat lorong bas di Istanbul seperti track keretapi yang tidak boleh dilalui kereta. Tak perlu buat landasan dan tak perlu beli keretapi mahal-mahal. Guna bas sedia ada juga sudah lebih baik dari membuat projek pelebaran lebuhraya. Sampai kita ada 50 lorong pun masih tetap tak cukup.

Tindakan pentingkan diri juga boleh disabitkan. Jika hebat pengangkutan awam nanti Proton punya jualan merosot pula. Dr. M tak akan berdiam diri.

Malaysia sudah diwarisi kepada Datuk Seri Najib Razak dalam keadaan yang sudah parah. Dapat pula ke tangan anak yang lahir atas dulang emas yang tidak pernah merasai kesusahan rakyat secara realistik dan peribadi. Saya tersinggung semasa pertemuan bersama beliau dalam satu perbincangan "tehtarik" di Jibby & Co Subang awal tahun ini, beliau berseloroh tentang isu air dan saya lihat ia tidak kelakar langsung. Pada keadaan gawat air dengan penggunaannya bercatu dengan asbab beberapa dari kami bercatu air di rumah sehingga mandipun nak bercatu, beliau boleh berseloroh "Saya boleh mandi...rumah saya ada air" (lalu ketawa).

Saya tahu ini pedas untuk Datuk Seri dan saya juga harap tak perlu nak katakan ini secara umum. Email cadangan berkajang-kajangpun, yang membacanya bukan dia tetapi ditapis oleh lapisan yang mungkin lihat ini remeh. Tapi kita lupa, jika suara rakyat ini seperti air. Jika disekat dia akan melimpah juga sehingga satu ketika limpahan itu akan meruntuhkan empangan yang dibina selama 57 tahun.

Petronas diajar untuk mengatakan rezab minyak kita tinggal sedikit, tetapi kerajaan lupa jurutera-jurutera carigali Petronas ada mulut dan ada Facebook. Mereka boleh bercakap dan mereka selalu bercakap rezab minyak kita sangat banyak lagi. Sekecil Brunei itu sendiri rezab minyaknya masih lagi tidak habis-habis dan tidak akan habis sehingga 2030, mengapa kita boleh fikir rezab kita akan habis pada 2030-an?

Masalah bila orang senang mentadbir, semuanya mahu dibeli dengan wang. Berikan rakyat BR1M sebagai gula-gula yang tidak mengenyangkan dan tidak juga berkhasiat. Wang tunai ditabur-tabur seperti Ali Baba Bujang Lapok memberi sedekah di pasar-pasar.

Turunlah Datuk Seri, Turunlah....

Bukan turun meletak jawatan, tetapi sebelum itu turunlah melihat SENDIRI kepayahan rakyat. Mungkin susah untuk Datuk Seri tahu sehingga Datuk Seri menerima gaji RM1500 sebulan dan perlu berulang alik dengan kereta sendiri yang berhutang dengan bank dengan kadar faedah bank konvensional dan "Islamik" tapi menjerut leher. Isi minyak sendiri dan bayar tol sendiri juga bayaran parking. Makan dengan bekal nasi yang dimasak oleh Datin Seri Rosmah sendiri. Mungkin baru boleh memahami dengan sebenar-benarnya.

Secara praktikal, itu mungkin sukar tetapi kami yakin Datuk Seri boleh turun dan lihat sendiri dan dengar sendiri kata-kata rakyat tanpa perlu protokol Perdana Menteri yang kadangkala mengarut dan menjarakkan informasi rakyat kepada Datuk Seri. Jika rakyat tak mampu sampaikan terus, rakyat akan sampaikan dalam media sosial.

Untuk pengetahuan Datuk Seri, jika Datuk Seri buat lawatan ke sesuatu tempat, orang-orang Datuk Seri akan jadikan tempat sampah nampak macam Hyde Park. Setinggan nampak macam hotel 5 bintang tetapi setelah Datuk Seri pulang, semuanya dicabut semula dan tinggallah semuanya dalam keadaan sediakala sementara Datuk Seri dengan bangga membuat kenyataan "SYUKURKAH, MALAYSIA SUDAH MAJU".

