BLOGGERIANS

Wednesday, December 31, 2014

Review - Parkland Apartment Cameron Highlands

Hi. 


2 hari iols bercuti.. baru hari ni masuk kerja. Kosong je ofis.. behehe... 2 hari cuti g holiday jap dekat2 je... benda dah plan lama... bawa mak abah cuti2 je.... selagi dorang masih ada... penuhkan memori dorang dengan kenangan indah2 je.. sob sob.. kecik2 dulu tak merasa dibawa jalan2 macam ni... takde duit...abah sorang je yang bekerja.. sekarang adik beradik dah 3 orang bekerja.. sesekali bawa la mak abah jalan ... kita tong2 duit  :)



Adik uruskan bab booking2 hotel kali ni... kitorang booked Parkland Apartment. Bertentangan je dengan Hotel Titiwangsa yang Blogger Yana review tu.... Kitorang kena cari apartment sebab kena ada 3 bilik privacy... keluarga kecik aku... keluarga kecik adik... and mak abah aku... 2 orang adik yang masih single tu pandai2 la korang tumpang bilik mana2... uols tak bayar pape khennn... kahkah.


So total untuk 2 malam RM953. Tak ada breakfast ke apa ek.. heee. Kitorang bahagi dua.. dalam RM480 sorang jelah. Mula2 macam was was nak pergi.. sebab... dah la tanah runtuh.. banjir lagi... aku dah berapa kali cakap kat adik - kita reschedule je... risau weh... kang pergi lepas.. balik tak lepas.. caner? Haaaa.... tapi adik dah confirmkan dengan Balai Polis Brinchang and pihak apartment... keadaan OK... jalan OK.... hujan la jugak tapi sikit2 je... so weols redah je... sebab tak boleh nak refund duit hotel.. banyak tu kalau burn... wuhuhu... niat nak bawak mak abah jalan2 :)



Dan Alhamdulillah Allah memang permudahkan :) :)


Kitorang gerak pukul 1120am dari Kuala Pilah. Sebab adik dari KL.. weols berkumpul kat R&R Rawang. Makan and solat jap. Tak selera nak makan sebab dah hampir pukul 4pm masa tu.. wuhuhu... singgah lama gak situ .. dah ada anak kecik 2 orang kan... amik masa sikit la... hee


Perjalanan diteruskan... 730pm sampai Cameron... huhu. Ni second time aku sampai Cameron.. First time pergi dengan husband... time tu Faiq 3 bulan dalam perut... hihi

Baca sini - Part 1, Part 2 and Part 3. Hahaha




So ini lah Parkland Apartment :) Cantik sangat hihi. Sesuai kalau pergi dengan family ramai2..




View dari balkoni. Hoi tak boleh duduk lama2 kat balkoni ni.. sejuk ya ampun.. ni kat tingkat 3.. Apartment ni ada 4 tingkat. Gigih la kau naik tangga.. rasanya tak ada lif la.. tak sure la pulak.. 




Dengan mummyku. Eh omputeh sangat padahal Mak je pun. Kahkah





Ada banyak channel jugak... HBO, Sport, etc2.. tak ingat sebab tak sempat nak nengok tv pun hewhew. Tengok si kenit tu dok kerjakan telefon -,-






Ye kena naik tangga... gigih dukung dak Faiq. Dia selagi boleh nak panjat tangga tu ha... abis jammed laluan bahahhaa





Ada fridge jugak ....








Kitorang lepak depan TV .. sekali pusing eh mana pergi budak kecik 2 orang nih? Haaa tertangkap rupanya tengah main petik2 suis lampu. HAHAHA.  Abam Faiq yang terlebih peramah... dak Muizz yang malu2 kucing macam Mak Long kan? Hahahah.





View dari dalam bilik...




View dari Sofa. Makhluk biru itu adik ipar aku.. haha






Dapur luas sangat. Best! Kalau dia bagi stove kan lagi bagus behehe




Toilet pun ok. Tapi bagi aku tak bersih sangat la... sebab nampak daki2 kat celahan garis2 lantai marmar tu ha... euw geli tau... rasa nak je sembur clorox. hahaha. 



Overall, apartment ni 9/10 bintang. Lagi 1 tu sebab toilet dia kurang memuaskan hati aku. And lagi satu Heater kat Master Bedroom pun macam tak berfungsi... kejap panas kejap sejuk. Naya je .. dah la tempat sejuk nih. Hahahha. 


