BLOGGERIANS

Thursday, December 24, 2015

Baby wrap MakYang


Minggu lepas saja testing keluar bawa 2 hero... hehe.... sorang hero pun rasa macam dah huru hara dunia... amacam 2 hero? Hehehe... boleh tahan laa terjerit terpekik2 ibu baba sebab Faiq tak reti pulak berjalan kann.. lari je kerjanya... hadoi letih kejar... sekejap2 dah hilang. Memang tak berani nak shopping bawa dia. Terlepas pandang memang naya betul. 


Keluar sebab nak test pakai baby wrap ni pun ye jugak.. hehe... beli kat ig babywrap by makyang. Nak beli yang branded... mak tak mampu nak.. lagipun baby wrap makyang ni aku tengok ramai pakai and baby masing2 pun selesa. 


Baby wrap ni ikut size badan mak yer. Bukan saiz baby. Aku amik size s/m sebab berat 50-60. Sekarang lepas bersalin ni tak tahu la berapa berat.. dah lama tak timbang pula... heh. Harga RM95 + postage RM10. Design ni je ada... sebat jela... dalam gambar nampak macam color maroon... sekali sampai color coklat rupanya.. kecewa sikit saya di situ :) tu yang malas dah aku nak edit gambar sekarang ni. Malas jadi fake...haha.. so sekarang ni gambar2 kat blog ni semua no filter ok. Aku dah malas edit. Mak takde masa #makanakdua sangat. Lalala.

Bagi aku ok sangat baby wrap ni. Senang gile nak pakai pun. Harga pun murah.. tapi aku rasa aku boleh jahit sendiri ni ikut design yang aku suka.. senang je jahit lurus je bak kata mak aku... lalala... 


Dak Aqeef agak semangat badannya. Pegang sekejap aku dah lenguh tangan. Tapi pakai baby wrap ni... tangan tak lenguh... tangkap ke pinggang pulak haha.. agaknya sebab Aqeef semangat ke? Ke aku pakai tak betul? Heh. Lagi 2 hari nak masuk 2 bulan... yeay! Baby wrap ni boleh pakai sampai anak 9kg yer..



Tak mau bedung dah... dalam buai je boleh bedung.. huhu



Bawa Faiq kat simplaycity ni... dalam seremban mall (dulu dipanggil seremban parade). Heaven Faiq main sebab tak ada orang kot. Tapi dia ni jenis berkawan... sudahnya keboringan main sorang2... weols pun terus la balik... keluarnya sekejap je... tapi penatnya terasa sampai ke esok hahahaha. 


Eh lupa lak nak cerita.. hee... masa makan kat pizza hut.. boleh pulak meja weols berdepan dengan fitri unic tu.. dia bertiga dengan anak perempuan dia.. n sorang lagi budak lelaki tak sure siapa. Aku sekali imbas nampak macam fitri unic .. laki aku pun cakap benda yang sama jugak huhu. Hah betul la tu kot. Takdela tegur pun.. buat biasa2 je ... tergamak pulak nak tegur.. hehehehe... 


Sempatla aku breastfeed dak Aqeef kat meja tu jugak.. orang pandang2 je.. lantak ler... bukan aku tayang pun.. huhu


Monday, December 14, 2015

autumnz warmer


Aku beli ni pun mengenangkan nak hantar Aqeef ke pengasuh nanti. Masa Faiq dulu tak belikan pun... tak tahu la akak tu panaskan ebm macam mana.. huhu... aku sendiri pun tak ada ilmu masa tu.. hmm.. takpe kita belajar pelan2 naa...

Mula2 aku ingatkan warmer ni besar.. rupanya kecik comel ketot je hehe. Aku beli untuk Home n Car Use... tapi tak pernah try lagi warm kan susu dalam kereta..untuk warmkan susu dalam kereta.. tak boleh dalam keadaan kereta tu bergerak.. kena berhenti la mana2.. eh pe benda aku cakap ni... lalala... aku kena try n error dulu la.. sebab pengasuh anak aku travel setiap khamis -_-' kita kalau boleh memang nak memudahkan kerja pengasuh kan :)