Apabila minyak naik harga, kesannya tetap kesan domino. Janganlah Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (Menteri Ayam) membuat kenyataakn memujuk yang harga barang tidak akan naik. Saban kali berlaku begitu, harga naik tetap naik. Penguatkuasaan kementeriaan hanya sekadar seperti seorang bapa menegur anak nakalnya yang panjat-panjat rumah tetamu dan memecahkan pinggan dengan teguran "Haiiippppp....babab kangg" dan kemudian sambung bersembang semula.

Dulu semasa saya kecil, saya terpaksa percaya pada RTM. TV3 masa tu kalau nak dapat siaran pun kena pasang tudung periuk di antena. Setiap kali nak pilihanraya, Van Kementerian Penerangan akan buat hebahan WAYANG PACAK di pekan sehari Felda. Ramai-ramai kami berlonggok nak tengok cerita A.R Badul sambil hampar tikar dan kami juga terpaksa telan kempen pilihanraya yang main dalam wayang pacak ini. Sekarang surat khabar dan TV sudah bukan sumber doktrinisasi kerajaan lagi, kami boleh dengar terus dari suara rakyat di sebelah sana juga sebelah sini tanpa perlu mereka menjadi pemberita.

Datuk Seri, buanglah darah kerabat dan darah bangsawan yang ada dalam diri. Bercampurlah dengan marhaen yang sering terpaksa menelan semua yang disuapkan tanpa rela.

Datuk Seri mungkin lihat, selepas beberapa bulan rakyat akan senyap kembali dan semuanya berjalan seperti biasa dan Datuk Seri akan buat kenyataan "Alhamdulillah, Rakyat Malaysia sudah mampu terima kemajuan".

Boleh naikkan harga minyak, tetapi siapkanlah sarana pengangkutan awam yang murah dan efisyen serta boleh diharap. Jangan jadikan KEPERLUAN AWAM seperti pengangkutan, elektrik dan bekalan air sebagai satu perniagaan untuk dasar keuntungan tetapi jadikanlah itu satu khidmat yang wajib bagi sebuah kerajaan.

Sedarkah Datuk Seri, di sebalik penerimaan itu bukan kerana kerelaan tetapi kerana mereka terpaksa mencara jalan survival kerana sandaran mereka kepada Kerajaan sudah tidak berguna lagi. Nenek tua yang patut berehat terpaksa menjaja untuk tidak rasa membebankan anak-anaknya yang menjaga beliau. Berapa ramai anak jadi yatim kerana bapanya maut dalam kemalangan motorsikal kerana mengantuk membuat kerja tambahan sehingga 20 jam sehari? Berapa ramai anak-anak yang rosak akhlaknya kerana ibu bapa terpaksa kerah tenaga bekerja siang dan malam? Berapa ramai anak-anak yang terpaksa menukar ruji mereka dari nasi kepada bubur lembik? Berapa ramaikan bapa-bapa marhaen akan dipenjara kerana mencuri susu di pasaraya kerana anak kecilnya menangis kehabisan susu? Berapa ramaikah adik beradik berbunuhan kerana kesempitan ruang hidup? Berapa ramaikah suami dan isteri yang bercerai kerana kehidupan sudah jadi terlalu mahal untuk kekal bersama.

Datuk Seri tak mungkin tahu perkara ini. Kerana ayah, atuk dan keturunan Datuk Seri ialah orang Bangsawan. Bukan Marhaen yang melarat. Tidak salah jika saya sarankan Datuk Seri untuk belajar dan mungkin bekerjasama dengan individu yang memimpin dalam miskin seperti Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Saya yakin, jika tiada sekatan pembangunan dari kerajaan pusat, saya yakin cara kepimpinan TGNA mampu ubah Kelantan menjadi negeri termaju.

Bangsawan dengan bangsawan, Marhaen dengan marhaen. Jika makan berpinggan emas, masakan tahu erti tidur berbumbung langit.

Turunlah ke bawah seperti Khalifah Ummar lakukan....secara DIAM, sembunyi dan tidak dikenali. Jika turun padang Datuk Seri dengan rombongan sekapal dan gempita siren-siren polis pengiring, orang buta pun akan tahu PM yang datang.