Wednesday, December 24, 2014

Beraktiviti Bersama Anak

Anak aku bangsa cepat bosan punya orang. So aku kena pelbagaikan aktiviti bersama. Hoih anak baru sorang boleh la ye tak... cuba dah ramai nanti agak2 terkawal ke tak? Bahaha kita tunggu dan lihat jela yer :D


Anyway, ni aktiviti yang aku google dari sumber2 yang boleh dipercayai. Katanya untuk meningkatkan motor skill anak2. Motor skill tang mana tu entah laaa.. aku follow bulat2. Tapi mana entah linknya.. hilang sudah bahaha.


Bahan2 pun murah2 je... kita perlukan bubble wrap... water color.. berus.. selotape... gunting... drawing block...








Agaknya sebab anak lelaki kot... kalau ajak main mesti main MAN & RAKSASA. 
Ibu jadi man.. adik rakcace -,-








Faiq belum pandai lagi la pegang gunting










Dah puas buat sepah.. minum susu pulak. 


Sebenarnya aku tak tahu pun apa yang positifnya aktiviti ni hahahaha. Kbai. 



Tuesday, December 23, 2014

Faiq Dalam Air

Ini masa kat Glory tu ha. Tengok macam seksa je anak aku. 
Tapi dia enjoy gila main air tu ha. Sampai tak nak naik -__-'




Selfie dengan Acu hahaha


Monday, December 22, 2014

Family Day - Glory Beach Resort PD

Weekend baru2 ni PIL ada Family Day di Glory Beach Resort PD. Follow sekali sebab mengenangkan tak ada aktiviti apa2 n boleh bawa Faiq main air sekali. Glory ni aku rasa memang popular kalau orang nak buat family day. Sesuai la untuk family besar2. 


We all dapat Tingkat 10. Menggigil lutut tengok bawah. Padahal kat opis tingkat 55 takde pulak rasa seram gayat ke apa. Maybe sebab bertutup kan... yang ni open je... risau je sebab Faiq kan lasak. Seram sejuk gak terbayang bukan2. Nauzubillah...




Nampak tak Paradise Spa Hotel kat hujung sana tu... hihi





View dari balkoni



Ada 3 bilik. Disebabkan kami dapat Tingkat 10, makanya bilik lagi 1 terletak di Tingkat 2. Rasanya itu Master Bedroom kot. 



Astro ada... ok laaa...








Haaa nampak tangga tu... tempat mainan Faiq tu. Maklumla rumah awak tak bertangga haha







Ni bilik kami 3 beranak.  Aircond kemain bising haha. Teringat masa nak beli aircond untuk rumah.. Cina tu cakap tak payah beli York sebab bising. HAHA.

Aku and Faiq je tido bilik, Hubs tido luar sebab katil sempit sikit. Kami kan tak biasa tido atas katil. Boleh pulak pukul 2 pagi kot Faiq terjatuh katil.. aku dengar sayup2 je suara Faiq panggil "Buuu? Buu?" hahahaha




Dah settle semua we all turun bawah laa g mandi kolam....





Berpimpin tangan gitu. Amboi dah jumpa atok nenek... ibu tinggal belakang sob sob haha





Tengok kat bangunan tu.. kenapa tak cat sampai habis? Hahaha





Nampak tak chalet ke apa kat dalam air tu? Chalet apa tu ek? Sebab macam best hihi





Dalam ni ada anak penyu... 



MALAM





Dalam gambar ni nampak macam pemalu nya anak teruna iols... tapi sebenarnya setiap meja dia menyinggah. Selamba dok kat pangku orang siap usha hp orang tengok kartun.. hahaha






Overall dinner malam tu sedap. Nasi goreng nampak macam tak best tapi sedap boleh tahan hehe.



AHAD - Pagi


Breakfast dulu. Disebabkan nama kami laki bini tak termasuk dalam invitation list. Makanya kena bayar RM20 per pax. Tapi tak banyak pilihan sangat sarapan. So macam tak berbaloi pula RM20 tu. 


Eh TAPI ada CLOWN. Faiq panggil MAN. Ingat Spiderman ke apa -____-


Nasib baik ada Pak Lang and Acu tolong layan. Ibu tak kuasa nak beratur der haha. Budak lelaki dapat belon bentuk pedang... budak perempuan dapat bentuk love... sekali turn Faiq dapat senapang. HAHAHA. Bertuah punya anak. Orang lain 1 je belon.. awak 2 belon haha.