Senang je guna warmer ni.. masa 1st try aku cam hangin gak.. apehal laaa... dekat sejam susu tak panas2 ni adoyai.. aku salah guna ke apa kan...  kalau ikut manual guide betul dah... google.. mujur jumpa ... ramai kata kena putar dulu suhu ke 70°c or 100°c then tunggu lampu merah padam... baru tukar ke 40°c ... suhu yang betul untuk panaskan susu :)

1. Masukkan air kosong dalam 90 -100 ml
2. Putar suhu ke 70°c atau 100°c... bila lampu merah padam... tukar ke 40°c



Dalam 10+- minit dah siap... tak sampai 5 minit kot.. tak tahula betul ke tak cara ni.. tapi ni jela nak bagi cepat huhu...  kalau dok letak kat 40°c tu je dari awal... naik berjanggut gak tunggu ... behehe...


Plug kepala bulat



Maka sediakan la travel adapter ni :)



Kalau tak ada warmer.. boleh guna kaedah nisbah 2:1 kan.... 2 cawan air biasa... 1 cawan air panas... tapi ku tak pernah try lagi huhu.


Buat masa ni Aqeef ok la kasi botol.. walaupun nampak lidah dia menolak2 puting botol tu.. hehe.. 


Saturday, December 12, 2015

Free diapers yeay!


Dasar mak2 sangat entri ni. Anak dah free pampers pun nak update. Hewhew. Harusla! Pencapaian terhebat dah bagi aku tu ahaha. 



Bukan fully lagi la... nak tido je pakai. Tak yakin lagi ni hehe. Aku rasa nak berjalan jauh2 pun pakai jugak kot.. payah jugak kalau tak pakai nanti huhu tengok la caner. 





Jangan under estimate anak je.. hee.. senang je nak latih free diapers rupanya... lagi2 anak dah pandai cakap :) ada gak la terkucil 2 kali.. pastu ok hihi. Rasa bangga pulak. Free diapers je ponn... belum dapat degree lagi ni.. hehehe. 



Sepanjang berpantang rumah mak ni.. ermm rumah mak dah macam tadika behehe.... bertabahla mak n abah hahaha. 





Eh tetiba gambar adik hehehe.



Tuesday, December 8, 2015

Hari2 terakhir berpantang


Hari ni last day pantang. Pantang tak pantang sangat lah... hehe. Mujur mil n mak tak strict sangat hewhew. Pandai2 la.. badan awak ye tak... makan la ubat banyak2. Itu yang aku respek sebab both moms tak pernah memaksa :) aku tak pakai bengkung.. sebab tak selesa n tak pandai. Tapi aku pakai girdle. Nanti aku review haaa. Tapi aku perasan suar jeans macam tak berapa muat. Omg montot dah lebar. Habislaaa.


Orang kata last day pantang la kena jaga betul2... tapi kenapa eh? berurut... urut penutup katanya... tapi aku kat rumah mentua lagi... ahaks. Esok2 lah suruh makcik urut tu datang urutkan. 


Semalam 43 hari berpantang p hantar mertua ke klia. Giler tak ikut? Sepanjang 29 tahun hidup.. ni lah 1st time jejak kaki kat klia hahaha. Kesiannya aku hahaha #villagepeople sangatt!  Walaupun tak sempat nak beli babywrap makyang tu... aku gagahkan jugak pergi... sebab baby mana nak duduk dalam stroller kan... tapi standby jela bawak.. dak abang nya kang banyak perangai hewhew.


Hampir 3 jam dukung adik baby... naik muscle ibu hahaha. Cramp nya lengan den. Huwaaa.


Sepupu. Kira adik beradik lah kan.. sempat susukan anak dara ni masa baby dulu....anak dara iols jugak lah :)



Moga selamat pergi n pulang mak n ayah :) 




Sampai je rumah.... tido kaw2 dak adik heheh. 1st outing ye sayang... penat lettew :D

Thursday, December 3, 2015

Bagaimana berpantang kali ini?


Hi! (lambai ratu) LULZ. Rasa macam malas dah nak tulis blog tapi rindu pulak nak merapu heh.

