BLOGGERIANS

Monday, February 16, 2015

2nd Team Building


Sejak join Group Strategy.. ini adalah second time weols buat team building. 1st time buat kat bukit Cerakah dulu.. time tu aku pregnantkan Faiq 3 bulan behehe. Last year tak ada. Tak tahu kenapa tak ada haha. Bajet burn ke kalau tak buat team building ek? Hoh.

 Dengar cerita nak buat mid of April nanti... yang pastinya sebelum puasa lah.... so kena lah attend meeting nak dengar proposal dari Event Management. 


Weols geng2 secretary terawal pulak pepagi tu.. padahal pukul 1010am dah kot.. orang tak ada pun... maka marilah selfie sebelum meeting start haha





Ada 2 company je yang present.... 1 sesi pagi.. 1 lagi sesi petang. Sesi pagi bertempat di Ilham Resort, PD. Aku dah terbayang2 dah sebab tempatnya yang dekat dengan rumah maka memudahkan aku. Presenter pun nampak meyakinkan. Objektif hanya untuk fun.. takde nak stress2 pasal kerja whatsoever.. so dorang cadangkan CORPORATE GAMES. Memang menarik walaupun nampak pack. Tak ada rehat. Haha. Setiap games ambil masa setengah jam. Walaupun nampak macam budak tadika punya games... tapi bila lagi nak main kan? Group Strategy pun bukan orang muda je semua... sebab tu corporate games lagi sesuai. Kalau ikut tekak aku.. aku nak jungle trekking.. hiking ke... yang ganas2 sikit la... hahahamboi sangat. Behehe. 

Tapi macam tak boleh nak ambil Event Management yang nih.. sebab over budget. Bajet weols ciput je... nanti kang tak lepas nak ke Secretaries Week camne? Hahahaha itu lagi penting ok. PENTING! Haa amik highlight sudah. 




Tema yang dicadangkan. Menarik bangat haha. I loike! 




menarik kan? ke aku sorang je nampak menarik? haha




previous clients.. semua big companies.. 



morning session





Evening session dari Golden Tusks Sdn Bhd tak sempat amik gambar pun. Presenter tak meyakinkan... ngantuk tahap gaban.. pastu games dia alahai dah pernah main dulu ni. Tapi total cost semua within our budget... nampak gaya macam amik yang 2nd session ni jek. Nak tau tempatnya besar kemungkinan kat Janda Baik. Huwaaa tak pernah lagi tido tak peluk anak bujang den tu.. cane nih? huwarghhhh


Belum ada final decision lagi. Kita tunggu jela apa jadi nanti haha. kbai.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...