BLOGGERIANS

Thursday, November 27, 2014

Seoul Garden Palm Mall Seremban

Hi. 


Dah lama mengidam nak makan kat Seoul Garden. Laki bini mengidam. Bukan aku sorang yer. First time pergi Palm Mall ni Faiq mengamuk. Cancel plan. Semalam pengasuh Faiq cakap nak pulangkan Faiq lewat sikit sebab ada hal kejap. Dah otw baru cakap. Kalau bagitau awal... boleh adjust time suruh husband amik Faiq dulu. So lambat la jumpa anaknda semalam. 



Mengidam ni adalah disebabkan rentetan masa pergi holiday kat Melaka dulu tuuu.. Seoul Garden Mahkota Parade sedap giler! So nak try kat Palm Mall Seremban pulak. Sedap ke idok? Heh. 



Parking penuh! Kitorang parking kat atas. Fuhh dasyat pusing2 nak naik parking atas tu... kalah parking Seremban Parade / Prima. Sampai atas fenin tingtong.







Kat Palm Mall ni macam2 kedai makan ada. Pilih je. Kedai pun dah banyak. Ok la kan...  




kitorang makan semalam berdua je... dinner... sorang RM52... total dalam RM108++.  Makanlah sampai buntang. Hehe.





Ada 3 jenis kuah boleh pilih. Sup, tomyam and kimchi. So dah tentu amik tomyam kan.. teringat yang Seoul Garden kat Mahkota Parade punya tomyam sedapppp!





First round.....





Second round....





Hotdog ni sedap! berapa kali entah aku berulang tambah hihi





Ketam sedap! Manis sangat. Sebelah ketam tu binatang apa? Pelik bebenau rupanya hihi. Lupa lak snap gambar hahaha.




Overall, aku rasa Seoul Garden kat Mahkota Parade lagi sedap. Kuah tomyam kat Palm Mall ni cair... biasa2 je... garam tak terasa sangat. 

Cawan pun dia bagi 2 je eh. Tak ada extra. Semalam aku amik White Coffee. Amik yang tu jela.... tak sedap... tawar. So kalau nak amik air.. amik sikit2 je dulu... berbanding kat Melaka tu boleh penuh 1 meja dengan cawan. Hahah. 


Dah habis makan baru teringat anak. Dasar! Behehe. Maafin ibu anak. 


40 minit jugak la kitorang berdua kat dalam tu. Macam bosan. Tempat2 macam ni best pergi ramai2. Hehehe. 


Kat tengah2 Palm Mall tu ada Santa Claus. Dulu kecik2 selalu berangan nak naik kereta ni hihi. Kalau Faiq ada ni mesti kecoh mulut dia bertanya "Buuu pe tu haaa?"

Sobbb... sobbb... terasa sangat pelik dapat berjalan dalam mall dengan tenang. Kalau tu sibuk berkejaran dengan anak hahhaa. Ibu rindu Faiq :(





Sebelum balik singgah Daiso jap. First time masuk Daiso. Tak tahu pulak dekat Palm Mall ada Daiso. Yeeehhaaa... boleh pergi lagi pasni. Ada 5 barang aku rembat dekat sini. Nanti iols share nak buat apa dengan barang itu... Hehehe.




Eh ada ToysRus tau dalam ni. Next time nak belanja anak bujang g sana pulak :D

Wednesday, November 26, 2014

SayaJual : Poplook

***UPDATED : SOLD OUT - member ofis dah beli hihi



Hi. 

Aku ni pembeli tegar online. Behehe. So ini lah bahananya... tersalah size. Aku suka blouse2 Poplook... pernah beli Haley Blouse tapi ya Allah besar gedabak nya... pakai sekali terus tak pakai dah. Kaler hijau. Ada yang berminat tak? Nanti aku check size. Yang ni preloved so sudah pasti murah giler. Hehe. 








Walaupun pernah tersalah size... aku tak serik. Hahah. Aku suka beli online sebab macam best bila dapat parcel kat ofis. Macam dapat hadiah gitu. Heh.


So kisahnya minggu lepas aku beli lagi... tapi aku email dulu customer service.. bagi ukuran badan then dorang suggest SIZE L. Woah. Aku pun follow jela kan.. mana tau cutting blouse tu kecik. Sebab aku biasa pakai baju size S je.