Hari ni dah 39 hari berpantang. Pantang ke? Hehehe. Pantang kali ni ala2 je... bengkung pun 3 hari je pakai masa berurut. Lepas tu tak pakai dah. Haih. Malas betul. Bukan tak sayang badan.. tapi ermm tak sempat. Banyak betul perangai si anak sulong. Huwargh. Mujur tak meroyan heh. Nasib si adik tak banyak ragam sangat. Setakat ni lahh :)


Kalau ikut gambar di bawah ni... di mana ada ibu.. di situ lah ada Faiq hehehe. Ibu iz pasrah. Begitu jugak adik haha. Dak abang wat bising pun bertabahla adik. 






Adik pun cool aje tido menangkup. Lena 2 - 3 jam. Setengah jam aku p jenguk... risau gak.. tapi pandai dak adik pusing kepala bila dah lenguh hihi. 




Dan aku tak paham kenapa tiap kali berpantang mesti ada cerita ini? Behehe. Tapi aku suka cerita ni. Pukul 12pm siri 4.. pukul 430pm siri 3. Sebenarnya apa ending cerita Dalam Hati Ada Cinta ni ek? 



Adik yang sado. Hee. Dah tau timing yang dia suka berjaga lama2 borak dengan ibu. Pukul 5am dah kejut ibu. Rabak mato den. Tapi yang bagusnya adik ni jarang berak lulz. Bagus ke? Yeah bagus kat ibu yang femalas ni. Sehari 2 kali je kot berak. Max 4 la rasanya. Faiq dulu sampai 10kali sehari. 



Setelah bergelar mak anak 2... kejadian di bawah ini adalah paling heaven. Hehehe. Tapi sangat jarang sekali nak dapat. Tido sekarang kena apit dua2 hero ni hehehe. Kalau boleh dua2 nak menyempit2 kat ketiak ibu. Lulz. 


Thursday, November 19, 2015

Resepi butter cake gebu dan sedappp


Dari malam semalam teringin nak makan butter cake panas2. Kena buat sendiri la ye tak. Huhu. Resepi dah lama screenshot kat handphone tapi tak terbuat2. Lulz. 


Tadi baru buat sebab baru cukup bahannya. Bahan n cara buat senang sangat2. Macam was2 pulak boleh jadi ke ni. Heh. 


Tapi serius memang jadi. Sedap. Gebu. Secukup rasa. 



Aku refer kat resepi nih. Malas nak tulis. Tepek jela sini lalala. 

 K baii. 


Monday, November 9, 2015

Baby kuning


Hari ni dah masuk hari ke 15 berpantang. Eh dah 2 minggu ke? Rasa macam dah 2 bulan haha. Tak suka pantang. Serba serbi terbatas. Ada yang suka berpantang ke? Hewhew. Yang bestnya dapat spend time dengan anak2 24 hrs lah kan. Anak2 kau... heh. Macam tak percaya dah 2 hero. Behehe. 


Ok la mari kita throwback kisah baby kuning dok bawah lampu ni. 


Aku bersalin hari Isnin. Selasa tengahari... nurse cakap awak dah boleh balik. Hah time tu husband ada datang melawat. Kemain la weols seronok babai kat akak katil sebelah. Akak tu ada kencing manis... 37 minggu kena bersalin. Disebabkan anak 1st caesar... doc kena usaha untuk pastikan 2nd ni normal. Tak boleh induce. Tak sure kenapa. So method terbaik.. guna ransangan semulajadi. Tak tahu ler camne? Huhu seram.


So lepas dah kemas2 barang2.. hati excited nak balik dah tak sabar nak peluk cium anak sulong sob sob.. dah gerak keluar dari hospital.. betul2 depan gate keluar... ada call masuk. 06xxxxxxx.... eh sape pulak ni kan. Husband angkatkan. Serius bunyinya. Kitorang berhenti kat stesen pam minyak depan hospital. Husband belum habis cakap lagi kat handphone tuh. Aku dah cuak je.. eh boleh ke cakap kat handphone ni.. kang meletup pulak pam minyak ni. Heh. 


Rupanya... kena masuk balik hospital. Doc tak kasi balik sebab baby kena admit. Kuning. Ok sekian terima kasih. Doc cakap dia minta maaf sebab tersalah tengok result. Omg. Tak kelakar ok doc. 


Maka pusing balik la kami masuk balik hospital. Muka masing2 dah macam hape je. Lulz. Aku dah cuak je.. kena masuk balik ke wad tadi? Malunya kat akak sebelah katil tu. Yelah tadi beria sangat babai. Haha. 


