BLOGGERIANS

Monday, March 2, 2015

Keep calm and be positive


Entri ini patutnya minggu lepas nak tulis tapi kena hold dulu untuk 2nd opinion. Kisahnya Rabu lepas tetiba malas nak pergi kerja. Husband pulak sakit kepala. Erm amik MC lah. Herher.

Dah alang2 mintak MC, aku try2 tanya doc kot2 boleh nak scan adik baby. Walaupun ni no 2.... still excited weh. Sebab aku kan planning hehe. 


Hampir 20 minit doc scan still tak nampak apa2. Yang dia nampak hanya cyst. Ok entah bila masa aku ada cyst tapi bukan tahap membimbangkan so tak perlu risau. 5cm ke atas baru patut risau. Faiq pun dah mengamuk. Ok la doc cakap datang lagi 2 minggu untuk follow up. Doc takut aku mengandung luar rahim. Ya Allah malam tu aku tak boleh tidur.



Kosong tak nampak kantung baby. Waktu ni 5 minggu 4 hari



Doc detect cyst je


Doc cakap dalam masa 2 minggu ni kena monitor kalau ada bleeding or tetiba sakit perut... terus ke hospital. 


Seminggu dah berlalu.....

....being me yang tak reti sabar ni kan...  terus call klinik lain untuk 2nd opinion. 

Hampir 1 jam setengah tunggu akhirnya nama dipanggil. First time aku datang klinik ni. Doc scan nampak dot kecik tapi tak berapa sure... so doc suruh rehat kejap minum air banyak2 sebab nak scan yang nampak jelas kena pastikan pundi kencing penuh. Or else akan menggangu proses scan. Gituu. 


Kena tunggu lagi 10 minit gitu. 3 cawan air aku telan. Hoi kembung perut mak. Nak cepat balik sebenarnya. Lama sangat tungguu nih hmmm



Dan akhirnya.... ni la dia si kecik ibu... :) doc cakap walaupun kandungan awak 6 minggu. .tak semestinya baby awak pun 6 minggu. So jangan risau kalau scan 4-5 minggu tu tak nampak... sebab kecik sangat lagi. Selalunya doc suruh balik dulu jangan scan sebab tak nampak pun... nanti u all yang kecewa.


Doc klinik  ni positif sangat. Aku suka. Tapi aku dah buat keputusan nak check up kat klinik biasa time Faiq dulu je. Malas nak ke Annexe jauh sangat hahha.



See... kecik sangat lagi :)



Maka bermula episod telan vitamin banyak2. Heh.



Kali ni aku pilih shaklee untuk supplement masa mengandung. Dah kebetulan jadi dealer kan. Gunakan apa yang ada je. Heh. 



Faiq sekarang dah abang2 sangat. Seminggu lepas dia tido dengan baba. Maksud aku.. baba yang dodoikan dia hehe. Ibu dah terlena dulu. Tido tak cari nenen dah. Tengah malam time mamai2 tu je dia cari nenen.  Aku dah refer doc cakap takde masalah breastfeed anak. Cuma minggu ke 28 nanti kena berhenti lah. Nanti effect apa tah. Aku tak sure pulak. 


Sian orang bujang ibu :)


Pregnant kali ni lain sikit rasanya. Petang2 aku rasa mual.. tapi bukan nak muntah. Penyelesaiannya aku kena makan buah pastu cicah asam masin. Ok lulus. Time Faiq dulu aku asyik la pening kepala sampai ke tengahari. 

Orang kata kalau lain2 pembawakan tu.... lain la jantinanya. Hihi entahla. Dapat sepasang pun ok. Tapi aku prefer baby boy lagi. Geng bertumbuk Faiq hehehehe. 


5 comments:

Mimy Hamid said...

waaadah lekat..tahniahhhhhhhhh

.:MamaDhiaAdwa a.k.a Yana:. said...

welcome to the club... tahniah yer..
(^_^)

CikNaa said...

lorrr.. faiq dah nak beradik ke? lambatnya ciknaa tau.. tahniah dear..

- AZIE - said...

tahniah awak...moga semenya selamat

mommy.aisy.hana said...

Alhamdulillah. Tahniah.
Nak jugak... hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...