BLOGGERIANS

Monday, February 16, 2015

Movie best

Malam tadi puas tekan2 remote dok cari movie best. Hampa. Sudahnya tv bukak tapi dok layan  Faiq main angry birds. Eh dipanggilnya babi tu - BABABI. ??

 Cramp perut Baba gelak. Hahaha. Lepas mak balik semalam weols kuar jalan kejap. Pusing2 je. Pening dok terperap dalam rumah. Lampu merah berhenti kat traffic light. Sekali Faiq tanya "ibu, burung tu nak pergi mana ha?" 

Ibu : burung mana?
Faiq:  tuu.... (sambil tunjuk kat burung gagak tengah lepak sorang2 kat bahu jalan)

Mak aih. Tak tahu ibu burung tu nak pergi mana der. Bahahahaha.

--------------------


Hampir pukul 10pm tertekan channel HBO. Ada movie baru lah Elysium. Pergh best giler cite ni. Hubs kata cite baru ni. Aku google tadi cite tahun 2013. Takde la baru sangat pun. 


ini lah Elysium

Bestla layan sampai pukul 1 pagi baru tido. Bangun pagi pale tingtong. 




Tahun 2159 ada 2 kelas manusia. Vip class duduk kat Elysium. Golongan marhaen duduk kat Bumi yang semakin tak selamat. Elysium sebuah habitat yang bukan calang2 orang boleh jadi warganegara. Ada cip ditanda kat lengan membuktikan dia warganegara Elysium. Semua penyakit boleh ubat kat pod rawatan tu ha. Mesin tu boleh re-atomizing balik badan kau. Haa sijil doktor tak berguna kat sini haha. Yang jadi kuli2 kat sini adalah robot yang kuat giler.


muka dah pecah macam ni pun boleh betulkan balik


Hero dia Max (Matt Damon) pekerja kilang robot Armadyne yang membekalkan robot to Elysium.  One day, pintu kat bahagian untuk pembakaran robot (relau) stuck. Max terpaksa masuk dalam untuk betulkan. Dan2 je pintu tertutup. Max terperangkap dalam relau untuk pembakaran robot. Giler panas kat dalam tu. Kulit tertanggal. Max ada masa 5 hari untuk hidup sebab badan dia dah ada radiasi. Boleh mati within 5 days. Oleh sebab itu dia nak naik ke Elysium. Hanya ada 1 peluang. Jumpa Spider (black market dealer) untuk mendapatkan taraf kerakyatan Elysium. Dengan cara ni Max boleh ubatkan badan dia yang dah terkena radiasi.


Jodie Foster pulak memainkan peranan pertahankan Elysium dari sebarang anasir luar. Siapa menceroboh masuk memang kena tembak dengan peluru berpandu. Jodie ada pasang spy di Bumi. 



Boleh tahan jahat pompuan ni. Ada hati nak jadi President Elysium.


Spider bagi 1 tugas sebelum Max dapat kerakyatan Elysium. Kena cari jutawan Elysium. Dia nak kan semua pin no acc bank untuk access akaun si jutawan. No pin tu semua disimpan dalam otak jutawan.  Maklumat tu penting sebab boleh reboot entire sistem Elysium.  Max target bos kilang robot (CEO Armadyne) sebab waktu Max terbaring kena radiasi tu boss dia suruh buang je Max. Dah tak berguna.


Dipendekkan cerita, Max kena bedah untuk jadi kuat macam robot haha. Giler la doktor tak bertauliah membedahnya. Seram mak noks. 




Lepas kena bedah Max and the geng serang kapal terbang canggih jutawan aka CEO kilang robot dia tadi. Dapat transfer semua maklumat tapi tak dapat access sebab ada pin code ape entah. So sekarang dalam otak Max ada maklumat pasal Elysium. Max  boleh kawal sistem Elysium. Dia boleh tukar illegal to LEGAL means semua orang boleh naik ke Elysium. 


Letih aku menaip jah oi. Yang tak best ending dia so sad. Max mati sebab radiasi tak termasuk dalam pod rawatan kat Elysium. Jasa dia banyak la sebab dia dah tolong semua orang kat bumi yang perlukan rawatan dan tak ada had kerakyatan lagi di Elysium. 



robot yang jadi askar kat Elysium



Seriously 10/10 untuk movie nih haha.

Tapi tak mustahil kan wujud dunia macam ni akan datang. hui menakutkan.



4 comments:

idzwa kamaruddin said...

tgk gak smlm..

Didie Kamila said...

Terbaik la review..hehe..mcm best je..rasa nk tgk lak..nnt nk download la..one more thing, i think i saw u couple of times at KL Sentral at komuter station..:)

Liyana said...

@idzwa,
best kannn hehehe

@didie
yela kot. sbb sy mmg berulang hari2 hehehe. tegur le.. boleh lepak borak sat :D

CikNaa said...

asben ciknaa mmg suka nau cite2 camni..tapi bini dia awal2 lagi dah zzzz... huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...