Tunggu giliran baby untuk daftar masuk wad kanak2 punya la lama... dekat 45 minit menunggu depan hakak misi yang jaga kaunter daftar. Naik petak bontot duduk kat kerusi lama2. Hoh.


Lepas dah daftar terus follow nurse ke wad kanak2. Rawatan rapi.. sangat hygiene. Tak boleh pakai kasut kat dalam tu.. hanya parents baby je boleh masuk. Macam2 penyakit baby.. yang paling kritikal rasanya katil hujung.. paru2 berair kot.. nak nangis dengar doc n nurse ramai2 kerumun katil nak sedut apa entah .. seksa dada dengar baby tu nangis.. parents baby dok jauh2.. tak sanggup tengok kot.. tabahnya kalian..  terus rasa insaf.. anak aku kuning je pun.. tu pun sikit je.. sebagai langkah berjaga2 sebab aku darah O+. Gituu.


Macam2 jenis rupanya lampu untuk kuning tu... anak aku pakai yang 7 lampu tu.. ada yang jenis lampu paling besarrr betul. Seram pulak tengok. 



Sedih tengok anak sendiri macam nih. Anak aku pusat dia ada infection. Doc kata kuman dia jenis yang degil sikit. Aku syak punca dari air kencing dia.. sebab malam tu aku tukar pampers... ya Allah dia punya bird tu naik ke atas? Mana la tak terpancut ke atas. Kena barut... kuyup  . Kena jugak la pusat dia.. bau hancing je.. ish... sape la yang tolong ganti pampers dak aqeef ni .. kesiannya anak aku...




Katil untuk mak baby berdepan je dengan baby. Baby nangis boleh amik je susukan... malam tu ada jugak 3 kali aku amik aqeef.. susukan.. pastu terlelap sekali.... nurse yang datang pantau.. dok amik baby letak bawah lampu balik huhu. 



Aqeef day 3


Aqeef day 15. 


Sehari je bermalam kat wad kanak2... esoknya tu boleh balik dah. Yeayy! Masa dok kemas beg .. eh ternampak akak katil sebelah... hehehe... dah selamat bersalin.. normal.. disebabkan baby 37 minggu.. kena pantau dulu kat wad kanak2. Eh ke wad bayi? Sebab semua baby je. 


Bagi aku ok je wad kanak2 ni.. selesa untuk mak2... cumanya pantry n toilet agak jauh.. sebenarnya dekat.. tapi kan dalam pantang .. berjahit lagi.. payah nak bergerak.. agak menyukarkan pergerakan lah... 


Hari ni hari ke 15.. luka jahitan masih terasa yer.... ada lagi benang yang belum tertanggal. Fuh bertabahlah. 

Tuesday, November 3, 2015

Pengalaman bersalin anak kedua


Hari ni masuk hari ke 9 berpantang. Sebelum penyakit pelupa datang.. meh update cerita beranakkan dak Aqeef ni heh. Eh lupa. Nama 2nd baby Muhammad Aqeef Irham. Nama macam biasa.. last minit baru decide hewhew. Nama Irham dapat dari cerita i love you mr arrogant. Bahaha. Nama Aqeef inspired by comelnya anak leader shaklee aku. Kahkah. So aku gabungkan. Ok lah kan? Lalala. 2 hero ... ibu yang cari nama. Heh. Baba iz pasrah. Lulz.


Untuk 2nd pregnancy ni aku lewatkan LMP 4 hari disebabkan takut induce. Mujur dak Aqeef keluar 40 minggu 4 hari hoho. Setiap kali bangun tidur aku termenung kejap.. .haih tak jugak beranak lagi. Badan makin berat. Makin tak larat. Boring pun ye gak. Malam tu aku pakai baju kelawar.. rasa lain macam pulak malam tu.. rasa cramp2 kat celah peha. Tapi buat biasa jela. Tersedar pukul 3am.. nak bangun terkencing.. bangun je dari katil ...  macam... eh tiba2 je basah baju kelawar. Eh air ketuban ke? Rasa macam ye. G kencing jap pastu terus kejut husband. Dia macam blur2 tak tahu mana nak capai dulu bahaha. Aku relax jela sebab tak rasa sakit apa2 lagi. Baby mengeras2 biasa jela. 


