BLOGGERIANS

Thursday, January 22, 2015

Perbualan yang sama je setiap hari

Sekarang ni bila balik kerja.. Faiq jemput sekali kat komuter. Rasa best sangat nampak dia melambai² dari dalam kereta. Selalu husband jemput aku dulu pastu baru jemput Faiq. Sekarang tah apa angin dia g jemput anak dulu. Mesti akan ada kudap² dia sekali. Bawak g 7e la tu…. pekerja 7e tu sampai dah kenal Faiq =.=' Semua benda nak amik. Siap suruh ibu pegang sebab tangan tak muat dah -_-' Macam semalam aku tengok dia mengunyah coklat dengan kerepek. Terus sumbat dalam mulut aku "Buu dap?" aku pun pura² mengunyah dengan muka beria padahal aku bukan penggemar coklat. Penat tau berlakon. Kang cakap tak sedap sentap pulak haha.

So setiap hari dialog dalam kereta akan jadi macam ni.
Ibu: "Adik makan apa hari ni umah cik Ja?"
Faiq: Buat² berfikir macam banyak sangat makan. "dik mam cit mak (nasi lemak)… mam ulat (makan ulat)… mam ee (makan gula²)… mam robot (makan robot)… mam ayam…"
Ibu: Aku pun buat² la terkejut… adik makan ulat?
Faiq : "Iye buu… dik mam ulat" sambil gelak gedik melentok² kepala kat bahu aku.

Apa² jela sayangggg

Ibu : "Adik minum air apa umah cik Ja?"
Faiq : Dengan muka bersinar² menjawab "Dik num air tehhhhh" Sambil gelak gedik.

Ngade sangat tau. Ibu iz layan jela nak oi. Hahaha. Anak baru sorang hahaha. Jangankan tidak kan orang kata. Nanti dah sekolah kena borak aktiviti kat sekolah pulak.. Baru nak 3 tahun pun dah sibuk nak g sekolah. Siap pakai beg salam tangan ibu baba. Haha.

Malam tadi pukul 11pm terlayan majalah 3 sebab dah tak ada cerita nak tengok… cerita pasal banjir hari tu.. ada bomba n pasukan penyelamat semua… Faiq tengok beria.. terus tanya nanti dah besar adik nak jadi apa?



Faiq jawab : "Men"



Terburai gelak kami laki bini hahaha. Jawapan budak 2 tahun 6 bulan hahaha

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...