So bila try pakai... hmmm... BESARRR! Omg. Kalau ikut return form tu kena tukar dalam masa 7 hari. Aku pulak dah bawa balik rumah and terlupa nak bawa opis untuk di pos. So dah makan banyak hari kat situ. Heh. Burn la 7 hari. 



So aku nak JUAL BALIK dengan harga RM60. Retail price RM69. Tak boleh la nak kurang lagi sebab aku tak pernah pakai melainkan untuk test... tak pernah basuh.. tag pun tak tanggal lagi. Sobb... ruginya aku. 


So sesiapa nak boleh whatsapp - 0173743670. 





Ini gambar sebenar dari website poplook ya. Babai


First time ke Aquaria KLCC


Hi. 

Ini cerita 2 - 3 minggu lepas. Minggu aku demam lama hari tuh. Hehe. Dalam pada demam tu sempat lagi ke Aquaria. Dah laki beria kan. Aku follow jela walaupun badan dedar2... kepala tingtong. Memang malam tu bertambah2 demam aku. Hihi padan muka. 


Ini adalah pengalaman pertama aku ke Aquaria. Mahal jugak eh tambang masuk. Aku ingatkan terowong ni besar tau. Rupanya kecik je. Berlaga bontot dengan orang ramai. Heks.



Tengok Faiq tengah berjoget kat depan tu. Dengan aku sekali terpaksa berjalan laju sebab Faiq kejar eskalator tu haa. hish.




Dalam ni gelap sikit. So Faiq takut. Tak nak langsung berjalan. Huhu. Pening mak. 




Terpesona tengok ikan dalam nih 




Cuba bayangkan kalau anak jatuh dalam kolam ikan nih. omg omg




Alamak gambar tak tersusun. Ni ikan piranha. Awal2 kat pintu masuk tu je. Teringat ada 1 cerita omputeh yang budak2 pergi camping and kena makan kat ikan piranha. Pheww








ada la 2 - 3 jerung lalu atas kepala aku hahaha. eksited woi. hihi





Malas nak taip. Babai. Hahah. Lepas ni kalau nak pergi lagi kena tunggu anak dah sekolah la kot. Aku tak berapa enjoy sangat la Aquaria ni. Pergi zoo lagi best haha.  

Tuesday, November 25, 2014

River Cruise Melaka

Hi. 


Sabtu lepas PIL nak belanja family makan. So makan ikan bakar la kita ...... ke Umbai. Tak dapat menghayati sangat ikan bakar ni sebab awal- awal lagi Faiq dah mengamuk nak beli semua mainan kat situ. Dah la mahal berganda - ganda pastu benda yang sama je dia nak beli. Nak beli je takpe jugak.. ni menyalar - nyalar kat lantai. Memang bikin malu mak bapak khenn... hilang kawalan ibu and baba marah Faiq. Tak pernah tengok husband naik angin begitu. Kecut perut mak hihi. 


Lepas makan FIL ajak naik river cruise. Ada show poco- poco kat laluan masuk river cruise. Hihi.



Aku ingatkan tambangnya mahal ... rupanya RM10 je per pax.... so boleh la nak naik lagi sekali nanti. 2 kali pusing.... sekali pusing ni perlahan je... kali kedua laju sikit.... cantik kiri kanan pemandangan.... rumah - rumah kampung cantikkk.... ingatkan sekadar pameran... tapi memang bertunggu rumah - rumah tu... huhu




Muka ibu kena blur la yer. tak semenggah muka den. bahaha. Faiq is excited. Nasib dia tak buat hal masa naik river cruise nih huhu





sibuk babai bila bertembung dengan river cruise yang lain hihi






















Aku seriau betul tengok air macam tenang begini. Aku bayangkan ada ikan jerung dalam tu. Hahaha. Macam mana kalau kapal ni terbalik? kapal ke bot? haha














Banyak hasil seni kat dinding. Cantik - cantik pulak tuh. 













Ni la kot Hotel Casa Del Rio tu. Teringin nya nak bermalam kat hotel ni. Tapi mahal gak ek. heh. 




Casa Del Rio - sumber google

cantiknya nyahhh













Overall memang puas hati. Thumbs up! :)



Thursday, November 20, 2014

Alahai anak ibu

Hi.