Muka malu2 tapi MAHU. 


Cer FOKUS dekat2 haha.



Haha tak boleh bla muka malu2 Faiq.




Dah breakfast g pantai. Macam2 aktiviti kat sini. Seronok tengok family berkumpul macam ni :)





Pukul 12pm check out. Lunch kat hotel tapi tak sedap. Hihi. 



So overall aku rasa Glory ni best untuk family besar. Lif dia jela problem sikit. Dari tingkat 10 tu kalau nak turun tak boleh ramai2.. 3 orang je boleh masuk.. kalau tak nanti lif berbunyi. Agaknya sebab nak pick up orang kat tingkat bawah2 kot... huhu.


So kitorang check out TURUN TANGGA. Hohoi sekian. Ok jela bagi aku sebab dah biasa haha.



Thursday, December 18, 2014

Sambal Gesek Ikan Bilis

Lepas baca blog Erin and Micha.. hai dua2 pakat entri lebih kurang.. telan ailio aku. Aku kalau bab2 cili api ni... memang tak boleh tahan.. jam tu jugak aku nak... walaupun sebenarnya tak kuat pedas pun. Hahaha. 


Maka, marilah buat. Senang je pun sebab bahan semua ada je dalam fridge. Heh. 


Memandangkan husband cakap dia kenyang malam tadi. Aku masak nasi 1 put je. Ngam2 aku and Faiq jela. Heh. Sekali husband dok ngintai kat dapur. Hai terus amik pinggan hahahahaha. Aku ingat dia tak layan mende gini. Heh. Hoi nasib baik cukup nasi. Haha.


Senang je buat nya. Bahan pun ikan bilis, bawang putih and merah.. cili api. Goreng semua then tumbuk. Eh dak Faiq kalau nampak aku pegang lesung.. dia pun join.... so aku bagi dia tumbuk ikan bilis je.. hahaha. Puas hati bujang kecik tu. Hihi. 




Ikan bilis tu bila dah goreng kena sejukkan kejap. Kalau tak nanti tak rangup ler ikan bilis uols hihi






Ni la hasilnya. Perah sikit limau kasi rasa2 masam sikit. Eh tapi aku letak garam and gula secubit hehehe




Ok malam ni nak buat lagi kot. Ada orang request pulak haha


Wednesday, December 17, 2014

Mihun Goreng

Ini semalam semalam punya menu dinner nih. Nak jugak upload sebab dah menyemak dalam gallery phone ni haha.


Mihun goreng pun nak letak dalam blog ye tak.. haa. Ko tak tahu hampir sejam aku mengerjakan segala seafood tu. Husband pergi beli sotong udang kemain banyak konon konon nak buat stok dalam freezer tu. Nak tak nak berkampung la aku kat sinki haha. Gatal2 tangan den tercucuk udang tu -_-




3 kali menambah Husband haha. Eh Faiq pun sama 3 kali jugak. Dia makan berlumba lumba dengan Baba.  Hehe. Eh korang tak tahu aku dah terlambah ajinomoto hampir sesudu dalam kuali masa menumis hahaha. Ter ok. Alaaaaa. Bukan sengaja. 







Aku ikut cara MIL. Dah anaknya suka begitu :) Goreng telur dadar dulu sampai garing. Memang lagi sedap mihun ni. Hahaha





Jom tengok Faiq buat apa? 








Iyeee... memunggah. Dia masak jugak kat bawah. Hahha. Lantak la kome. Asal tak ngacau Abu dah la. Ok Faiq tak pandai lagi panggil Ibu. Dia akan panggil sama ada Ih Bu atau Abu -_-

Sekian tehehe

Ibu Susu ke tak?

Jumaat, 12/12/2014, 241am, adik ipar selamat lahirkan baby girl. Auww dapat sudah anak buah perempuan. Kiranya aku dah ada sepasang anak buah. Hihi. Sorang abam Muizz sado. Sorang lagi adik manis Adrienna. Vavava. Hihi. Nama penuh Adrienna Syafiyya :)


Kecil molek orangnya. 2.58kg. Lahir normal. Faiq dulu 2.54kg kot…. ke 2.52kg? haha lupa dah maknya pun. Baru sorang anak dah lupa ek. Urat banyak putus ni hahaha.


Weekend lepas sempat balik jenguk baby baru. Meronta ronta hati nak balik cecepat tak menyabo tengok anak buah. Perasaan sama macam Muizz baru lahir dulu hihi.  