Datuk Seri, bukannya marhaen tidak berjimat. Sudah habis susu anak berganti air sirap kurang gula kami berikan anak-anak kami yang menangis. Bukan juga marhaen malas, kerana marhaen sampai sudah hampir 24 jam bekerja. Jika tidur itu tidak wajib, 24 jam itu marhaen akan bekerja.

Bertimbang taralah...

Datuk Seri pembuat keputusan tertinggi di Malaysia. Input kepada percaturan keputusan Datuk Seri ialah informasi yang diberi. Jika informasi tidak telus, maka keputusan Datuk Seri pun akan jadi zalim juga.

Pentadbiran Datuk Seri terlampau mahal dan sesuap makanan Datuk Seri ialah sebaldi peluh marhaen. Bil Elektrik Datuk Seri setahun boleh menghantar 50 orang anak-anak Marhaen menjadi doktor yang tidak berhutang dengan PTPTN. Mungkin juga jika benar desas desus akan beg tangan Datin Seri yang mahal itu, untuk setiap satu beg tangan itu bernilai lebih dari pendapatan seumur hidup beberapa orang marhaen.

Datuk Seri, tak mengapa jika Wawasan 2020 tidak dicapai pada tahun 2020. Apalah guna jika dicapai tetapi kekayaan negara tidak dapat dirasai bersama, yang miskin terus tertolak tempatnya dari daratan negara.

Datuk Seri, MALAYSIA BELUM AMAN. MALAYSIA BELUM MAJU.

SAIFUL NANG
Orang Marhaen

//nota tambah : Datuk Seri kalau baca, saya nak ingatkan haritu ada minta nak jumpa Datuk Seri tanpa pelobi-pelobi projek seperti di Jibby & Co dulu. Saya bersama sekumpulan marhaen yang sudah buktikan kebahagian dan kemakmuran negara tidak bermodalkan duit sangat. Datuk Seri boleh menang majoriti 2/3 pun kalau cepat tahu caranya. Tapi tu lah...kami ni Marhaen kan, lama dah minta jumpa tak dapat-dapat juga. Saya pun tak suka jadi keyboard warrior berdegar-degar di laman sosial jika dapat berdepan dan berhadap.

///saya bukan orang politik. Saya bukan benci Datuk Seri, bukan juga benci kerajaan dan tidak juga penyokong Anwar Ibrahim jauh sekali bernadikan PERKASA...tetapi saya menulis sebagai MARHAEN MALAYSIA.

Wednesday, October 1, 2014

Tentang ESP

* Energizing Soy Protein Shaklee telah diiktiraf di seluruh dunia dengan menjalankan kajian klinikal yang paling banyak ke atas produk dan protein
kualiti tinggi yang diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan. Ia mengandungi hanya kacang soya non-GMO (tidak diubahsuai secara genetik) yang diproses di bawah suhu rendah.


* Energizing Soy Protein Shaklee
mengandungi 22 jenis asid amino dan ia adalah satu-satunya produk di pasaran yang menyediakan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia.


* Protein kacang soya adalah dua kali lebih dari daging, 4 kali lebih dari telur, 12 kali lebih dari susu. Ia juga rendah lemak, rendah kolesterol dan mudah diserap oleh badan.


ESP INI SESUAI UNTUK SIAPA??
1. Ibu menyusu
2. Ibu hamil
3. Lelaki/wanita yang ingin turunkan berat badan
4. Sesiapa sahaja yang inginkan
kesihatan berpanjangan
5. Mereka yang mengalami masalah kesuburan
6. Mereka yang ingin menghilangkan parut (parut jerawat mahupun parut2 dibadan)
7. Mereka yang ingin menaikkan taraf kesihatan
8. Mereka yang inginkan kulit cantik berseri serta halus mulus
9. Wanita yang inginkan payudara anjal
10. Sesuai untuk kanak2 sehinggalah warga emas.

Liyana | 017-3743670


Dapat FREE BOTH. Stok terhad yer... siapa cepat dia dapat weee ❤

Lupa pulak mention HARGA RM125 TERMASUK SHAKER & POSTAGE. 

Tapi ada cara lagi cepat kalau nak putih gebu mulus macam telur dikupas haha. 3 sachet dah nampak kesan tau ๐Ÿ˜Š


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...