Aku sihat today but batuk still ada. Eh. Sejak aku up cerita tak sihat.. ramai pula yang beranggapan aku pregnant? Tehehehe. Maafin patik. Belum ada rezeki Faiq jadi abang yer... soon soon...hehehe


Faiq sekarang dah 2 tahun  4 bulan 17 hari.

✔Makin nakal
Contoh - saja je pergi geletek leher aku sambil cakap "ee geli geli ibu" eh mamat kecik nih -_-'
Aku tersasul cakap pun sesedap dia je membahan aku balik. Wah gaya sebijik macam baba nih haha.

✔Manja.
✔Mulut becok.
✔Kuat makan.
Fav food : ayam masak kurma & sambal udang /sotong
Fav drinks : air kosong, vitagen

✔Suka berjoget.
Fav show: kilauan emas. Hahhaa. Atok2 sangat Faiq nih.

✔Suka menyanyi.
Lirik dia : tinmuuuu ...tinmuuu.... pan...pan... (sambil pegang apa2 je yang menyerupai mic. Tak dapat dikenalpasti lagu apa) hihi

✔Suka main masak2.
Ibu n baba pun kena masak jugak lauk ayam... ikan... sotong...donut -_-'

Oh banyak lagi.

Seronok bila anak dah pandai cakap. Asyik bergaduh jela kerjanya. Hihi.


Vocab pun dah makin ok. Aku tak ajar anak cakap pelat sebab tak suka. Hihi. Jelas jugak la dia bercakap. At least bukan aku sorang je yang faham.  Hihi.


Kadang - kadang kepochi jugak mamat kecik ni. Aku dok tungtang kat dapur kang... dia berlari2 datang sambil tanya "buu watpe tu haaa?"

Cara sebut "pe" kena sama kan bibir atas dan bawah sambil juih sikit. Hihi. 
Sebut "tu"  kena double2 kan sikit. Lidah kena selari dengan lelangit. Haha. 
Kemain qalqalah sangat anak aku. Hihi. 

Sebut "haaa?" tu macam ala-ala Nasir Bilal Khan. Ekekeke.  Seriously. Nanti aku rekod.

Lepas tu bila orang tengah gelak ramai2. .. dan2 je tanya "buuu ape gelak haa?"
Cara sebut "haa" macam Nasir Bilal Khan tadi yer. Hihi.


Kadang suka jugak tanya "buuu lepas tu?"
Ibu jawab "threee"
Faiq jawab " oooooooo" dengan mimik muka puas hati sangat dengan jawapan ibu haha.

Ibu pening soalan Faiq macam tak ada kaitan haha.
Ok la tu jela yang aku ingat. Rindu ke anak pula nihhh


hai boypren ibu :)


Wednesday, November 19, 2014

Tak ada yang serius hihu

Hi.


Semalam aku MC lagi. Berderet - deret dah MC aku haa. Apa boleh buat... bukan aku mintak... aku terniat je. (Refer prev entri hihi)


Isnin aku masuk opis tapiii masuk tengahari dah mula pening.  Menangkap ke kepala. Kalau demam batuk selsema boleh tahan lagi.  Ni pakej dengan sakit kepala pusing2 dah tu telinga pun pekak sebelah.  Memang tak boleh blah betul. Member kata MC je. Aku nak amik MC tapi dok fikir nak balik naik komuter jap lagi dengan kepala pusing makanya aku hold dulu la... p tido kat surau dengan harapan..... bangun nanti hilang la sakit kepala. 


Bangun tido lagi pening. Dengan sejuk. Demam balik nih. Ayoyo. Sudahnya tumpang member opis... balik dengan dia. Sebab dia duduk Senawang. Takdela awal sangat balik pun... kul 445pm gak kuar opis.


Sampai rumah memang tak terlayan Faiq. Sian dia. Sampai satu tahap termenangis sebab terlalu sakit kepala aku. Tak pernah rasa macam ni. Faiq dah cuak. "Baba... bu nangissshhh!"  Beria2 dia bagitau baba. Hihi. Alahai anak ibu. Husband tanya Faiq. "Adik buat apa kat ibu? Kacau ibu ke?"

Faiq jawab "tak ado"  dengan muka blur... terus melalak. Ingat baba marah dia.