10 minit kot bersiap.. kejut mak lagi suruh tengokkan Faiq. Eh tiba2 mak nak ikut sekali pulak p hospital. Risau lak deh. Aku ok je ni. Dah aku risau Faiq pulak. Takut adik aku tak boleh handle ragam dia. Faiq menangis waktu kitorang keluar rumah. Dok mencari tangan ibu ;(


Sampai hospital.. terus p kaunter.. n screening room. Macam biasa kena daftar segala.. dah la tak pakai pad masa ni sebab tak tahu pulak kan.. lencun baju kelawar dek air ketuban tu... hmmm..  dah settle daftar.. pakai ctg sambil ditemuramah oleh sorang doc perempuan. Dia nak buat ve tapi disebabkan aku dah keluar banyak air ketuban.. doc decide nak pakai mulut itik. Ya Allah... lagi sakit pakai mulut itik tu dari VE. Aku rasa nak tersepak doc tu. Sakit giler kena rodok2 pakai mulut itik tu. Doc tak buat VE sebab takut ada infection dari jari. 


Pukul 630 kot aku masuk wad dulu sebab doc cakap aku tak ada contraction lagi.. mild contraction jela. Masuk wad kelas 3 sebab PM Care belum fax GL sebab belum masuk office hour lagi -_-'


Sempatlah amik gambar ni sebab dok melayan mild contraction je..



Masa ni aku sorang kat wad.. husband cakap nak balik jap.. mandi kot.. aku pun ok jela.. aku harapkan dia datang secepat mungkin sebab perut aku lapar menggiler. Nurse panggil untuk ceramah susu ibu pun aku tak dapat turun katil. 

Pukul 730am rasanya husband datang bawak mihun goreng. Aku makan sesudu bila tak ada contraction. Bila contraction datang.. aku stop kejap makan. Menggigil2 tahan sakit. Ya Allah sakit sangat. Sempat makan 3 sudu mihun n seteguk air kosong. Tak lalu walaupun mihun tu sedap. Heh. Pukul 830am macam tu aku dok menggigil2 tahan sakit.. husband tanya nak panggil doc ke? Tengok aku macam hape je kot . Aku cakap belum lagi kot.. sebab dulu sakit camni baru 2cm.. huhu.. tiba2 je lepas cakap macam tu.. aku rasa macam nak terberak sangat! Seramai2 eh nurse  n doc datang berlonggok kerumun katil. Aku dah mengiring je...sebab orang kata kalau nak kurangkan sakit contraction baring mengiring. Huih berpeluh2 mak nak. Sambil2 tu doc n nurse tanya sakit macam mana? Aku cuma jawab nak terberak je. Muahaha. Terdengar nurse jawab nak berak tu nak beranak dah la tu.. terus singkap kain aku hoi dah nak keluar kepala baby. Ya Allah..terus aku jadi kes emergency.. beramai2 nurse tolak aku ke LR sambil cakap jangan push dulu dik! Bahaya! Haih aku ni tak keruan dah.. dengan baby nak keluar sangat dah... pukul 850am masuk LR... 903am baby Aqeef keluar huhu. 



2 kali push. No painkiller. Takde gunting tapi koyak jugak. Sister jahit kat kulit je... tapi aku tak tahu la letak bius ke tak... terasa sangat2 masa dia jahit... sampai hari ke 9 pantang ni.. masih terasa sakit jahitan tu ... orang kata jahit kulit memang lambat sikit elok kalau nak banding dengan jahit dalam. Nak mencangkung pun tak berani. Kencing berdiri ok. Hadoi seksa betul. Yang best bersalin kali ni contraction kejap je.. kejap sangat.. n aku rasa aku terberak sekali kat LR hahaha nasiblah.


 Sejam lebih gak dalam LR lepas bersalin... baru tolak ke wad. 


Dengan baby diletak atas dada.. aku ditolak ke wad. Okay kali ni baru betul 1st class.. tapi 1st class nya buruk la hai... toilet kotor.. sofa uzur sangat.. lebih kat aircond je hihi. Jadilah.. ku terima seadanya :)


Gemuk sekejap jari sebelah kiri sebab masuk air hoh. 


