BLOGGERIANS

Tuesday, February 17, 2015

Macam

Faiq sekarang dah 2 tahun 7 bulan. Leternya la hai. Tak terlayan ibu nak oi haha. Dia kan main sebut je... pastu tersengih sorang2 bila kita gelakkan dia salah sebutan. Heh. 


Kat opis ni ada dealer Avon. Dia buat kutu avon. Aku join la haha. Aku amik yang magic box ke apa namanya tu. Dapat freegift keychain eco tupperware comel ni. Macam2 dalam kotak tu.. termasuk eco tupperware. Aku ada 3 eco tupperware. Tak guna pun. Simpan je dalam almari tu. Faiq suka buat main. Berlakon konon2 minum air -_-'


Terus lekatkan ke kunci rumah. Faiq yang leter pun datang bertanya. "Buu pe ni bu? Cam air cong cik je..."

Kahkahkah. Gelak guling2 aku dengar. 

Macam air kosong kecik??

Mesti dia dok bezakan botol eco tupperware yang bersusun dalam almari tu . Hehehe




Pantang aku hilang kejap dari pandangan.. mesti gelabah semacam. Heh. Sabtu ke rumah makcik sebab nak tengok rumah mak yang renovate tuh. Aku tinggalkan faiq kat rumah makcik jap.. ala kejap je... sebelah rumah je... Nak tinjau husband buat apa kat rumah yang renovate tu. Pastu dengar faiq jerit panggil "Ibu! Ibu!"


 Aku pun berlari ke rumah makcik. Faiq pun membebel "ala ibu g mana.... dik ingat ibu yak. Macam ibu yak je.."

Ibu iz tahan gelak bahaha.

Suka nau guna perkataan MACAM tu. 


2 comments:

wahida said...

hahaha...comel je anak ko ni tau...
keletah sangat tu...

cam air cong cik je...muahahaha...aunty pun tumpang gelak berdekah ni faiq oiii...

Jen Jen Areff said...

lawak la abang faiq ni. tahniah awak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...