Malam itu ibu jadi pesakit. Baba picit kepala. Faiq picit kaki. Auww. Hihi.


Selasa MC. Malam baru dapat pergi klinik sebab husband kerja. Pergi klinik yang first day pergi masa day first demam. Cakap dengan doc nak amik MC je doc tak nak ubat. (Sebab ni non panel nanti kena bayar) 


Doc macam tak nak bagi je MC kan. Aku pun cerita laaa.. aku dah demam since last week. Ada datang klinik ni lepas tu tak elok2 g klinik lain pulak sebab tak sanggup pula nak bayar... huahua... ada datang opis pastu demam berbalik balik.

Doc tanya "tak ada amik darah ke? Demam lama ni bahaya takut denggi"

Ku jawab "Hah itu yang saya pelik kenapa klinik tak amik darah saya?"

Doc pun amik darah. Ni la resultnya. Doc punya panjang lebar explain. Mak tak paham noks. Yang ku faham HB LOW, PLATLET RENDAH. 


Doc cakap PLT aku dikira rendah sebab selalunya NORMAL dalam 200 ke atas... so kena berjaga2 lagi 2 -3 hari kalau demam balik... kena amik darah lagi.



Aku paling lemah bab2 kena makan ubat ni. Bukan takut ubat... masalahnya tak boleh nak TELAN! TERCEKIK! haha. Solution nya kena tumbuk la uols. k babai. Hahaha cam budak kecik :D


bau dia kemain HARUM mihmihmih


Monday, November 17, 2014

Niat pun boleh jadi....

Hi.

Lama betul rasanya tak buka blog. Bersawang dah ha. Instagram pun tak ber'update'. Kenapa begitu? Heheks.


Last week... hari Isnin je aku masuk opis. Malam tu dah start rasa kepala berat.. ish nak demam ni. Aku ni jarang demam. Memang jarang sangat. Paling lama dulu demam cikungunya tu lah.  

Bangun pagi je kepala berat. Hidung tersumbat. Both! Badan panas tapi seram sejuk so memang demam lah kan. First day demam pergi klinik . Nak cepat punya pasal aku g klinik yang dekat2 je... memang bukan panel.

Faiq pun demam jugak. Mata bertahi2 kuning hijau. Bangun pagi mengamuk sebab mata tak boleh buka. So cek la sekali ibu dan anak. Aku bukan la pemakan ubat yang tegar. Selagi boleh elak memang ku elak. Ingat nak amik MC je sehari sebab kalau nak g kerja pun aku tak larat. Maklum la aku kan travel jejauh. Kang pitam pulak dalam train. Dah alang2 MC pun banyak.. habiskan jela. Rugi pulak tak guna kan... heh.


Disebabkan bukan panel... makanya kena bayar RM110 kau. Terperanjat beruk mak. Nasib baik cukup duit den haha. Takpe nanti claim balik.



Hah sebut pasal MC ni. MC aku tahun ni banyak lagi. Aku baru guna sehari. Hebat. So hari Isnin yang aku masuk ofis tu... aku clearkan la balance leave aku... dok tercongok depan portal GEMS tu ha... aku berkata dalam hati "ISH BANYAKNYA MC AKU NI.... SAYANG NYA LA HAI TAK GUNA"


Aku cakap dalam hati je ok. Demi Allah tak ada niat lain. 


Sekali malam tu demam. Kaw kaw punya demam Allah bagi. Memang aku tak larat langsung nak melayan Faiq. Demam nya on off. Siang aku just pening lalat nak pitam.. hidung tersumbat... telinga pekak sebelah...tekak perit... malam pulak demam campur dengan pakej sakit siang tuh. OMG. Memang rumah tunggang terbalik. 


Selasa - Khamis aku demam. Jumaat pagi bangun tido macam ok. Aku pergi kerja. Serba salah pulak MC lama2. Pagi ok.. menginjak ke tengahari mula rasa seram sejuk balik. Tak tahan badan aku. P mintak MC kat klinik bawah. Terus cakap kat boss nak balik. Half day lah aku hari Jumaat tu.


So hari ni hari Isnin. Rasa dah ok. Tinggal batuk, selsema and telinga pekak sebelah. Tak tahu la kenapa. Sebab tanya doc.. doc tak jawab. Tak selesa tau dak................. huwagrrrhhh!