Hah ni la budak yang tak sabar nak keluar tu.. 3.21kg. Tapi tang mana yang berat pun tak tahu.. hihi.. takde montel pun.. kurus je macam abam Faiq hewhew

Setakat tu jela... nanti iols update cerita kuning lak haha.


Sunday, November 1, 2015

Mak anak dua


Assalamualaikum. Heh. Masih tak boleh lelapkan mata. Terasa sakit jahitan bawah.. makan ubat tahan sakit so mari lah update blog ringkas2 je. Baru seminggu jadi mak anak dua. Hoih mencabar sungguh. Mencabar nak handle yang sulong.. bukan yang 2nd. Hehe.

Ok la. Aku bersalin 26hb pada 40 minggu 4 hari. Heh. Aku kan lewatkan lmp 4 hari. Giler berani. Sebab takut kena induce. Aku dah nekad if tak bersalin lagi sebelum hari rabu.. aku nak straight je serah diri ke hospital. Sebab rabu genap la aku 41 minggu. Ermm.. apa yang aku buat .. aku jalan itik ok. Jalan itik dalam rumah setiap pagi. 2 hari sebelum bersalin tu  huh. Berkesan taktik itu. Yang kelakar faiq pun join sama hahahaha.


Sehari sebelum bersalin aku berkejar dengan si faiq. Main belon besar ni.


Tapi aku rasa mungkin jugak Allah dengar niat aku - nak bersalin time dah dapat gaji. Haha. Pe kena mengena entah. 

Antara wishlist aku untuk 2nd time bersalin ni:
- aku nak natural delivery 
- nak rasa pecah air ketuban tu macam mana
- tak nak painkiller
- nak baby atas 3kg
- nak wad 1st class walaupun GH je hee

Semua di atas.. semua aku dapat rasa. Alhamdulillah :)




Wad 1st class. Ada air cond. Selesa sebab 1 bilik hanya 2 orang. 



Sementara ibu kat hospital.. faiq ikut nenek p tadika. Sehari je pun. Bosan katanya sibuk ajak nenek balik. Hehe. Kejap cikgu nor kejap nenek.. bahaha


Pengalaman bersalin nanti eh.. tengah dalam draft lagi.. hewhew

Daaa nak tido lah.


Thursday, October 22, 2015

Masih belum bersalin heh


Hai. Saya masih belum bersalin. Semalam patut dah genap 40 minggu. Aku dah start risau. Faiq dulu overdue. Rasa menyesal amik cuti awal2 sebab aku pening dok rumah je tak buat apa2 tapi dalam masa yang sama risau pulak kot terberanak dalam komuter. Iols kan pengguna public transport tegar. Buhuhu. Ya Allah semoga adik baby keluar la cepat. Sekarang pun takpe. Hoh


Seriously aku tak sanggup nak hadap nurse klinik desa kat sini. Kerek giler. Baru JM je pun. Berat aku sepanjang pregnant ni naik 7.8kg. Now dah 62kg. Masa buka buku pink 12 minggu berat aku 54.2kg. Tapi bila scan berat baby ok. So tadi kena refer doc sebab berat tak naik. Sepatutnya doc kata berat sepanjang pregnant kena naik 12kg. Kurang berat tak boleh.. terlebih berat tak boleh jugak. Macam2 ye tak. 


Masa 1st time jumpa nurse yang kerek itu.. aku saja jela nak berbasa basi.. borak kosong je pun..  sebab Faiq dah 3 hari demam malam. Aku just nak tanya pendapat nurse tu je.. memang dah bawa Faiq g klinik. Bila tanya.. boleh pulak nurse tu jawab "bawak la jumpa doktor. Tanya sini buat apa?" Omg terkedu kejap aku. Kita bukan nak tau sangat.. saja nak borak kosong berbasa basi gitu.. yela 1st time jumpa kannn. Ok fine lepas ni sekadar check up jela.. macam aku hadap sangat nak jumpa dia. Hahaha. Klinik kkia bukit bangsar jugak yang terbaik. Nurse sangat friendly.





