BLOGGERIANS

Wednesday, January 14, 2015

2015 - Please Be Awesome

Dah pertengahan Jan 2015 rupanya. Behehe.


2015 umur aku dah 29 tahun. What? Kenapa rasa macam baru habis sekolah ni? Hahah. Adoyai cepat betul masa berlalu kan. Kewangan alhamdulillah makin stabil. Sebab husband banyak dapat projek renovate rumah sekarang ni. Kalau ada rezeki nak g umrah.. teringinnya ya Allah. Moga Allah murahkan rejeki kami. Hihi.


Eh sebut pasal rezeki ni aku rasa ada kaitan dengan seekor kucing oren yang menumpang makan kat rumah kami. Eh aku tak bela kucing pun. Kucing tu datang sendiri. Pergi kerja dia ada. Balik pun ada. Sudahnya laki aku kesian.. dia pergi beli friskies and whiskas. Siap bekas makanan sekali hihi. Dah gomok kucing tu. Kembung pipi dia. Hari tu kurus kering jek. Kucing tu baik tak masuk rumah pun. Dia jadi guard je. Orang kata bela kucing ni rezeki murah. Amin....


Aku rasa tahun 2015 ni aku nak mantapkan saving. Tak mahu shopping Poplook lagi dah. Eh yeke? Semalam baru order sehelai blouse lagi haha. Arghh pitam. Payahla hai nak saving tolak gaji ni. Aku dah buat dulu lagi.. lama2 korek balik bila tengah sengkek. Mihmih.


Eh tapi aku dah bermula simpan not hijau (RM5) dan not biru (RM1). Tadi aku kira 5 ringgit dah ada RM50 and seringgit dah ada RM16. Not bad... baru 12hb januari nih hahaha. End of Dec 2015 nanti baru kira ya. Hehe. Duit syiling pun aku simpan. Setengah botol dah. Hujung tahun kita kira ya.


Aku rasa sampai ke tua la aku berulang seremban - KL ni ek. Sabar jela. Tapi kalau jadi surirumah aku pening pulak memerap. Hmm kerja jela haha. Orang tanya kenapa badan aku maintain je tapi pelahap. Amboi mulut ko. Eh aku rasa ada kaitan dengan aku pergi balik kerja ni kot. Aku rasa kalau dok seremban mau gemuk aku ni takde exercise  hmmm haha.


Eh hari ni bonus Shaklee dah masuk. Tak ada banyak sebab aku pun dah tak aktif sangat. Aku just consume produk nya je. Gitu. Aku cadang nak beli 1 juicer. Mata berbulu je tengok hurom slow juicer go shop tu... tapi bila tengok poket... ermm.. budget bawah 200 jela haha. Penat la guna blender. Malam tadi buat jus tomato. Kemain lama kat dapur sebab nak tapis serdak dia kang tercekik pule. Hihi.


Ok la babai. Mende tah aku mengarut hari ni hahaha


ni la kucing oren tu :)



4 comments:

Mimy Hamid said...

akak simpan sehari RM10...heheh nampaknya masih berjaya....hari ni dah 13 hari...so kira sendiri 13x10..waa mcm tak percaya haku...jgn la aku sengkek..

.hasina. said...

jom saving kak! otw jgk ni. poplook pun tak beli dah. haha

kerja je la dulu ek. sy nk benti pun pikir 2-3 kali jgk.

diana aziz said...

"Apa pandang2!??", kata kucing oren itu...

Muka kucing tu dah macam abg kawasan je... hihihi...

Btw, sy sekarang ni duk kumpul syilling je. dah 2 tabung dah penuh. bila ntah nak gi bank.. hihi...

Jen Jen Areff said...

sy pun dah mula menabung berwarna. hehehe. taknak kira dulu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...