Member opis kata aku kena VIRAL FEVER sebab tu demam on off. Sebab sepupu dia pun kena. Lambat sikit nak elok. Kena ambil antibiotic. Ermm patut laa...


Aku rasa dah 3 kali aku berniat  sekadar cakap dalam hati tapi betul2 jadi. Ermm.

Friday, November 7, 2014

patutlah kena...

Minggu lepas husband ajak ke KPJ Seremban. Sepupu aku kena tahan wad sebab kena kencing tikus. Sepupu lelaki. Rapat jugak la kecik2 dulu. Alhamdulillah boleh masuk kepala dengan husband. Tu yang husband beria ajak pergi tengok. Ikutkan hati aku malas sebab penat balik kerja. Kalau boleh balik kerja memang nak melepak depan tv je. Tetamu is not allowed. Heks.


Husband beriya ajak pergi. Katanya

"sepupu sendiri sakit pun tak nak pergi melawat!"

Err  baiklah. Bukan tak nak pergi. Badan penat. Ceh alasan.


Ke KPJ Seremban la kami. Ok je la sepupu... just kaki bengkak.. lemah lemah sendi. Aku rasa macam demam cikungunya kot. Aku pernah kena dulu. Memang lemah sendi.


Sepupu cakap dia demam on off. Awal nya ingat demam biasa.. pastu mula rasa jantung berdebar over dari selalu. Bila pergi klinik doc cakap tekanan darah tinggi ni.... ada 2 -3 klinik gak pergi. Cakap benda sama. Sudahnya ke KPJ terus kena tahan.


Sepupu cakap dia memang tak ada selera makan langsung... rasa nak makan kuih muih je... kuih manis manis jela... macam donut.... dan yang paling heaven kalau dapat kuih longkang.


Senyap seketika dalam wad tu.


Aku, husband and wife sepupu terdiam memandang sepupu yang sedang bercerita. Err macam tak boleh hadam la tadi.

Boleh ulang lagi sekali???



Terus terburai gelak dalam wad tu. Kahkahkah. Faiq terpinga pinga jer.


Ko bayangkan kan longkang macam mana rupannya?


Ini yang bersih.



Cuba KOTOR macam ni? Hahahahaha





Sebenarnya sepupu nak cakap KUIH LENGKONG. Ni bahasa negeri sembilan. Bahasa KL nya kuih agar agar .. tehehehe




On the way balik husband cakap "patutla kena kencing tikus. makan kuih longkang" 

KAHKAHKAH siot je

kita ber 'water color' pulak yer

Hi. 


Rentetan dari malam aku bagi  Faiq - Omega Guard...  milo + mealshakes tu kan... malam tu dia demam. Secara tiba- tiba je. Musykil pulak aku. Sebab aku bagi Omega and Mealshake tu ke? Sebelum ni bagi ok je? Badan panas. Merengek - rengek. Aku cuak dah. Adakah aku kena EL lagi ni? Tak berapa yakin nak suruh baba jaga. Hihi. Pukul 5am dia seram sejuk. Dok peluk aku. Mulut panas je... budak menetek lagi kan.. tau la anak tu demam. Sudahnya aku amek keputusan EL jela. 



Sekali bangun pagi tu elok je pulak dia. Cargas je. Melompat berlari sana sini. Eh musykil mak. Demam ke tak ni? Ke demam malam je?


Kul 10am dah merengek rengek ajak tido. Tido kemain lama sampai pukul 1pm++. Tak pernah pernah tido lama cenggitu. 




Dia bangun time aku nak masak lunch. Pelik lak nape senyap je. Rupanya baba dah bagi water color kat Faiq. Hahaha. Patut la leka budak tuh hahaa. Eh lupa bagitau Baba Faiq pun monteng keje jugak -_-'








Nampak macam sopan jela kann.... sebenarnya satu rumah penuh dengan water color.

"Buuu, adik conteng peti ais ek? "

                 -______________________-



Hahaha. Layankan jela. Hilangkan bosan dia dok rumah. Pandai pulak tu matching kan penutup botol water color tu.. saja je aku letak penutup biru kat bekas kuning... dialih eh balik hahaha.



antara hasil karya seni Faiq hahaha



Ok la bai. Tak sabar nak tunggu weekend. Yeay!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...