Petang semalam bawa Faiq ke Tesco yang baru buka. Tak tahu pulak ada mende alah ni haha. Terpaksa spend masa dekat 40 minit kat sini je haha. Mendapat lah kan. Motif utama nak bagi jalan banyak2 nak bagi cepat bersalin. Eh tak jugak bersalin lagi malam tadi. Haha liat betul dak adik ni yer




Faiq naik mende ni. Kemain laju panjat. Dah badannya ringan. Ada budak perempuan debab sikit minta tolong kat Faiq "tolong sayaaa" faiq pun hulur tangan sambil cakap "ish beratnya" muahaha. 



Agak keboringan sebenarnya budak ni kat kampung sebab takde kawan. 




Bangun tido pagi2 pegi mengadap tv. Panggil tak menyahut rupanya dah melopong kat depan tv. Sian anak ibu



Cepatlah keluar adik baby... serius ibu n abang Faiq rindu rumah kecik kita huwaaa. Gambar ni faiq yang tangkap haha. 

Ada tips ke bagi beranak cepat? Ai iz boringgg dok rumah lama2

Sunday, October 11, 2015

Weekend


Puas fikir tajuk. Sudahnya letak weekend jer. Behehe. Minggu depan nak start dok kampung dah.. marila clear kan apa yang patut ;) 


Selongkar balik timbunan baju2 lama.... sorting... n basuh baju2 lama Faiq yang masih elok.... dapatla banyak ni... boleh laa buat baju2 basahan dak adik nanti. Nasib adik lelaki jugak :) pengsan ibu kena hafal jenis2 ultraman ni hehehe


Agak lusuh gak... tapi ok la... tak kan nak buang :)



Sempat masak lemak ikan merah... or bahasa n9 nya.. gulai ikan merah. First time masak ni nasib baik jadi hahaha. Tapi macam terover pedas pulak. Makan dengan nasi ok la... tapi nak hirup kuah dia agak tersedak la kau. Haha. Tak pandai bajet cili api lagi hewhew. Mak kata tambah santan je bagi kurangkan pedas.... tapiiii santan habis! Haha. Husband beli 1 peket je pulak santan pekat. Behehe.




Spend time dengan Faiq... makin sensitip pulak mamat ni.... memang camni kot nak dapat adik?



Restock esp last week guna pakej untuk member shaklee yang tak aktif.. dapat 50% off untuk esp + vit c. So aku order guna id anak2 shaklee yang tak aktif heheheh. Tq yer anak2 mak haha. Murah rezeki korang nanti. Eh tapi kan yang peliknya bila masa aku order zinc ni? Confuse di situ. 

Masih berfikir2 lagi ni.. nak kerja ke tak esok eh? Heh. 


Wednesday, October 7, 2015

Naik pun


Hari ni genap 38 minggu. Dah 3 kali check up.. hb memang drop... 10.2.. 10.6... 10.8.... memanglah mild anemia je... tapi kalau dah bawah 11 tu agak bahaya kalau ikut kata cik misi. 


Aku memang tak amik iron tablet n segala ubat klinik sebab aku pening.. .and aku nak biasakan anak 2nd ni tak makan ubat klinik. Hewhew. So aku bergantung kat vita lea shaklee je.. dah kata dealer kan.... check up yang hb low tu aku tak sempat telan vita lea hahaa.. tu yg hb low... ni semalam buat uji kaji kat diri sendiri... sebelum p klinik.. aku telan 3 biji vita lea.... 3 biji vit c... iron kan kena makan dengan sumber vit c so penyerapan tu optimum... 




Maka..... ini la hasilnya... hb 11.7. Hahaha fuhh lega hati mak hehehe


Friday, October 2, 2015

review sofina 3 signature - mini version


Selagi tak dapat yang diidamkan... selagi tu la keep on eyeing... searching... then klik2 .... eh ter buying pulaks bahaha. 

Aku mencari kaler hitam sebenarnya.... sebab senang nak matching semua baju. Tak berapa suka beg terang2. Hewhew... tapi tak ado... navy blue ni la kaler paling gelaps. Rembat jelaa lol. 



So my review - better than sofina 3 in maxi size.... kecik sikit tapi still spacious.... hee... overall saya suka tapi just tak berapa berkenan snake print tu je... geli geleman juga... tapi small matter kottt... belasah jela hahaha


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...