Baby behave sangat. Menangis sikit2 je. Dia lapar nak menyusu pun tak nangis. Wahhh… teringat time Faiq dulu 30 minit sekali menangis nak menyusu. Ibu hilang kejap nak p mandi pun nangis. Omg. Haha. 







So alkisahnya aku sempat la menyusukan baby ni 4 kali sebab adik ipar nipple crack.. memang merekah.. keluar darah.. huhu auchh ngeri mak. MIL minta susukan baby. Aku ok je.. rasa bangga dapat hulurkan bantuan.. hihi. Tapi risau gak sebab aku makan macam2.. takut perut baby tak tahan. Tapi tengok dia yak ok je. Ok la kot ek. Dalam masa yang sama adik ipar pun usaha macam2 nak adakan susu balik. At least 6 bulan pertama tu dapat susu ibu. 







Aku baca info kat tenet ni ada cakap ibu susuan tu 5 kali kenyang.. ada gak cakap 3 kali kenyang. Mana 1 ni? Haha. Time Muizz dulu sekali je aku susukan sebab adik ipar belum ada susu lagi time tu. Kalau jadi ibu susu pun ok je.. dapat la aku anak gegurl dah ni… tehehehe… 

Monday, December 15, 2014

Kenduri kahwin lagi

Agak sibuk minggu lepas. Tak menyempat nak update blog haha. Tapi blogwalking memang rajin ehehe. 


So Sabtu lepas sempat la ke kenduri kahwin kawan masa sekolah. Ni dah batch last2 la kahwin ni. Maklum la umur dah 28 tahun ni kebanyakan kawan2 dah beranak pinak. Kawan2 pun tak ramai sangat dapat datang. 


Kawan kitorang yang pengantin lelaki tu. Satu kelas dengan aku masa Form 1 - 3. Form 4 dia pindah teknik kot. Aku pun tak tahu bahaha. Orang rumah nya nun jauh di Perlis. Amboi tak dapek den nak membayangkan turn balik kampung nanti camno? Hahaha. Yang dekat2 ni pun dok masam muka. Eh? Kahkahkah.



Berkain songket pengantin kita. Omel angat. Kitorang sampai dekat2 pukul 1pm. Ada kawan2 yang dah sampai.. dok sembang... kitorang yang kebulur terus p cari nasi. Ahaha. Sedap lauk pauk. Masak sendiri rasanya. Faiq 2 kali tambah ok. Hehehehe. 



Aku tak sempat makan beria pun. Maklum la anak tengah melasak. Tak senang duduk aku. Husband kata biar je. Eh mana bolehhhh... aku tak percaya anak aku boleh berdikari haha. 



Nak dekat sejam lepak baru balik. Mesti amik gambar dengan pengantin dulu. 




Take 1





Take 2. Hahahaa. 


Iya. Suami saya bebear saya. Haha. Teringat masa awal2 kahwin dulu.. ada member ofis yang datang wedding aku bertanya "Suami Yana memang jenis badan besar eh?"

Aku macam biasa blur sekejap sebab tengah fikir jawapan ni. Eh tak la... dulu masa sekolah kurus kering je. Dah kerja ni badan naik. 

Dalam hati aku -  macam la dia perfect sangat nak compare2 puleee




Eh dah stop! MELALUT dah ni. Behehe.





So ini lah aktiviti anak bujang den. Sibuk basuh tangan. 
Dah dapat basuh tangan pergi tadah pulak kepala kat paip tu -____-' 

Pandai sangat. 


Tak best main sorang2... pergi ajak kawan. Gegurl pulak tu. Senang pulak dapat kawan. Sudahnya kawan tu kena marah kat bapak dia. Faiq terkulat kulat sorang2 kat tepi. Hahahhahaa. Ibu perhati je dari jauh. Hahaha.




Wefie jap. Ampunkan patik sesekali nak wefie hahahaha






Hai! 2 kali saya tambah nasik tau.  Sedap nasik rumah pakcik koyok ni haha




Hah. Pasangan ni pasangan Shaklee tau. Berjaya dah. Now dua2 laki bini bekerja dari rumah. Macam mana dorang survive pun aku tak tahu. Memang hebat. Sebab aku follow dorang dari zaman mula2 terlibat dengan Shaklee. Hehe. Satu gunung je lagi nak melangkah ke Master :)



So good luck la korang. Aku tak terkejar. Surrender sudah. Hihi. 



Sekian. Haha. 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...