BLOGGERIANS

Monday, February 23, 2015

Abang ape?

Faiq dah 2 hari berjaya totally wean off. Alhamdulillah.. sebak hati ni. Huwaa. 

Aku letak asam jawa kat both nipples. Malam pertama... melalak sampai pukul 3 pagi.. suruh aku basuh nenen "buuu bacuh nenen arrr"

Huwaaa ibu pun nak nangis sama. Tapi kentalkan hati... kena kuat. Akhirnya tertido sendiri. Sian anak ibu. Tapi awak dah bujang haa... lagi 3 bulan je nak 3 tahun dah.. nanti malu la nenen lagi hehe. 

Malam kedua... mintak jugak.. suruh basuh nenen tapi tak nangis... macam dah faham nen ibu dah bucuk masham hehehe. Dia nak tengok je... then aku buat muka geli2.. terus tak nak. Heh.  

2 -3 bulan sebelum ni memang ada acah2 letak asam jawa kat both nipples. .tapi hati tak kental.. sian kat anak sob.. sob... macam tak ready lagi... now memang KENA WEAN OFF jugak! Sebab Faiq dah nak jadi abang! Hehehe

Yer.. aku bakal jadi mak anak dua bulan 10 ni insyaAllah... tak sangka ada rezeki nak mengandung lagi. Kuasa Allah kan.. Dia tahu bila kita dah betul2 ready :)

Alhamdulillah :) 




Abang Faiq tetap baby ibu sampai bila2 tau :)


Sekarang fasa tengah biasakan panggil Faiq "abang"

Ibu : Dalam perut ibu ada adik baby tau.. Faiq dah nak jadi abang. Ibu kena panggil Faiq abang tau.
Faiq : Abang ape?
Ibu : Abang Faiq la sayang...
Faiq : Ooooooo (macam faham sangat). Ni abang iq. Ni abang ibu (tunjuk ke ibu). Ni abang baba (tunjuk ke Baba)

Hahahaha. 


2 comments:

.hasina. said...

tahniah kak yana! bby shaklee la lepas ni :)

wahida said...

Alhamdulillah..aku tumpang hepi...
jaga kandungan bebaik ye dear...

wah, faiq nak jadi abang tak lama lagi...yeayyyy!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...